Catatan Hujung Minggu #03

Dicatat oleh PakciQue | 9/08/2008 10:17:00 AM | , , , , | 2 Komen »

Tidur

Aku tak tau kenapa. Dah macam ular sawa dah aku ni. Boleh pula lepas berbuka, tengok berita sikit. Terus layan tidur. Kalau sekejap takpe. Ni dari pukul 8.30 sampai ke pukul 12.00. Layan telefon dengan Fara kejap. Sambung pukul 12.15 sampai pukul 5.15. Bangun sahur. Sambung pukul 6.00 sampai pukul 10.30. Layan sampai lebam. Akhirnya, bukan kesegaran. Tapi, makin letih. Memang tak elok tidur lama-lama nie. Salah satu keburukannya, boleh jadi punca pergaduhan.

Menang Peraduan

Aku ada dapat percuma 2 keping tiket menonton filem 4bia. Tapi masalahnya, dia suruh aku ambil pada hari Sabtu, antara pukul 11-12. Aku dapat tahu dah pukul 10.45. [err, pagi eh.]

Jadi, aku cuba hubungi pejabat tersebut untuk meminta pandangan. Juruangkat telefon itu, memberikan satu nombor telefon bimbit untuk aku hubungi. Nama dia Joanna. Jadi aku telefon lah minah ni pula. 2 kali aku cuba hubungi, tapi tak berangkat.

Lewat tengah hari, aku dapat sms dari pemilik nombor berkenaan:-

"td ada cal sy ke? Dari siapa ni?"

"Berkenaan tiket wayang untuk contest 4bia. Saya tak dapat nak ambil hari ini. jadi bagaimana."

"Awak kat mana ni? Siapa nama td?"

"Sy di shah alam. Nama Noorhidayat Salman using emel pakcique[at]gmail[dot]com"

"Jd, mcm mana awak blh sms sy lak ni. Sy tak kenal awak pun. Awak ni lelaki @ ppuan? Sape yg bg no hp sy kat awak? Awak kerja di panggung wayang mana?"

Dah semakin pelik kan. Aku lagi pelik bila dia tanya soalan yang tak masuk akal ni. Tapi, aku layan juga lah.

"Oh gosh..I got ur num frm u friend at ***[perlu ke beritahu?]. She gave ur num bcoz i got prob according 2 that tickes matter..Do u think i wan 2 goda u..?Ahakz.."

Aku terpengaruh dengan cerita GODA di 8TV lah. Hehehe.

"Sy lelaki. Awak pun kan lelaki jugak. Apa nak digida2kan. U org mana ni? kja ke belajar kat shah alam ni?"

Ah, sudah. Sudah lain macam ni. Tapi, sebab aku nak dapatkan kepastian, aku sms dia buat kali terakhir.

"I thought ur name was joanna.. Hm..U still not answering my question.."

"Ur question??? What ur question is? Answer my question 1st. My name Abdulah Ridwan. From KL. Pls bro, give me the website add, which their put my hp no."

MinahMamat ni tak reti baca sms ke? Kan aku dah bagitahu tadi kan. Hm, sebab aku rasa dia ni takkan dapat membantu apa-apa, jadi aku pun berhenti sms dengan dia. Membazir je.

Berbuka bersama PMKN

Aku dapat sms lagi. Kali ni dari Shieta. Dia tanya, aku taknak ke buat majlis berbuka puasa macam tahun lepas. Hm, kalau ikutkan. Aku dah tak larat dah nak buat. Tapi, takpelah. Aku gagahkan juga.

Isnin dan Selasa ni, aku akan dapatkan seberapa banyak nombor telefon kawan-kawan aku. Kemudian, menyebarkan berita ini.

Kali ni nak buat lebih besar. Mana yang dah kahwin, datang bawa pasangan dan anak jika ada. Yang dah tunang pun, sila bawa tunang anda. Jangan sorok. Yang tengah ber'couple pun bawa juga pasangan anda. Kita meriahkan majlis itu nanti. Ok.

Supaya kalau ada kawan-kawan yang membuat carian di google, aku letakkan ayat ini.

MAJLIS BERBUKA PUASA PELAJAR PERAKAUNAN PUSAT MATRIKULASI KOLEJ NEGERI, NEGERI SEMBILAN AMBILAN 2001/2002

Sup Tulang

Lepas menonton Melodi. Aku bersama budak-budak rumah terus bergegas ke Giant untuk membeli beberapa barang dapur. Kononnya nak masak Sup Tulang. Ada orang nak datang rumah. Ish, aku kalau bab orang datang rumah ni yang aku kurang gemar. Jadi tak betah. Seperti menumpang di rumah sendiri.

Di rumah, aku jadi tukang sediakan bahan-bahan je. Potong bawang, kentang, daun sup. Tu je lah yang aku reti. Ops, lupa. Aku juga reti makan. Banyak aku makan. Termasuk lauk-pauk yang dibawa oleh tetamu-tetamu tersebuk. Aweks beb. Tapi, aku ni kan pemalu. M. Tolong!! Jeng jeng jeng. Fara yang datang. Chez.

2 Komen

  1. Azwani Shaari // Monday, September 08, 2008 8:27:00 PM  

    o0o0o..pmkn..guwa ingat td uum ke.. ermmm, ok gak pakcik, mkn sesama ni.. next year dah posting, xtau lg aku dapat mana..kalo kl gak,alhamdulillah laaa..kalo jauh, x dapek den nolong.. huhuhu..lagipun bulan september yg mulia ni mmg kena celebrate kaw2.. hihihi

  2. PakciQue // Tuesday, September 09, 2008 6:51:00 AM  

    iye..pmkn...mari ler kita celebrate k...kalo ikutkan konon nye kat titiwangsa tu...kat nelayan...ptg2 leh lyn EOM dulu kot..ahakz..