Oh! Aku gila agaknya. Mungkin sedikit terguris. Maafkan aku. Kalau kau terguris.Tanpa melengahkan masa. Jom kita layan gambar-gambar kote. [Ops!]
Kategori Farmasi/Klinikal
Aloe Kote Plus
Pelik-pelik penyakit kulit yang ada sekarang ni. Aku tak berapa nak faham akan produk ni. Tapi, ia berkaitan dengan penyakit kulit. Mungkin ia berkaitan dengan demam. Tapi, demam apa eh?Mouth Kote
Rasa kering di mulut? Dapatkan Mouth Kote dan semburkan di mulut kau. Dengan gabungan herba-herba terpilih, mampu mengurangkan radang mulut. [Ada ke?] Boleh digunakan pada semua peringkat umur. Tiada gula. Tiada alkohol. Dapatkan nasihat doktor jika sakit berlarutan.
Kategori Cat
Super Kote 5000 Acrylic Traffic Paint
Sesuai untuk semua bentuk jalan raya. Mudah digunakan. Cepat kering. Tahan lama. Kalau kau kerja dengan JKR atau dapat tender JKR. Mungkin kau boleh mempertimbangkan untuk menggunakan Super Kote 5000 Plus Acrylic Traffic Paint.
Profesional Hard Kote
Cat dinding Hard Kote adalah cat dinding yang paling sesuai untuk hotel/motel, bangunan pejabat dan pelbagai lagi kawasan yang sesak. Sangat ekonomi dan satu alternatif untuk mengecat dinding. Lepas ni, boleh lah ucapkan selamat tinggal kepada Nippon.
Deck Kote
Cat yang sesuai untuk kolam renang anda. Mampu menghalang cahaya UV. Tahan lama dan yang paling penting Deck Kote ni ada bahan yang mampu menyejukkan permukaan kolam renang. Dan sebagai tambahan ia anti gelincir.
Kategori Penampal Rekahan
Metal 1-Kote
Atap bocor? Bumbung merekah? Kini tiada lagi dengan Metal 1-Kote. Kalis air. Tiada bahan plumbum. Jimat tenaga dan tidak mencemarkan persekitaran. Tiada toksid. Dan yang paling penting, kau tidak akan rasa panas lagi di dalam rumah kerana terdapat bahan yang mampu memantulkan semula sinar matahari.
Tuff Kote & Krack Kote
Menyambung dah menutup rekahan dengan mudah dan kekal lama. Rekahan pada dinding dan bumbung tiada lagi masalah. Kesan tampal yang hampir tidak nampak. Gunakanlan Krack Kote untuk selesaikan masalah rekahan anda.
Kategori Pelincir
Kopr-Kote
Sesuai digunakan bersama dengan besi yang nak disambungkan dengan besi. Contoh skru dan nat yang digunakan dalam industri berat dan berdepan dengan suhu yang tinggi. Kopr-Kote digunakan untuk mengelak dari berlakunya karat.
Kategori Pelarut
Kwick Kote
Inginkan kemasan yang cantik dalam hasil kerja kau? Gunakan Kwick Kote untuk kepuasan hasil kerja di tahap maksimum. [Skema gila ayat]
Apa macam? Menarik tak gambar-gambar kote yang aku tunjukkan pada kau orang. Secara kesuluruhannya, perkataan kote untuk penggunaan beberapa produk di atas adalah di ambil dari perkataan coat/coating bermaksud menutupi atau meliputi.
Lagi sekali. Kalau kau rasa terguris. Aku minta maaf. Setiap orang ada pilihan. Aku memilih untuk berkongsi maklumat ini dengan kau. Jadi kau juga ada pilihan untuk menerimanya atau menekan tanda [X] di atas. Ops! Tapi, macam dah terlambat pula kan. Oh! Kau dah puas layan gambar kote, baru nak tutup blog aku.
Untuk dapatkan maklumat lanjut akan produk-produk di atas. Sila bertanya dengan En. Google ya.
Kredit: fajridil adha