Showing posts with label Penipuan. Show all posts
Showing posts with label Penipuan. Show all posts

CNN Dan Hologram

Dicatat oleh PakciQue | 11/06/2008 11:29:00 AM | , , , | 2 Komen »

Aku tak tengok. Tapi, aku tau cerita ni. Tu pun sebab aku gi berjalan-jalan dengan en. google. Dan entri ni ada sedikit kaitan dengan entri yang ini.

CNN ketika membuat liputan akan pilihanraya presiden Amerika, telah menggunakan teknologi Hologram dengan menampil imej Jessica Yellin dalam bentuk 3D di dalam studio bersama-sama dengan Wolf Blitzer.

Saksikan sedutan temubual itu di bawah.



Teknologi hologram ini di hasilkan dengan menggunakan 35 buah kamera berdefinisi tinggi untuk menghasilkan imej yang cantik dan merangkumi 360°. Lebih kurang macam filem The Matrix. Tapi, Matrix tu gambar pegun. Yang ni gambar bergerak. Kira senang cakap macam daam filem Star Wars la. Tu pun kalau kau jenis layan Star Wars.

Lelaki yang bertanggungjawab memastikan sistem hologram ini berjaya direalisasikan adalah David Bohrman.

Saksikan sedutan temubual pembikinan hologram di bawah.



Terdapat pula satu blog yang mengatakan bahawa hologram itu bukan hologram yang sebenar. Yang ditampilkan di dalam studio hanyalah sebuah imej 2D. Imej hologram yang berbentuk 3D hanya dihasilkan untuk tontonan di TV saja. Dan macam buat filem pula kan?

Ala. Nama pun CNN. Agensi berita paling putar alam. Jadi, tak mustahillah kalau dia tipu juga pasal hologram tu.

Kau rasa betul ke palsu?

Pautan: Paul Levinson | Techie Diva | Gear Log

Teknik Meramal Nombor Ekor 4D

Dicatat oleh PakciQue | 10/20/2008 09:07:00 AM | , , | 23 Komen »

Fuhh! Tajuk yang mencetus kontroversi. Kenapa aku guna tajuk ni?

Ok, beberapa minggu yang lepas, aku dapati ada beberapa pengguna internet yang masuk ke blog aku melalui hasil carian di google untuk kata kunci yang berkaitan dengan perjudian dari Magnum, Toto, 4D dan sebagainya.

Antara kata kunci yang popular adalah
  • Teknik Meramal Nombor Ekor 4D
  • Tips Nombor Ekor
  • Formula Saintifik Meramal Nombor 4D
  • Rahsia Nombor Magnum
Aku rasa, punca mereka tersesat ke blog aku adalah kerana ada dua entri aku yang sebelum ni yang mempunyai kaitan dengan hasil carian mereka.
  • Scam - Penipuan Yang Di Buat di Jalanan
  • Mentalism - Iklan Mendapatkan Bantuan Bomoh Siam
Aku jamin. Lepas ni, akan lebih banyak lagi pengguna-pengguna internet yang akan tersesat ke blog aku dan secara tidak langsung akan meningkatkan trafik aku. Ya. Itulah tujuan pertama aku. Meningkatkan trafik KedaiMagik.

Ok. Kita sekarang pergi ke landasan asal. Teknik Meramal Nombor Ekor 4D.

Betul ke boleh meramal? Aku tak tau. Tapi, aku rasa tak mustahil. Cuma aku tak percaya. Betul ke teknik yang diperkenalkan tu? Boleh pakai ke teknik tu? Takde orang yang boleh jadi kaya dengan berjudi. Yang kaya hanya tokei judi sahaja.

Akan ada orang yang mengambil kesempatan atas ketagihan orang berjudi dan atas keterdesakan orang untuk mendapat nombor yang bertuah. Tuah ke? Macam aku, mengambil kesempatan atas carian mereka untuk mendapatkan serpihan trafik. Halal ke?

Ada beberapa web yang menjalankan perniagaan di internet dengan memperkenalkan sistem arithmatik sebagai kaedah untuk meramal nombor. Secara kasar, aku mengatakan itu satu bentuk penipuan. Kalau betul dia boleh meramalkan nombor tersebut, kenapa dia sendiri tak beli dan tunjukkan akaun dia yang penuh dengan duit. Tapi, aku salut lah sikit kat dia sebab cara dia mengulas memang meyakinkan. Dan aku percaya, memang dia dah untung banyak dah.

Tidak kurang juga yang menyediakan perkhidmatan meramal nombor melalui SMS disamping menyediakan perkhidmatan keputusan muktahir melalu SMS juga. Memang satu prospek yang berjaya. Tapi, halal ke?

Aku sendiri ada pengalaman berjudi. Hehehe. Tapi, bukan yang 'halal'. Yang 'haram'. Huh. Judi itu haram. Haram tetap haram. Walaupun kau ada lesen. Ia tetap haram.

Siapa yang tak pernah main tikam-tikam? Tipu sangatlah kan. Fuh. Sangat popular tu. Beli 20sen menang RM5.00. Dan aku ada teknik untuk menang. Dan selalunya menjadi. Tapi, tu teknik lain. Tak boleh diaplikasikan dalam membeli nombor ekor.

Kemudian, aku pernah main kuda. Ala, kuda mesin yang masuk RM1.00 tu. Ya. Aku pernah main. Gila kan? Tapi, percayalah. Kuda mesin tu lagi penipu besar. Janganlah terjebak. Nanti kau ketagih.

Kepada kaki nombor yang tersesat ke blog aku. Meh kita renungkan bersama.
  • Kalau benar seseorang tu boleh meramal nombor dengan tepat, kenapa dia sendiri berpakaian seperti orang susah.
  • Kalau betul dia ada sistem untuk meramal nombor, pihak Magnum atau Toto dah lama serbu dia. [Sama seperti kalau di kasino, kau menang banyak sangat. Pihak keselamatan akan menahan kau untuk menyiasat jika kau mengamalkan perjudian yang salah]
  • Kalau betul kau percaya kau boleh kaya dengan berjudi. Kaya ke kau sekarang ni? Atau semakin susah?
  • Kalau kau rasa berjudi itu umpama perniagaan. Buatlah aliran duit keluar dan masuk. Keluar untuk duit yang kau laburkan membeli nombor ekor. Dan duit masuk untuk duit yang kau menang. Kau akan dapati lebih banyak duit keluar dari duit masuk.
Sebagai seorang ahli magik yang faham dengan selok-belok dunia perjudian ni, aku sangat-sangat menggalakkan kau untuk keluar dan elakkan dari tercebur dengan perjudian. Percayalah, sangat sedikit atau dengan kata yang lebih mudah, tidak ada orang yang benar-benar berjaya hanya dengan berjudi.

Olimpik Beijing Yang Tipu?

Dicatat oleh PakciQue | 8/20/2008 06:30:00 PM | , , , | 0 Komen »

Teknologi dah semakin canggih. Apa sahaja adalah hampir mustahil. Dengan segala bagai bentuk teknologi, kau boleh dapat apa yag kau nak buat.

Olimpik Beijing rupanya tidak sunyi dari kontroversi. Aku rasa cerita ni macam sedikit sepi kat Malaysia ni. Aku pun tau kebetulan masa aku pergi youtube. Kemudian nampak satu video yang bertajuk "Beijing Olympics Footprint Fireworks" Jadi aku pun buka dan tengok lah.

Videonya seperti berikut.



Video di atas adalah sebuah pertunjukan 29 percikan bunga api berbentuk tapak kaki berturut-turut dari Tiananmen Square ke Staidum Sarang Burung yang berterusan umpama simbolik bagi Olimpik edisi ke-29 telah tiba di Beijing.

Apa yang menjadi isu adalah, letupan-letupan bunga api yang kau tengok tu, sebenarnya adalah CGI. Ia dibangunkan oleh pereka-pereka grafik yang mengambil masa lebih kurang setahun untuk ia kelihan seasli yang mungkin.

Hakikatnya, letupan-letupan bunga api itu memang ada. Penonton-penonton di sekitar luar Stadium Sarang Burung mengesahkannya sendiri. Tetapi, penonoton di rumah pula menyaksikan letupan yang tidak asli. Hanya 3 percikan bunga api yang dirakam dari dalam stadium adalah percikan yang sebenar.

Alasan yang diberikan adalah sukar bagi mereka untuk merakamkan percikan itu secara langsung dengan posisi kamera yang cantik serta tidak membahayakan keselamatan juruterbang helikopter yang mengikut jejak tapak kaki itu yang meletup setiap saat.

Jadi, percikan secara CGI digunakan untuk memberi kesan yang cantik kepada penonton TV di rumah dan penonton layar besar di Stadium seolah-olah rakaman dibuat menggunakan helikopter.

Pendapat aku

Aku suka. Pada aku takde apa yang salah. Yang penting aku suka tengok. Memang cantik dan aku rasa tersentuh. Tidak mustahil sebenarnya untuk merakamkan secara langsung kalau kau memang betul-betul seorang jurukamera dan juruterbang yang gila punya hebat. Cuma hampir mustahil pada percubaan yang pertama. Kena berlatih 2,3 kali juga lah.

Sebenarnya ada lagi satu isu berkaitan dengan Majlis Perasmian Pembukan Olimpik Di Beijing tu. Tapi, aku malas nak ulas panjang-pangjang.

Bacaan lanjut di sini, sini dan sini.

Mentalism

Dicatat oleh PakciQue | 11/29/2006 10:19:00 AM | , | 0 Komen »

Apa rasanya apabila seseorang dapat membaca fikiran anda?

Mentalism adalah kebolehan yang berkaitan dengan penggunaan kuasa minda seseorang seperti membaca fikiran orang lain, meramal jangkaan dan masa depan serta menggerakkan sesuatu objek tanpa menyentuhnya.

Orang-orang yang mempunya kebolehan ini dikatakan memiliki kuasa atau kebolehan psikik.
Kedua-dua istilah ini, pada pendapat peribadi aku, adalah menggunakan helah semata-samata. Tiada kebenaran dari segi saintifik atau mungkin sekadar naluri semata-mata.

Persembahan

Petua yang penting semasa membuat persembahan mentalism, kau orang perlu merenung mata audien dengan tajam. Ia bertujuan untuk mempengaruhi minda bawah sedar mereka. Diakhir persembahan, mereka akan percaya bahawa kau orang telah berjaya membaca fikiran mereka, walhal kau orang hanya mempengaruhi minda mereka agar memilih apa yang aku ingin teka.

Jadi, secara teorinya, mentalism adalah persembahan terbalik. Dapatkan jawapan, kemudian cati soalan.

Nombor Ekor

Semalam, ada kertas iklan yang dikepit di wiper kereta aku. Bila aku baca, ia adalah iklan tentang seorang tok guru dari Thailad (Thai Master) yang ada kuasa untuk meneka atau meramal nombor ekor 4D dan kuda. Bukti yang ditunjukkan adalah tiket 4D dengan nombor 9415 memenangi tempat kedua serta kuda 4140 memenangi tempat pertama. Sama seperti di dalam keratan akhbar.

Muslihatnya? Tiket dibeli selepas keputusan di akhbar keluar.

Sebelum ini pun, aku pernah dapat kertas yang sebegini. Aku bukanlah nak marah sangat. Tapi yang buat aku panas, dalam kertas tu ada letak komen dari pelanggannya. Komen lebih kurang begini.

"Selepas berjumpa dengan tok guru sami, kehidupan saya telah berubah dengan serta merta. Terima kasih tok guru"
Ahmad bin Abu.

Kau orang perasan tak? Hm, kalau nak letak komen yang tipu pun, jangan lah letak nama melayu Islam walaupun kau cuba menarik orang melayu untuk terpengaruh dengan iklan kau ni. Tetapi hakikatnya, selain bangsa lain, orang melayu juga adalah antara pelanggan tegar kepada perniagaan yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Kalau tidak, kenapa perlu iklan dibuat dalam bahasa melayu yang tunggang langgang walhal, mereka boleh buat dalam bahasa inggeris.

Dalam iklan yang terbaru ni, terdapat satu tagline yang amat menarik minat aku.

"Dapatkan sebelum anda susah. Ubahkan diri sebelum anda diubahkan. Telifonlah!. Anda jadi melainkan".