Entri Ke-100 #02

Dicatat oleh PakciQue | 9/05/2008 09:50:00 AM | , , , | 0 Komen »

Kali ni baru betul-betul entri ke-100. Aku dah semak dah. Maksudnya 9 entri yang lain adalah entri dalam bentuk draft. Dan akan aku ceritakan apa entri-entri yang jadi draft tu.

1. Pendedahan - 11 Januari 2007

Dalam entri ni, aku mengajar kau 1 trik magik yang mudah, tetapi memberikan impak yang besar. Nama trik tu, "Mengapungkan Bola Besi".

Entri ni siap ditaip, tapi aku tak post sebab ia melanggar etika magik. Aku dalam delima. Oh.

2. Selamat Hari Wanita Sedunia - 8 Mac 2007

Kononnya, entri ni nak bercerita akan wanita-wanita yang memberikan inspirasi kepada aku dalam menjalani kehidupan. Mama, Bibik, Tunang, dan rakan-rakan yang rapat.

Entri ni tak siap ditulis sebab masa tu aku sibuk dengan kerja, dan dah melangkau beberapa hari. Jadi, kalau aku buat pun, siapalah yang nak baca.

3. Attach - 1 Ogos 2007

Entri ni berkenaan seorang budak ofis aku di JB yang sedikit sengal. Sebuah cerita kelakar. Tapi, aku tak pandai nak olah dan aku takut ia jadi tak kelakar. Dan bosan.

Ringkasnya, dia telah tersalah sebut klip kertas sebagai attach dan yakin bahawa klip kertas tu namanya "attach" bilamana Kak Rose selalu memberikan klip kertas kepadanya dan berkata, "Nah ambil, attach ni kat kertas tu".

4. Komuter - 8 September 2007

Aku tak dapat nak ingat aku nak tulis apa sebenarnya di bawah tajuk entri ni. Tapi, kalau tak silap, aku nak bercerita tentang bagaimana aku naik angin bila aku takde duit kecil untuk membeli tiket komuter di mesin sebab kaunter masih lagi tutup. Rehat.

Sekarang, kalau aku nak naik komuter, aku akan naik je. Tak bayar tambang. Hahaha.

5. Temuramahduga - 7 November 2007

Entri ni pun aku tak berapa ingat pasal apa. Tapi, berdasarkan tajuk "Temuramah + Temuduga", aku rasa berkenaan satu syarikat menelifon aku untuk menghadiri temuduga. Tapi, di dalam telifon, beliau bertanyakan maklumat yang terlalu banyak. Macam tokoh yang sedang ditemuramah.

6. Teori Magik- 24 Disember 2007

Entri bosan. Masa ni aku taip ikut sedap aku je. Bila aku baca semula lepas 8 perenggan aku menerawang, aku perasan yang entri ni sangat bosan.

Ia berkisar tentang perkara dan cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang ahli magik.

7. Minyak Oh Minyak - 5 Jun 2008

Konon-konon nak kongsi pengalaman pergi mengisi minyak di Petronas di saat-saat akhir. Tapi, tak jadi sebab aku rasa masa tu, mood aku nak menaip tak berapa elok dan akhirnya ia terkubur macam tu je. Tapi, dapatlah aku gali semula untuk kongsikan dengan kau orang semua.

8. Menara Kad - 2 Julai 2008

Seorang pakar "Card Staking" - Bryen Berk membina menara menggunakan kad terup merupakan idea aku untuk dijadikan bahan di dalam entri. Tapi, aku sendiri tak tau apa masalahnya. aku jadi malas nak membuat carian pasal ni. Tapi, aku ulas lah sikit-sikit.

Aku dulu suka juga buat menara kad ni. Tapi setakat bentuk segi tiga yang seakan-akan piramid. Tu pun tak tinggi mana. Runtuh.

Tapi mamat ni memang handal. Dan dia memang pakar dalam bidang dia.


9. Takde Idea - 28 Julai 2008

Entri mengarut dari aku. Aku saja-saja taip sebab aku bosan di pejabat. Konon-konon dapatlah satu ilham bila aku main taip je. Tapi, baru 1 perenggan, aku terus hilang mood. Jadi, entri mngarut ni, terus jadi sampah. Nak kitar semula pun tak boleh.

***********************

Begitulah 9 entri yang berjaya membuat aku mencapai 100 entri lebih awal dari yang sepatutnya. Hehehe.

Ada juga 1 entri yang dalam bentuk draft. Dan aku masih lagi tercari-cari masa untuk kemas kini entri ni. Entah bila agaknya.