Entri Khas: Hari Ini Hari Kami Yang Ke-6

Dicatat oleh PakciQue | 10/22/2008 12:01:00 PM | , | 5 Komen »

Wah. Tajuk tak tahan. Ok. Untuk baca entri mengenai Ulang Tahun Perhubungan Aku dan Fara yang ke-6, bolehlah ke blog PakciQue.Tk untuk membaca entri yang aku tulis.

Di KedaiMagik, aku tinggalkan ruang untuk Fara tulis catatan khas ini. Aku masih tunggu dia email.

Mari kita baca apa yang telah dicatatkan oleh Makhluk Tuhan Paling Aku Sayang. [Lepas Mama lah]

Salam.

Nak mulakan apa ye ngan entri ni? Hehe. Takde idea lah. Mungkin sebab bila nak wat entri ni terfikir kerja-kerja yang berlambak kat ofis ni. Tapi takpe. Sebab permintaan dari tunang yang tersayang, saya wat juga. Curi masa sekejap. Kalau bos bising kerja tak siap, Ucuk cari abang tau! Hehe.

Actually, memang tak sangka dah 6 tahun umur hubungan kami. Kalau dah kahwin ni, dah besar dah anak. Hehe. Macam rasa tak sangka pun ada. Tapi kadang-kadang rasa azab gak dengan hubungan ni. Hehe. Sorry eh abang. Bukan azab apa. Azab nak jawab soalan orang sekeliling. Tanye bilalah kami ni nak kahwin. Bila ek abang kita nak disatukan? Jeng jeng jeng.

Tarikh sebenar masih menjadi tanda tanya antara kami. Jadi, kita tunggu dan lihat sajalah eh nanti? Ada rezeki. Ada jodoh. InsyaAllah tahun depan. Bulan berapa tu, you all doakanlah ya.

Sempena 6 tahun anniversary kami ni..saya amat berharap hubungan kami ini terus bahagia dan bahagia sampai bila-bila. Walaupun leh dikatakan gaduh hari-hari. Tapi kemanisan tu tetap ada. Hehe. Ala, cuma gaduh-gaduh manja jer. Sebab tu selalu gaduh. Hehe. Tulah dugaan namanya. Selagi kita yakin dia adalah jodoh kita. Insya-Allah, tuhan akan tolong.

So, harap kau orang semua doakanlah kebahagian kami. Ok. Bye! Jumpe lagi!

Abang…! Happy Anniversary…! lurve u.. Mmmuaahh…

Entri khas dari:-
a.k.a

5 Komen

  1. Azwani Shaari // Wednesday, October 22, 2008 8:26:00 PM  

    epi enibeseri :D

  2. Kin // Thursday, October 23, 2008 4:38:00 AM  

    Happy Anniversary!
    Congrats and Amin

  3. nuhamuneerah abdhakim // Thursday, October 23, 2008 4:36:00 PM  

    wishing both of u the best x)

  4. PakciQue // Tuesday, October 28, 2008 2:51:00 PM  

    TQ semua..

  5. Anonymous // Thursday, October 30, 2008 9:53:00 AM  

    happy aniveseri..rasenye masih tak terlambat lagi nak ucapkan... semoga kekal hingga ke syurga...tapi igat jangan ade kecurangan antara kau bedua...