~..::Kategori Kesan Magik
Seperti juga lagu/muzik dan juga filem, Magik juga mempunya kategori atau mungkin boleh dipanggil genre. Telah banyak perbincangan dan perbalahan pendapat di antara pengamal-pengamal ilmu silap mata bagaimana hendak mengkategorikan kesan-kesan magik ini dan ketidaksetujuan terhadap beberapa kategori yang telah wujud. Bagaimanapun, hampir dipersetujui bahawa kesan-kesan magik boleh dibahagikan kepada kategori-kategori berikut.
- Mengadakan (Production)
Satu proses magik daripada sesuatu yang tiada kepada ada atau wujud. Contoh seperti mengeluarkan arnab dari topi yang kosong. Atau ahli magik muncul di dalam kepulan asap ditengah-tengah pentas yang kosong.
Antara trik yang popular menggunakan kesan ini adalah memunculkan sebuah pesawat ringan di tengah-tengah pentas selepas kain rentang diangkat.
Antara trik yang popular menggunakan kesan ini adalah memunculkan sebuah pesawat ringan di tengah-tengah pentas selepas kain rentang diangkat.
- Menghilangkan (Vanishing)
Kesan ini adalah pembalikan dari kesan 'mengadakan'. Ahli magik menunjukkan sesuatu dan kemudian menghilangkannya dari pandangan penonton seperti menghilangkan air yang dituangkan ke dalam surat khabar.
Trik yang sangat popular dengan menggunakan kesan ini adalah apabila David Copperfield menghilangkan Statue of Liberty.
Trik yang sangat popular dengan menggunakan kesan ini adalah apabila David Copperfield menghilangkan Statue of Liberty.
- Menukarkan (Tranformation)
Menukarkan sesuatu barang kepada suatu barang yang lain seperti menukar warna sapu tangan. Kadangkala, kesan trik ini mungkin juga adalah gabungan di antara kesan mengadakan dan menghilangkan.
Trik seperti menukar seorang wanita kepada seekor harimau dilihat sebagai trik yang popular menggunakan kesan ini.
Trik seperti menukar seorang wanita kepada seekor harimau dilihat sebagai trik yang popular menggunakan kesan ini.
- Menyambungkan (Restoration)
Antara trik mudah yang menggunakan kesan ini adalah seperti memotong tali kemudian menyambungkan semula atau mengoyakkan surat khabar dan mencantumkan semula.
Pernah lihat seorang wanita dipotong dua dengan gergaji mesin, kemudian badan wanita itu disambungkan semula tanpa sebarang kecederaan? Trik popular ini menggunakan kesan ini.
Pernah lihat seorang wanita dipotong dua dengan gergaji mesin, kemudian badan wanita itu disambungkan semula tanpa sebarang kecederaan? Trik popular ini menggunakan kesan ini.
- Memindahkan (Teleportation)
Kesan ini terhasil apabila suatu benda telah hilang dan muncul pula di tempat lain, mungkin dekat tetapi terhalang oleh sesuatu atau jauh yang amat mustahil untuk sampai pada masa yang singkat.
Trik yang popular dengan menggunakan kesan ini adalah seperti seorang wanita di dalam kotak kayu yang dikunci rapi. Dengan sekelip mata, wanita itu hilang dari dalam kotak tersebut dan kemudian muncul dari tempat penonton.

- Mengapungkan (Levitation)
Satu bentuk trik yang menggunakan kesan melawan hukum graviti. Secara asasnya, ahli magik akan menafikan penggunaan tali atau kabel di dalam persembahan magik yang menggunakan kesan ini.
Ahli magik jalanan popular, David Blaine telah menegjutkankan dunia silap mata apabila beliau telah berjaya mengapungkan badannya di atas jalan raya di hadapan penonton yang hanya berdiri beberapa meter sahaja dari beliau.

- Penembusan (Penetration)
Kesan ini melibatkan trik sesuatu objek yang keras menembusi objek keras yang lain seperti magik lingkaran besi.
David Copperfield sekali lagi mengejutkan dunia silap mata dengan cubaan menembuskan dirinya dan berjalan di dalam Tembok Besar China.
Secara umumnya, hampir kesemua trik yang ditunjukkan oleh ahli magik mengandungi salah satu dari kategori kesan magik seperti yang dijelaskan. Adakalanya, satu trik mengandungi lebih dari satu kesan yang digunakan. Contoh adalah trik "Cawan dan Bola" menggunakan gabungan menghilangkan, mengadakan, penembusan, memindahkan dan menukarkan.

Disunting, diolah, dialihbahasakan dari wikipedia.
this is a nice post!!.. really
r you magician
wow...tq 4 your compliment.
yes..i'm magician. but i'm not really serious enough to make this line of art as my income. mayb u can show me some guide..