Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Olimpik Beijing Yang Tipu?

Dicatat oleh PakciQue | 8/20/2008 06:30:00 PM | , , , | 0 Komen »

Teknologi dah semakin canggih. Apa sahaja adalah hampir mustahil. Dengan segala bagai bentuk teknologi, kau boleh dapat apa yag kau nak buat.

Olimpik Beijing rupanya tidak sunyi dari kontroversi. Aku rasa cerita ni macam sedikit sepi kat Malaysia ni. Aku pun tau kebetulan masa aku pergi youtube. Kemudian nampak satu video yang bertajuk "Beijing Olympics Footprint Fireworks" Jadi aku pun buka dan tengok lah.

Videonya seperti berikut.



Video di atas adalah sebuah pertunjukan 29 percikan bunga api berbentuk tapak kaki berturut-turut dari Tiananmen Square ke Staidum Sarang Burung yang berterusan umpama simbolik bagi Olimpik edisi ke-29 telah tiba di Beijing.

Apa yang menjadi isu adalah, letupan-letupan bunga api yang kau tengok tu, sebenarnya adalah CGI. Ia dibangunkan oleh pereka-pereka grafik yang mengambil masa lebih kurang setahun untuk ia kelihan seasli yang mungkin.

Hakikatnya, letupan-letupan bunga api itu memang ada. Penonton-penonton di sekitar luar Stadium Sarang Burung mengesahkannya sendiri. Tetapi, penonoton di rumah pula menyaksikan letupan yang tidak asli. Hanya 3 percikan bunga api yang dirakam dari dalam stadium adalah percikan yang sebenar.

Alasan yang diberikan adalah sukar bagi mereka untuk merakamkan percikan itu secara langsung dengan posisi kamera yang cantik serta tidak membahayakan keselamatan juruterbang helikopter yang mengikut jejak tapak kaki itu yang meletup setiap saat.

Jadi, percikan secara CGI digunakan untuk memberi kesan yang cantik kepada penonton TV di rumah dan penonton layar besar di Stadium seolah-olah rakaman dibuat menggunakan helikopter.

Pendapat aku

Aku suka. Pada aku takde apa yang salah. Yang penting aku suka tengok. Memang cantik dan aku rasa tersentuh. Tidak mustahil sebenarnya untuk merakamkan secara langsung kalau kau memang betul-betul seorang jurukamera dan juruterbang yang gila punya hebat. Cuma hampir mustahil pada percubaan yang pertama. Kena berlatih 2,3 kali juga lah.

Sebenarnya ada lagi satu isu berkaitan dengan Majlis Perasmian Pembukan Olimpik Di Beijing tu. Tapi, aku malas nak ulas panjang-pangjang.

Bacaan lanjut di sini, sini dan sini.

Diet Untuk Kurus::..~

Dicatat oleh PakciQue | 8/14/2008 08:43:00 AM | , , | 0 Komen »

Ada satu hari tu, masa aku dalam perjalanan nak ke JB bersama bos aku, En Abd Rauf Ahmad, dengan BMW 5 series dia yang baru tu, dia ada tanya kat aku satu soalan.

"Yat, bagi aku petua nak kurus. Aku tengok kau makan banyak, tapi badan tetap kurus je."

Hm, dan ramai orang yang tanya kat aku soalan yang lebih kurang sama. Aku pun sebenarnya tak tau nak bagi pandangan yang macam mana. Hakikatnya, aku sendiri tidak mengambil diet yang seimbang.

Tapi, dalam ramai-ramai makhluk tuhan paling seksi , cuma seorang sahaja yang aku pernah lihat keberkesanan dia mengamalkan diet dan gaya hidup yang sihat.

Ok, di sini aku perturunkan sedikit amalan diet yang boleh kau amalkan kalau berminat nak mengurangkan sedikit berat badan. Dalam masa sebulan, kau boleh kurang 1-3 kg. Cubalah.

Sarapan

Sangat penting. Hakikatnya, aku sendiri tidak bersarapan. Tapi, sarapan adalah makanan yang sangat penting untuk memberikan kau tenaga di pagi hari. Aku kalau lapar pun, hanya bersarapankan Milo sahaja.

Amalkan sarapan bijirin seperti cornflakes dan segelas jus oren. Kurang kalori, tinggi serat. Air oren tu boleh buat cuci perut. Paham-paham lah sendiri kan.

Aku tak galakkan kau orang sarapan nasi lemak ke, roti canai ke, teh tarik. Seminggu sekali boleh lah. Tapi, hakikatnya aku tak galakkan langsung. Kalau boleh, kau lupakan terus.

"Huh, nasi lemak? Apa tu? Adakah sejenis kenderaan?"

Tengahhari

Kalau boleh elakkan atau skip makan tengahhari. Kalau terasa lapar, makan buah-buahan seperti betik, pisang atau tembikai susu. Baik untuk pelawasan. Mudah nak YAK.

Malam

Seelok-eloknya, awalkan makan malam. Sebaik-baiknya pukul 6 dan sebelum pukul 8. Lebih kurang macam waktu kita berbuka. Menunya, nasi [sedikit] + sayur-sayuran [buat sup pun sedap] + ikan [rebus atau kukus]. Jangan mengambil menu yang terlalu berat dan berkalori tinggi.

Supper

Mungkin pada waktu begini, kau akan terasa sedikit lapar kan. Elakkan pengambilan makanan yang berat seperti makan lauk makan malam tadi. Sekeping roti mungkin sudah memadai.

Tambahan

Aku tak pasti akan pengambilan susu. tapi kalau perlu ambil, pastikan yang mengandungi rendah lemak. Pengambilan snek seperti kentang goreng, jajan makanan ringan, minuman berkarbonat dan sebagainya adalah dilarang keras sama sekali. Dan yang paling penting, banyakkan minum air kosong.

p/s: aku pernah mendapat tanda-tanda nak demam, aku pulun air kosong banyak-banyak sampai dalam satu hari tu, aku rasa ada dalam 20 kali aku ke tandas. Esoknya, aku dah cergas semula.

Senaman

Sesuatu yang tak boleh kau abaikan. Sekurang-kurangnya berjalan kaki sejauh 1-2 km sehari sudah memadai. Asalkan berlaku pembakaran lemak di dalam badan. Tak perlulah nak buat sit-up ke lompat kijang ke. Yang penting adalah pengeluaran peluh.

Penutup

Kadang-kadang, lemak di dalam badan kita tu dah tak boleh dibakar. Tapi, kita boleh tukarkan lemak tersebut kepada otot. Maka, bolehlah cuba-cuba pergi gym.

p/s: dikesempatan kerana menggunakan nama bos aku, aku di KedaiMagik ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran Yang ke 31 kepada En Abd Rauf Bin Ahmad. Semoga bertambah rezeki dan umur. Amin.

Emas Di Beijing::..~

Dicatat oleh PakciQue | 8/13/2008 08:42:00 AM | , , | 2 Komen »

Aku dan sukan memang tak berapa nak ngam. Tak tau kenapa, tapi aku bukan seorang kaki sukan, apatah lagi kaki bola. Kalau orang tanya aku siapa yang akan menang untuk Piala Eropah, aku akan cakap terus yang aku tak tau sebab aku tak layan. Lagipun, aku takut kalau-kalau aku main tembak je nama negara, sekali negara tu bukan negara Eropah. Kan ke malu. Baik mengaku je.

Sama hal nya dengan sukan olimpik. Aku bukan suka sangat melayan di depan TV untuk menonton satu persatu pertandingan atau acara yang berlangsung. Untuk dapatkan apa-apa info pasal sukan, aku lebih suka bertanya kepada adik-adik aku atau kawan-kawan yang lain.

Tapi, sedetik, tiba-tiba aku terasa nak meluahkan sedikit apa yang bermain di fikiran aku. Tapi, sebenarnya perkara ni dicetuskan oleh sabahat aku masa kat Universiti dulu. Nama dia Kamarul Azainiazli Ahmad Kamal. Terbelit sikit lah lidah nak sebut nama dia kan.

Rakyat/Atlit Malaysia mempunyai tahap kecergasan dan fizikal yang rendah. Setuju atau tidak? Sepatutnya setuju. Kecuali kau seorang ahli bina badan, memanglah badan kau besar, tapi boleh ke kau berlari 100m dibawah 10 saat?

Aku takde idea macam mana nak meningkatkan stamina atlit-atlit Malaysia supaya mereka boleh bersaing dengan peserta dari negara lain. Takkan nak ambil steroid kot.

Beberapa tahun yang sudah, Kementerian Belia dan Sukan ada memperkenalkan 8 Sukan Teras yang menjadi tunjang kepada pembangunan sukan di Malaysia. Objektifnya? Aku tak tahu. Aku dah cuba search, tapi tak dapat apa-apa info yang dapat dikongsikan. Mungkin kau orang boleh.

8 sukan teras itu adalah; Bola Sepak, Badminton, Olahraga, Hoki, Renang, Gimnastik, Squasy dan Boling.

Ingat kata kunci aku di atas. Atlit Malaysia kurang tahap kecergasan dan fizikalnya.

Bola sepak? Dah tentu out. Aku tak perlu komen apa-apa. Mungkin kita kena tunggu 10-15 tahun akan datang untuk melihat bakat-bakat Soccerkids berkembang dan mengembalikan kegemilangan Bola Sepak Malaysia.

Badminton? Ada harapan. Kecergasan yang diperlukan untuk sukan ini adalah sederhana. Strategi, fokus dan ketahanan mental yang paling utama dalam sukan ini. Kalau kau kena tinggal 10-1 sekalipun, kau tetap boleh menang asalkan semangat dan motivasi tidak turun.

Olahraga? Tunjukkan aku pelari Malaysia yang mampu membuat pecutan 100m dibawah 10 saat. Sukan yang paling meruntunkan tahap kecergasan yang sangat tinggi. Peluang adalah sangat tipis.

Hoki? Aku tak berapa nak pasti sangat pasal sukan ni. Tapi, seingat aku kita mempunyai pemain hoki yang baik. Cuma rasanya publisiti terhadap sukan hoki dah kurang.

Renang? Hampir sama dengan olahraga. Perlukan stamina yang tinggi. Berbanding renang, aku lebih suka acara terjun.

Gimnastik? Sudah tentu ada harapan. Fizikal yang kecil sebenarnya adalah bonus untuk acara ini. Persaingannya adalah bentuk persembahan mana yang cantik. Keputusan kemenangan adalah subjektif. Maka, peluang sentiasa ada.

Squasy? Yang ni aku tak perlu cakap lah. Kita sudah ada pemain nombor satu dunia. Jadi, aku tak perlu ulas. Cuma, aku sendiri tak paham kenapa tiada kontijen skuasy ke Beijing.

Boling? Ni lagi satu sukan yang dah kurang publisiti. Aku pun dah tau siapa sekarang yang main boling. Takkan Shalin Zulkifli lagi kot?

Ok, sekarang kita berganjak ke senarai sukan yang Malaysia hantar ke Beijing untuk membawa pulang pingat emas. Oh, sebelum tu, buat pengetahuan semua, Malaysia tidak pernah mendapat pingat emas dalam mana-mana temasya olimpik. Malaysia hanya pernah memenangi 1 perak [Atlanta 1996] dan 2 gangas [masing-masing Barcelona 1992 & Atlanta 1996] menerusi acara badminton. Sebab tu, untuk temasya di Beijing kali ini, sandaran emas diletakkan di atas skuad badminton. Harga satu pingat emas adalah satu juta ringgit (RM 1,000,000).

Malaysia menghantar kontijen renang, terjun, angkat berat, badminton, menembak, memanah, olahraga, pelayaran, taekwondo dan berbasikal.

Untuk acara renang, badminton dan olahraga, sila lihat semula catatan di atas.

Terjun? Peluang tu ada. Sama macam gimnastik, keputusan kemenangan adalah subjektif. Untuk pastikan kau mendapat terjunan yang cantik, jangan lupa bawa sekali Jin Kuning bersama. Ok?

Angkat berat? Tetap mempunyai peluang. Tapi agak rendah. Kau cuba boleh berharap para peserta yang lain tiba-tiba kena cirit birit atau kau membawa bersama Jin Kuning.

Menembak dan memanah? Peluang untuk menang adalah besar. Apa faktor yang diperlukan untuk kau menang acara ini selain membidik dengan tepat [bullseye]. Jadi, banyakkan memakan lobak merah supaya mata menjadi segar. Konsisten dan fokus.

Pelayaran? Entah eh. Apa motif Malaysia menghantar kontijen ini?

Taekwondo? No Comment! Tapi, peluang tu ada. Cuma rendah. Kecuali kalau kau makan muntah jin.

Berbasikal? Tak nak cakap apa-apa. Peluang yang sangat-sangat rendah.

Catatan penutup dari aku. Kementeria Belia dan Sukan sepatutnya menumpukan dan membuat kajian kepada sukan-sukan yang setaraf dengan kecergasan rakyat Malaysia. Pada pendapataku [kawan aku], kita patut bertukar kepada jenis-jenis sukan yang lebih kepada penyusunan strategi dan teknik. Pembangunan sukan-sukan seperti gimnastik, menembak, memanah, boling tenpin, boling padang, terjun, renang berirama dan sebagainya tidak sepatutnya diabaikan. Sukan-sukan ini walaupun tidak popular, tetapi jika kena dengan teknik dan gaya serta bentuk pelaburan yang betul, tak mustahil nanti ketika temasya London 2012, kita akan membawa pulang lebih daripada 1 pingat emas.