Showing posts with label Twitter. Show all posts
Showing posts with label Twitter. Show all posts

Mari Mengenal Twitter Siri 02

Dicatat oleh PakciQue | 11/07/2008 11:13:00 AM | , , | 2 Komen »

KLIK SINI untuk Mari Mengenal Twitter Siri 01

Aku ada perasan beberapa kawan blog aku [atau blog kawan sebenarnya?] yang sebelum ni tak menggunakan Twitter, telah mendaftar bersama Twitter. Dan belum sempat aku menurunkan ilmu cara-cara meningkatkan trafik dengan menggunakan Twitter, sudah ada yang telah memulakan langkah-langkah meningkat trafik ke blog mereka dengan Twitter.

Err. Faham tak? Dengan kata yang lebih mudah. Twitter ni sebenarnya mudah untuk difahami.

Dan sebenarnya banyak maklumat dan tutorial yang lebih advance yang kau boleh dapat jika kau tanya en google. Tapi, mestilah dalam bahasa inggeris kan? Kalau nak dalam bahasa melayu. Ha, blog aku ni kira sedikit sebanyak dapatlah membantu kau. Ok?

Ingat tak ada satu perenggan di entri terdahulu yang dihujung ayatnya aku warnakan dengan warna biru?
Twitter ni lebih kurang juga macam blog. Cuma lebih ringkas dan terhad (140 aksara saja). Dah macam main SMS pula. Tapi, yang menariknya, kau boleh dapatkan update terkini atau memberikan update terkini dengan mudah dan pantas. Kau sarapan apa tadi. Lepas tu kau buat kerja apa. Makan tengahari kat mana. Dengan kata mudah. Setiap apa yang kau buat, kau boleh kemaskini secara langsung. [Nota untuk PakciQue: Ada huraian lanjut untuk perenggan ini dalam entri akan datang.]
Apa yang aku nak huraikan ni, sebenarnya banyak tools atau alat yang boleh kau gunakan untuk membantu kau mengurus akaun Twitter kau. Contohnya, kau boleh membuat update dan mendapat update menerusi SMS. Tapi aku tak pernah cuba lagi. Kalau pernah cuba, mari kongsi bersama.

Ok, untuk edisi ke-2, aku akan memberikan beberapa petua [perkataan 'teknik' aku rasa lebih sesuai kan?] untuk mendapatkan follower yang ramai. Macam tagline yang aku selalu guna. "U Follow Me. I Follow U." Jadi, dengan kata mudah. Untuk mendapatkan follower, kau kena follow orang lain dulu. Dan beri masa kepada orang itu untuk follow kau semula atau menjadi follower kau. Maka, kau boleh mula follow seberapa banyak orang yang kau mampu. Mungkin 100, 200 atau 1000. Mengikut bacaan aku, maksimum yang dibenarkan adalah 2000. Bila cukup seminggu atau 2 minggu, kau kena buat analisis mana-mana yang tidak follow kau semula, kau boleh remove mereka dari senarai following kau. Maaf. Terpaksa menggunakan perkataan bercampur aduk.

Berikut adalah tools yang boleh membantu kau mengenalpasti siapa yang kau follow dan siapa yang follow kau.
  • LessFriends
    Untuk melihat sama ada orang yang kau follow tu, follow kau balik atau tak.

  • Friend or Follow
    Untuk kau lihat siapa yang follow kau, siapa yang tidak.

  • Qwitter
    Untuk lihat siapa yang telah keluar dari follow kau.

Diharap, tools ini dapat membantu kau untuk meningkat bilangan follower kau dan sekaligus meningkat trafik ke blog kau.

Dan penutup kata, bagi yang masih tiada akaun Twitter, marilah daftar dan follow aku.

U Follow Me. I Follow U.

Mari Mengenal Twitter Siri 01

Dicatat oleh PakciQue | 10/29/2008 11:23:00 AM | , , | 3 Komen »

Aku perasan ramai blogger yang tidak ada Twitter. Aku tak tahu pula kenapa. Mungkin mereka tidak tahu akan kewujudan micro-blogging ini atau tidak tahu akan kemampuan Twitter sebagai alat pemasaran. Lebih-lebih lagi kalau kau seorang pro-blogger. Ha. Tu lagi satu istilah.

Taknak jadi macam buku sekolah. Aku bagi maklumat pengenalan pasal Twitter ni sikit je. Nak tahu lebih lanjut. Boleh tanya en. google atau en. wikipedia. Ok.

Twitter ni lebih kurang juga macam blog. Cuma lebih ringkas dan terhad (140 aksara saja). Dah macam main SMS pula. Tapi, yang menariknya, kau boleh dapatkan update terkini atau memberikan update terkini dengan mudah dan pantas. Kau sarapan apa tadi. Lepas tu kau buat kerja apa. Makan tengahari kat mana. Dengan kata mudah. Setiap apa yang kau buat, kau boleh kemaskini secara langsung. [Nota untuk PakciQue: Ada huraian lanjut untuk perenggan ini dalam entri akan datang.]

Antara kegunaan lain Twitter adalah:-
  • Mendapatkan trafik. ✔
  • Memperkenalkan produk dan penjenamaan.
  • Untuk mendapatkan maklum balas.
  • Menggajikan pekerja [terutama freelancer] untuk membina web atau logo.
  • Membaca berita terkini dan sensasi. Contoh.
  • Dapat kawan baru. Dah macam friendster kan?
  • Sebagai peringatan atau To-Do list.
  • Alat perhubungan antara kenalan pejabat. Terutama kalau berkaitan dengan kerja-kerja.
  • Peringatan kepada pelanggan. Kau ada produk baru yang ingin di war-warkan?
Ok. Sekarang ni kau dah ada idea akan kebaikan kegunaan Twitter. Kau dah boleh mula bayangkan dan berangan akan kehebatan Twitter dan manfaatnya kepada blog kau.

Apa yang perlu kau buat sekarang adalah daftar dan follow aku.

U Follow Me. I Follow U.

Ok. Untuk siri akan datang, aku akan terus ke tujuan dan matlamat. Aku akan huraikan satu persatu cara untuk mendapatkan follower yang ramai dan bagaimana dengan Twitter, kau boleh mendapat trafik yang banyak. Ok? Jangan lupa follow aku. Kalau tak, kau lambat dapat update terkini.

✔ Ini adalah fokus utama yang akan dibincangkan dalam entri-entri yang akan datang.

**Aduh! Tunggang langgang ayat aku. Ni lah padahnya kalau buat review pasal benda yang berkaitan dengan dunia teknologi. Susah nak cari kata yang sepadan dengan bahasa Melayu.

Twitter Kini Digunakan Pengganas

Dicatat oleh PakciQue | 10/28/2008 03:47:00 PM | , , , | 2 Komen »

Lawak gila. Tadi aku buat 'window shoping' dengan en. google. Lepas tu, ternampaklah satu berita yang mengatakan bahawa pengganas telah menggunakan Twitter sebagai alat bantuan operasi mereka. Siapa yang kata? Siapa lagi kalau bukan dari perisikan tentera Amerika.

Entah lah. Apa yang tak kenalah dengan mereka ni. Dah takut dengan bayang-bayang sendiri agaknya. Silap-silap google earth dengan telefon bimbit Nokia 6210 akan diharamkan sebab memberi maklumat pemetaan dan geografi.

Bacaan lanjut di SINI.

Oh ye. Kepada yang berminat untuk menggunakan Twitter sebagai alat bantuan keganasan untuk meningkatkan trafik, boleh selalu menjengah ke blog ni. Dalam beberapa hari, aku akan huraikan satu per satu teknik yang boleh kau guna untuk tingkatkan populariti blog kau. Ok.


Tingkatkan Trafik Anda Dengan Twitter

Dicatat oleh PakciQue | 10/21/2008 01:59:00 PM | , , | 5 Komen »

Mula-mula dulu aku ingatkan apekebenda lah Twitter ni. Sekali bila dah guna, baru aku tau apa kelebihannya. Dan ternyata kelebihan ni adalah berkadar selari dengan kemahuan aku. Meningkatkan trafik.

Ya. Dengan Twitter, kau boleh meningkatkan bilangan pengunjung ke blog kau dengan kadar antara 100-200 orang sehari. Nampak macam mustahil kan? Tapi, kalau kau tak cuba. Kau tak tahu.

Aku dah join seminggu. Dan aku dapat rasakan bilangan pengunjung aku seperti bertambah ramai. Cuma yang sedihnya, diorang tak komen pula kat blog aku.

Takpe. Yang penting. Impian aku tercapai untuk mendapatkan jumlah trafik yang tinggi.

Jangan, jangan tunggu lagi. Daftar sekarang dan jadikan aku sebagai orang pertama yang kau follow. U Follow Me. I Follow U.

TWITTER PAKCIQUE