Kenapa Lama Menyepi

Dicatat oleh PakciQue | 5/08/2009 10:23:00 AM | 1 Komen »

Ini adalah entri ulangan dari blog rasmi aku di Noorhidayat[dot]Com. Untuk mendapatkan entri yang terkini. Sila ke blog Noorhidayat[dot]Com

*******

Maaf. Itu yang dapat diucapkan buat seketika. Bukan sengaja. Tiada niat pun nak menyepi lama-lama. Tapi, halangan untuk mengakses internet membuatkan aku tiada kesempatan untuk mengekmaskini blog aku.

Uiks! Bersawang dah.

Ok lah. Buat yang setia menjengah. Aku ucapkan ribuan dan jutaan terima kasih. Di sini aku ada sedikit kemaskini secara ringkas. Ok.

Aku sedang membangunkan blog RajaSehari. Blog peribadi di mana aku berkongsi saat-saat dan persiapan menuju hari bahagia. Blog ni aku jangka akan menerima lebih dari 2000 pengunjung unik. Jadi, kepada yang berminat nak beriklan. Bolehlah menghubungi aku. Ok.

Cikgu sekarang pun dah taknak kalah. Taknak kalah dalam bersolek dan bergaya. Kalau bukan kerana tag nama. Dah tentu aku ngorat. Semalam berlangsung seminar Program Bestari di Persada Johor. Menghimpunkan lebih 1000 buah sekolah dari seluruh Johor. Jadi, adalah cikgu-cikgu yang datang mewakilkan sekolah masing-masing. Cikgu sekarang makin kecil aku tengok. Lebih budak dari anak murid sendiri.

Beberapa minggu yang lepas, ada berlangsung Jualan Gudang Metrojaya di Persada Johor. Aku antara pengunjung awal yang tidak melepaskan peluang menghanguskan duit di situ. Memang berbaloi. Potongan harga sehingga 70%. Tapi, lagi berbaloi kalau kau datang pada hari terakhir dan di jam-jam yang terakhir. Akan lebih banyak potongan yang akan dibuat. Cuma, dah kurang pilihan lah. Sebab dah ramai yang borong pada hari yang sebelumnya.

Jalan raya di bandar Johor Bahru ni semakin sesak aku tengok. Padahal bukannya ada kemalangan atau sekatan jalan. Tapi, kalau jem sampai berjela-jela. Nasib baik aku bawa motor. Tapi, tetap tidak selesa bila perlu mencilok ke sana sini.

Aku bercadang nak beli broadband. Cuma tak tahu nak beli yang mana satu. Kau rasa? Celcom ke Maxis? Atau aku perlu tunggu liputan dari P1 masuk ke kawasan perumahan aku.

Pelbagai Jenis Kote Di Pasaran

Dicatat oleh PakciQue | 1/25/2009 12:49:00 PM | | 4 Komen »

Ini adalah entri ulangan dari blog rasmi aku di Noorhidayat[dot]Com. Untuk mendapatkan entri yang terkini. Sila ke blog Noorhidayat[dot]Com

*******
Oh! Aku gila agaknya. Mungkin sedikit terguris. Maafkan aku. Kalau kau terguris.

Tanpa melengahkan masa. Jom kita layan gambar-gambar kote. [Ops!]

Pelbagai Jenis Kote Di Pasaran

Kategori Farmasi/Klinikal

Aloe Kote Plus

Pelik-pelik penyakit kulit yang ada sekarang ni. Aku tak berapa nak faham akan produk ni. Tapi, ia berkaitan dengan penyakit kulit. Mungkin ia berkaitan dengan demam. Tapi, demam apa eh?

Mouth Kote

Rasa kering di mulut? Dapatkan Mouth Kote dan semburkan di mulut kau. Dengan gabungan herba-herba terpilih, mampu mengurangkan radang mulut. [Ada ke?] Boleh digunakan pada semua peringkat umur. Tiada gula. Tiada alkohol. Dapatkan nasihat doktor jika sakit berlarutan.

Kategori Cat

Super Kote 5000 Acrylic Traffic Paint

Sesuai untuk semua bentuk jalan raya. Mudah digunakan. Cepat kering. Tahan lama. Kalau kau kerja dengan JKR atau dapat tender JKR. Mungkin kau boleh mempertimbangkan untuk menggunakan Super Kote 5000 Plus Acrylic Traffic Paint.

Profesional Hard Kote

Cat dinding Hard Kote adalah cat dinding yang paling sesuai untuk hotel/motel, bangunan pejabat dan pelbagai lagi kawasan yang sesak. Sangat ekonomi dan satu alternatif untuk mengecat dinding. Lepas ni, boleh lah ucapkan selamat tinggal kepada Nippon.

Deck Kote

Cat yang sesuai untuk kolam renang anda. Mampu menghalang cahaya UV. Tahan lama dan yang paling penting Deck Kote ni ada bahan yang mampu menyejukkan permukaan kolam renang. Dan sebagai tambahan ia anti gelincir.

Kategori Penampal Rekahan

Metal 1-Kote

Atap bocor? Bumbung merekah? Kini tiada lagi dengan Metal 1-Kote. Kalis air. Tiada bahan plumbum. Jimat tenaga dan tidak mencemarkan persekitaran. Tiada toksid. Dan yang paling penting, kau tidak akan rasa panas lagi di dalam rumah kerana terdapat bahan yang mampu memantulkan semula sinar matahari.

Tuff Kote & Krack Kote

Menyambung dah menutup rekahan dengan mudah dan kekal lama. Rekahan pada dinding dan bumbung tiada lagi masalah. Kesan tampal yang hampir tidak nampak. Gunakanlan Krack Kote untuk selesaikan masalah rekahan anda.

Kategori Pelincir

Kopr-Kote

Sesuai digunakan bersama dengan besi yang nak disambungkan dengan besi. Contoh skru dan nat yang digunakan dalam industri berat dan berdepan dengan suhu yang tinggi. Kopr-Kote digunakan untuk mengelak dari berlakunya karat.

Kategori Pelarut

Kwick Kote

Inginkan kemasan yang cantik dalam hasil kerja kau? Gunakan Kwick Kote untuk kepuasan hasil kerja di tahap maksimum. [Skema gila ayat]

Apa macam? Menarik tak gambar-gambar kote yang aku tunjukkan pada kau orang. Secara kesuluruhannya, perkataan kote untuk penggunaan beberapa produk di atas adalah di ambil dari perkataan coat/coating bermaksud menutupi atau meliputi.

Lagi sekali. Kalau kau rasa terguris. Aku minta maaf. Setiap orang ada pilihan. Aku memilih untuk berkongsi maklumat ini dengan kau. Jadi kau juga ada pilihan untuk menerimanya atau menekan tanda [X] di atas. Ops! Tapi, macam dah terlambat pula kan. Oh! Kau dah puas layan gambar kote, baru nak tutup blog aku.

Untuk dapatkan maklumat lanjut akan produk-produk di atas. Sila bertanya dengan En. Google ya.

Kredit: fajridil adha

Kenali Aku

Dicatat oleh PakciQue | 1/22/2009 06:36:00 PM | , | 1 Komen »

Ini adalah entri ulangan dari blog rasmi aku di Noorhidayat[dot]Com. Untuk mendapatkan entri yang terkini. Sila ke blog Noorhidayat[dot]Com

*******

Aku bukan tak suka TAG. Tapi, aku suka ubahsuai TAG tersebut agar ia bersesuaian dengan konsep dan kaedah aku bercerita. Jadi. Layan saja.

Ini adalah sebuah TAG dari Adzie. Aku kenal gadis comel molek ni dengan cara aku memberi komen pasal drama GODA di 8TV dulu.

Nak dapatkan soalan TAG asal? Bolehlah ke blog Adzie.

Aku pernah cakap yang aku suka kalau kau panggil aku PakciQue. Dan itulah nickname aku. Aku sekarang ni sedang mengemaskini blog Noorhidayat[dot]Com dan juga membangunkan sebuah web. Web apa? Kena lah tunggu.

Hari ni, pukul 10 pagi. Aku mengadap PC. Dan mengemas meja. Kan aku nak berhenti kerja. Sekarang ni waktu kerja. Jadi sudah tentulah sekarang aku memakai seluar slack berwarna hitam. [Soalan asal: What bottoms are you wearing now?]

Aku bukan seorang yang suka matikan telefon. Telefon aku hanya akan mati bila baterinya kong. Dalam inbox handphone aku penuh dengan mesej dari si Dia. Dalam inbox email pula ada macam-macam. Mesej tertua yang aku simpan dalam inbox handphone adalah mesej dari Si Dia. Dan mesej yang tertua dalam inbox email adalah greeting message dari gmail. Ha-ha! Mesej terkini pula? Dalam handphone, ada mesej dari Maybank2U. Nombor TAC yang aku minta semalam baru sampai pagi ni. Hampeh!

Dah lama juga aku tak menangis. Aku pun tak ingat bila. Tapi, rasanya tahun lepas aku ada menangis sekali. Aku seorang yang percaya pada takdir. Qada’ dan Qadar itu ketentuan Ilahi. Tapi, aku tak percaya nasib tidak boleh diubah. Kan?

Menikmati kehidupan yang senang adalah impian setiap orang. Tak perlu menjadi kaya. Yang penting cukup segalanya. Tidak lebih. Dan harapnya tidak kurang.

Mempunyai hubungan yang complicated amat memeningkan kepala. Hubungan yang sederhana, saling memahami adalah sudah memadai bagi aku.

Ho-ho! Aku bukan kaki pinjam. Kalau aku memakai sesuatu yang bukan milik aku pun, ia adalah hadiah pemberian. Tapi, aku selalu pinjam payung housemate aku. Err! Kenapa ada sesetengah lelaki segan kalau nak gunakan payung masa hujan? Hilang ke kejantanan kalau gunakan payung? Lainlah kalau payung tu kaler pink atau berbunga-bunga. Aku lebih rela redah hujan dan demam.

Aktiviti rutin aku di atas katil adalah bergayut, berlatih magik dan mendengar muzik. Hari-hari aku menyanyi dan memekak. Dan dah tentu lagu yang terakhir aku nyanyi adalah Sampai Syurga semasa AJL temph hari. Kali terakhir aku menonton wayang adalah bersama Si Dia. Cerita Spirit. Mengantuk lah cerita tu. Tapi, kelakar dan gila-gila sebenarnya.

Malam tadi aku tidur pukul 12 malam. Sejurus selepas aku mendodoikan si Dia. Sudah tentu melalui telefon.

Kebelakangan ni mood aku tidak berapa elok. Aku pun tak tau. Macam perempuan datang bulan. Kalau aku ada masalah, aku suka cerita pada Mama, si Dia, Kak Ros dan adik-adik aku. Mereka boleh memberikan nasihat yang sangat baik. Laptop aku buat masalah hari ni. Tak mahu on. Aku nak transfer video magik ni.

Malam tadi, ramai aweks datang rumah. Mereka ada perbicangan pasal projek kolej. Aku tumpang dengar sambil tonton TV. Dan ada sesetengah lawak mereka buat aku ketawa.

Aku tak pernah rasa krim putar. [Seingat aku lah.] Apatah lagi makan terus dari tin spray tersebut. [Soalan asal: Do you eat whipped cream straight from the can?]

Oh! Sama pula dengan Adzie. Aku seorang yang sangat berjaya dalam matematik. Dari UPSR sampai ke Universiti. Aku dapat A tau. Termasuk Add Math walaupun 2A.

TAG kali ni macam carca marba sikit. Aku pun tak tau apa motif orang yang cipta TAG ni sebenarnya yang dia nak. Soalan melompat-lompat macam katak. Dan banyak soalan yang tak masuk akal pun ada. Mungkin orang yang cipta TAG ni sebenarnya dia seorang stalker kot?

Mari Tendang Norman Hakim

Dicatat oleh PakciQue | 1/21/2009 09:49:00 AM | , | 5 Komen »

Ini adalah entri ulangan dari blog rasmi aku di Noorhidayat[dot]Com. Untuk mendapatkan entri yang terkini. Sila ke blog Noorhidayat[dot]Com

*******

Tajuk yang ganas. Silap-silap boleh kena saman. Tapi, bukan aku yang buat. Aku sekadar nak kongsi je.

Kau geram dengan Norman Hakim? Kau rasa dia memang seorang lelaki yang hampeh? Kau rasa macam nak je sepak bontot dia? Geram tahap gila babas. Mari kita sepak Norman Hakim sejauh yang mungkin. Mungkin sehingga ke Uganda.

Aku dapat pautan ke permainan ni dari blog Gantang. Jadi, kepada fanatik-fanatik yang bencikan Norman Hakim, mari ramai-ramai tendang Norman Hakim. Ops! Tak boleh ulas panjang-panjang. Nanti silap-silap aku ditahan di bawah akta hasutan.

Penafian

Blog Noorhidayat[dot]Com dan pemiliknya tiada kaitan dengan penciptaan permainan ini. Jika tak suka. Jangan buat dosa.

*Rekod terbaik aku adalah 121,652 146,203 161,841 163,169 170980 meter.

Klik sini untuk ke pautan asal permainan tersebut dan kau rasa macam nak tendang minah yang lagi seorang tu kan. Kau boleh buat di sana.

M&M Bukan Untuk Di Makan

Dicatat oleh PakciQue | 1/17/2009 01:01:00 PM | , | 0 Komen »

Ini adalah entri ulangan dari blog rasmi aku di Noorhidayat[dot]Com. Untuk mendapatkan entri yang terkini. Sila ke blog Noorhidayat[dot]Com

*******

Kecoh dulu bila coklat susu M&M [cair di mulut, tidak di tangan] dikatakan mengandungi melamin. Tapi, tu cerita lain.

M&M Bukan Untuk Di Makan

Sebuah syarikat, Maxell telah menghasilkan sebuah earbuds yang menyerupai coklat susu M&M ni.

Kalau sekali tengok, memang sejibik. Rasa macam nak kunyah-kunyah je. Tak pun, silap-silap nanti ada budak yang terlantar di hospital sebab tercekik earbuds ni. Bahaya betul.

Dan mungkin juga perlu tukar tagline‘nya. Cair di mulut, tidak di telinga [dan taik telinga].

La! Pendek lah pula entri aku ni. Jadi, aku tambah lagi satu informasi.

Permainan ni aku dah pernah main sebelum ni. Tapi versi beta punya. Permainan berasaskan hukum fizik. Dan seakan-akan kanak-kanak Ribena je. Tapi, sangat-sangatlah menarik dan mencabar kreativiti kau. Nak main game ni, kena ada imaginasi yang tinggi.

Layan video di bawah ni dulu.


Crayon Physics Deluxe

Amacam? Menarik kan! Berminat nak main? Download Demo sekarang.

Kredit: CraziestGadget [Ada gambar asal berwarna] | CrayonPhysics

Tak Boleh Di Ketepikan

Dicatat oleh PakciQue | 1/14/2009 08:48:00 AM | , | 0 Komen »

Aku rasa. Jasa blog KedaiMagik, tak boleh nak lupakan. Aku tak boleh nak abaikan dah blog ni. Aku juga ada pengikut aku sendiri melalui blog ni. [Cheh! Yeye je!]


Jadi, aku rasa, apa salahnya aku buat juga catatan di KedaiMagik juga kan. Salah ke? Tak salah kan. Cuma aku bukanlah update cerita yang baru. Melainkan, aku cuma akan copy & paste je dari blog rasmi aku di Noorhidayat[dot]Com.

Selain dari memastikan blog ini terus hidup, aku juga nak kena buat back-up. Mana tahu ada apa-apa jadi pada blog di Noorhidayat[dot]Com. Jadi, adalah tempat untuk aku pastikan semua entri-entri aku tidak hilang begitu sahaja.

Setuju tak? Mesti kau semua setuju kan. Kalau tak setuju, setuju sahaja lah.

Selain dari tu, aku juga perhatikan ada antara blogger-blogger yang menggunakan blogspot tidak membenarkan "Anonymous" memberikan komen. Jadi, tak dapatlah aku meninggalkan jejak di blog tersebut selain mendaftar masuk ke akaun blogger.

Jadi, dengan ada dua update di dua blog ini, makan aku mungkin dapat meningkatkan bilangan pengunjung aku. Serta melihat trend perhijrahan dari kedua-dua blog ini.

Oh ye. Ada isu yang sedikit panas aku cuba ketengahkan dalam sehari dua ni di blog Noorhidayat[dot]Com. Bukan panas mana. Cuma mungkin memerlukan sedikit atau banyak pemikiran yang kritis. Aku cuba sebaik-baiknya menjaga patah ayat aku agar tidak menimbulkan sebarang buruk sangka.

Apa-apa pun, jangan lupa komen. Dan sekali lagi. Tunggu untuk kejutan seperti yang aku cakap tempoh hari di Noorhidayat[dot]Com.

**Ini adalah entri ulangan dari Noorhidayat[dot]Com. Untuk mendapatkan catatan terkini, sila ke Noorhidayat[dot]Com

Noorhidayat[dot]Com Kembali

Dicatat oleh PakciQue | 1/09/2009 06:05:00 PM | | 0 Komen »

Kepada pembaca dan pengunjung sekian. Dengan ini diumumkan yang blog Noorhidayat[dot]Com telah kembali.

Jadilah yang terawal untuk mendapatkan kemaskini yang terkini. Jangan ketinggalan.

http://noorhidayat.com