Fara di KL

Katanya ada kenduri kahwin. Tapi aku tak di ajak. Mungkin sebab tak muat dalam kereta. Tapi, dapatlah jumpa kejap di Mid Valley. Berjanggut aku tunggu. Pukul 4 petang baru sampai. Nasib baik adik aku ada. Lepak-lepak tengok wayang. Petang tengok Meet Dave. Malam tengok Wall-E.

Bile jumpa, dapatlah sambar sandle. Tengah ada Mega Sale. Jumpa kawan-kawan lama. Noryn dengan Syikin. Lepak-lepak, borak-borak, gosip-gosip.

Pukul 8 Fara gerak balik. Katanya nak pergi kajang makan satey. Tinggal aku dengan adik.

Meet Dave

Makhluk asing berbentuk manusia kerdil datang ke bumi. Menaiki kapal angkasa bersaiz dan berbentuk manusia dewasa. Manusia dalam manusia.

Sebuah cerita kelakar. Sangat kelakar. Pecah berderai perut. Tapi penuh dengan kritikan sosial. Kritikan terhadap manusia yang tidak mematuhi peraturan dan berperangai pelik-pelik.

Sedangkan makhluk asing pun boleh terjajah mindanya akan segala budaya Amerika, inikan pula manusia. Memang kuat betul dakyah mereka.

Tontonlah kalau kau orang tak takde cerita wayang lain yang dapat ditonton jika hajat asal nak tengok Wall-E.

Wall-E

Sehingga di separuh filem, langsung tiada dialog yang diucapkan. Hanya bunyi-bunyi mesin sahaja yang kedengaran. Dan bergelaklah dengan aksi Wall-E.

Wall-E stand for Waste Allocation Load Lifter Earth-Class

Tentu sahaja aksi Wall-E dan EVE bermain-main di angkasa lepas akan dikenang sebagai babak lucu yang romantik.

EVE stand for Extra-terrestrial Vegetation Evaluator

Wall-E yang selalu angau untuk pegang tangan EVE.

Dan babak Wall-E yang kehilangan memori di hujung filem yang membuatkan aku hiba. Sedih siot. Panggung menjadi sepi. Tapi, bertukar menjadi hingar bila Wall-E menyebut nama EVE. Meleleh.

Cerita animasi lucu yang juga penuh dengan kritikan sosial tentang penjagaan alam sekitar dan kesihatan. Sepanjang hidup duduk di atas kerusi Hover, akhirnya kau sendiri tidak pandai berjalan. Bertatih.

Bina Badan

Aku kena racun dengan adik aku. Dia tak paksa. Tapi aku yang terpegaruh. Dia sekarang badan dah berketul-ketul. Aku nak jadi macam dia. Lengan berurat. Mungkin seksi. Iye ke?

Minum air yang ada bancungan serbuk yang banyak kandungan protein. Boleh tambah otot. Aku dah cuba. Sedap. Tapi mahal. RM300 lebih. Gila.

Tapi, aku nak buat juga. Nak badan macam dia. Jangan ketawa. Sebab mungkin hangat-hangat saja.

Update: Lengan aku mengalami sakit-sakit yang amat. Nak pegang pen pun menggigil. Aduh!

Badminton

Kalah. Dah agak dah. Bukan taknak sokong. Tapi aku realistik. Lin Dan bukan calang-calang. Tapi, permainan tadi langsung tak sengit.

Aku tukar-tukar siaran dengan TV3. Tapi lagu budak-budak gangstarz ni banyak pula yang bosan. Mentang-mentang konsert amal, bukan minggu pertandingan. Main-main pula. Gigit karang!

2 Komen

  1. Azwani Shaari // Sunday, August 17, 2008 11:28:00 PM  

    sebut pasal kenduri kawen, smlm 2 orng budak AIS kawen, intan (IB) ngan wani rahim.. malangnya 2-2 aku x dpt pergi atas alasan kukuh yg aku sahaja tau.. sedey2.. huhuhuh.. hrp2 time ko kawen nnti, aku berada di tmpt kejadian.. ameennn..

  2. Fara@MakciQue // Monday, August 18, 2008 1:37:00 PM  

    ade yg nk kn ggt ni ckp kt xnk ajk die..bukan xnk ajk lah..tp..abg kan tau sebab2 nyer..
    tp xperlah.kan kt sempt jumpe wlpn skjp.next time uck nak trn kl sendiri lah..nak jln2 ngan abg..biler tu??knlah plan dulu..hehe..