PDRM sekarang ni sedang giat menjalankan operasi memungut tunggakan saman dari pesalah-pesalah trafik. Dan ini secara tiba-tiba mengingatkan aku kepada sebuah cerita.
Apa pendapat kau bila pegawai berbaju seragam biru ini menahan sebuah van yang membawa sebilangan manusia untuk dibawa ke pusat latihan memandu sama ada untuk menjalani kursus, mengambil ujian undang-undang atau ceramah Pra-L. Kemudian meminta kad pengenalan seorang demi seorang. Dan sebelum beredar, berkata:
Jika ada antara kamu yang mempunyai tunggakan saman lalu lintas, sila jelaskn sekarang.
Ok, sekarang kita berganjak ke ulasan aku terhadapt video klip lagu Permintaan Hati dari kumpulan Letto. Hayati dulu Klip Video Permintaan Hati ini tanpa merujuk kepada lirik. Ok? [Lirik di akhir entri.] Kemudian aku akan buat sedikit review.
Amacam? Aku kategorikan Klip Video Permintaan Hati ini sebagai sebuah Klip Video yang berjaya. Kenapa?
Aku dapat rasa bertapa kecewanya Marsha melalui riak dan mimik mukanya itu. [1:34]
Adegan bermesra di dinding itu sangat menyentuh hati dan feel. [1:59]
Pergerakan kamera ketika babak di tepi kolam yang sangat cantik. [2:28]
Dan yang terutama; konsep Klip Video Permintaan Hati itu sendiri. Flash back + Back To the Future.
Di samping tu juga, banyak penggunaan ayat-ayat puitis yang memberikan makna sangat mendalam. Antaranya:
AKU ADALAH KAMU...! KITA DULU ADALAH SATU...!!!
Kenapa makhluk yang sangat mulia bernama wanita mau diperlakukan kayak gini...?
Seharusnya mereka bikin satu kata baru yang benar-benar bisa ngejelasin apa yang aku rasain ini. Satu kata di atas kata 'SAYANG'... di atas kata 'CINTA'... Satu kata yang artinya lebih dari semua kata yang pernah ada... Kerana kata CINTA nggak cukup mewakili apa yang aku rasain sekarang...!
AKU BUKAN APA-APA TANPA MU...!!! AKU HILANG TANPA MU...!!!
Kasih aku satu alasan... kenapa aku bisa ninggalin makhluk... seindah aku...!
...DAN TERNYATA 'PERMINTAAN' AKU DIKABULKAN...!!!
Maafkan atas semua kesalahan yang belum aku perbuat...
Surat Noe kepada Marsha:
Untuk Marsha Cahayaku... ...Nggak ada kata yang bisa aku sampaikan selain 'Maaf' dan 'Terima Kasih' sudah memberikan arti di hidupku yang sempit ini
...aku harus pergi bukan meninggalkanmu tapi hanya terlepas dirimu
jika kamu yakin akan ku maka memang inilah cara yang terbaik untuk dijalankan...
Cuma sayangnya. Klip Video ini disudahi dengan hanya sebuah mimpi. Perlu ke? Aku lebih suka kalau ia sebuah yang Happy Ending di mana Noe berjaya memujuk Marsha atau Noe yang asal datang dari masa hadapan memujuk Marsha dan mengajak pulang. Boleh? Atau nak lebih horror. Neo berjaya pujuk Marsha. Marsha Terpujuk. Marsha peluk Noe. Marsha nyalakan api. mereka berdua terbakar. Huhuhu.
Kenapa ada pemetik api di hujung mimpi Noe? Ada dua spekulasi dari aku.
Memang itu pemetik api Noe.
Marsha memang benar-benar datang. Tapi, tak sampai hati membakar kekasihnya. Lalu meninggalkan pemetik api itu sebagai tanda dia pernah datang dari masa hadapan.
Bukan niat nak mengagungkan muzik seberang. Tapi, dapatkah kau menafikan sesuatu yang baik dan cantik?
Ok, kau rasa kenapa Noe meninggalkan Marsha? Apa punca sebenar? Ini bukan spekulasi atau main teka-teka. Tapi jawapannya ada dalam Klip Video Permintaan Hati tersebut. Tengok betul-betul. Kau akan dapat jawapannya. Jadilah pemerhati yang baik. Tinggalkan jawapan kau dalam ruangan komen. Ok
Lirik Permintaan Hati - Letto
Terbuai aku hilang Terjatuh aku dalam Keindahan penantian
Terucap keraguan hati yang bimbang Yang terhalang kepastian cinta
Aku hilang Aku hilang
Tersabut kabut malam terbiasnya harapan Yang tersimpan sejuta bertuan Terasa kerinduan hati yang bimbang Yang terhempas kepastian cinta
Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi Dan berikanlah arti pada hidupku Yang terhempas yang terlepas Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu
Aku hilang Aku hilang
Tersabut kabut malam terbiasnya harapan Yang tersimpan sejuta bertuan Terasa kerinduan hati yang bimbang Yang terhempas kepastian cinta
Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi Dan berikanlah arti pada hidupku Yang terhempas yang terlepas Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu Bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu
Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi Dan berikanlah arti pada hidupku Yang terhempas yang terlepas Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu Bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu
Semak gila. Dah macam Cinta Di Lautan Lalang pula. Jadi, pergi lah potong. Baru nampak hensem dan sentiasa terpacak. RM9.00 tapi servis macam apa je. Habis baju aku penuh rambut. Melekat-lekat. Tak syuke. Tak syuke.
Aku Nak Hidup Percuma!
Aku merayap. Habis satu Plaza Alam Sentral aku tawaf. Tengok orang main game. Aku tak reti. Tengok je reti. Lagi best tengok orang yang pandai main dari diri sendiri yang tak pandai main, nak main.
Kemudian, di SACC Mall ada finale peraduan Aku Nak Hidup Percuma Di Era. Tapi aku tak tengok sampai habis. Dari start pun aku tak tengok. Penat lah. Balik lagi bagus.
Captcha Myspace yang gila
Aku akan buat satu entri esok berkaitan dengan Myspace punya Captcha. Aku tau, mesti ada yang sangkut dan serabut kan. Tunggu esok ok. Aku bagitahu tip-tip untuk menghadapi masalah Captcha yang gila ini.
Gangstarz - One Nation Emcess Juara
Yeah! Seperti yang diharapkan dan seperti yang diduga. One Nation Emcees jadi juara gGangstarz musim ke-2. Dengan persembahan yang mantap dan menarik. Memang aku mengharapkan dia menang. Tengok live tu lagi kat Stadium Melawati. Dapat tiket dari member yang tak jadi nak pergi. Sesungguhnya, mereka yang berada di stadium dapat hint siapa yang menang bila secara tidak sengaja Datuk Sri Farid telah menulis huruf "O" pada digital cek. Kumpulan mana plak yang ada huruf "O" di awal nya kecuali ONE.
Apa-apa pun, diorang memang layak untuk menang. Kesian kat kawan ONE yang tarik diri tu. Aku tak ingat nama dia apa. Tapi perempuan. Entah. Ada masalah apa entah.
Anugerah Juara Lagu 22 menutup tirainya kelmarin dengan persembahan para artis yang hebat-hebat (persembahan biasa-biasa) yang turut merupakan AJL yang paling banyak drama dan kejutan.
Dalam banyak-banyak persembahan, dah tentu aku paling suka dengan persembahan Mawi yang menampilkan magik "Quick Change" (menyalin atau menukar baju dengan cepat). Secara hakikatnya, memang salah teknik. Tapi usaha itu, berjaya.
Kita soroti sekali lagi persembahan Mawi:
Jika kau orang perasan, terdapat dua kesilapan dalam persembahan magik Mawi ni. Pertama adalah tempoh masa yang di ambil untuk menyalin pakaian. Tidak terlalu lama, tapi agak lama. Jadi kurang "hype" yang berjaya dibangkitkan. Kedua adalah apabila lampu dipadamkan, seolah-oleh terdapat "penipuan besar" yang dilakukan. (Tapi mungkin lampu dipadamkan sebab nak tukar penari-penari dewasa kepada penari-penari cilik.)
Ini pula adalah persembahan "Quick Change" dari mereka yang professional:
Aku sampai sekarang, tak tau secara terperinci bagaimana magik ini dibuat. Secara asasnya, aku tahu. Tapi seperti yang aku pernah bagitahu sebelum ini, magik bukan terletak pada rahsia tetapi kepada bagaimana ia dipersembahkan.
Apa-apa pun, Mawi layak untuk memenangi persembahan terbaik malam itu.
Dicatat oleh
PakciQue |
11/23/2007 01:10:00 PM
|
Lagu
|
3
Komen »
~..::Aku Tetap Milikmu
Perbedaan tak berarti Kau dan aku harus berhenti kini 'Tuk menggapai sang pelangi Direntang kehidupan rapuh ini
Walau waktu berguling melewati Redup matamu kan slalu Menjemput cinta setia
Nada hati 'kan menyatu Menentang badai yang pasti berlalu Lirih suara belai kata Membagi rasa dalam suka dan duka
Biar saat terhenti Mengakhiri keindahan maya ini Ampuh cintaku untukmu
Aku tetap milikmu Kau punyai hatiku Yang slalu ku rindu Saat indah bersamamu Kasih
Dicatat oleh
PakciQue |
10/24/2007 04:23:00 PM
|
Lagu
|
0
Komen »
~..::Seribu Tahun
Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi Tapi benarkah hidup aku kan selama ini Biar berputar ke arah selatan Ku tak putus harapan Sedia setia
Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi Tapi benarkah kaki ku 'kan tahan sepanjang jalan ini Biar membisu burung bersiulan Terlelah gelombang lautan Ku masih setia
Adakah engkau tahu ini cinta Adakah engkau pasti ini 'tuk selama-lamanya
Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi Tapi benarkah hidup aku kan selama ini Biar berputar ke arah selatan Ku tak putus harapan Sedia setia
Dicatat oleh
PakciQue |
9/13/2007 02:00:00 PM
|
Lagu
|
4
Komen »
Lelaki ini diberi nama Noorhidayat Lelaki ini mesra panggil Hidayat Lelaki ini kadang-kadang di panggil Dayat Lebih ringkas, Yat
Di universiti dan matrik, lelaki ini mendapat gelaran PakciQue Kerana itu, dirimu menjadi MakciQue Hanya sesetengah memanggil lelaki ini Dayat
Di rumah, lelaki ini dipanggil Abang Ada saudara mara yang lain memanggil lelaki ini Reno dan juga Rhien Yang lain, lebih mudah membahasakan diri lelaki ini, Along
Kini, lelaki ini ada keluarga baru Lelaki ini dipanggil Pak Itam Kerana dirimu dalam kedudukan ketujuh dalam keluarga
Lelaki ini di Selangor Dirimu di Johor
Lelaki ini yang selalu mencintamu Selalu tanpa ragu Lelaki ini yang selalu memuja Hanya dirimu yang bertakhta dalam sanubariku
Mari layan jiwang bersama lelaki ini
Lelaki ini
Kasih Kenanganku ingatan saat-saat dulu Kasih Apakah dirimu merasakan semua itu Ke manapun hendakku pergi Ku masih melihat bayanganmu cintaku Dan ke manapun arah angin ku berlari Hati ini masih kau miliki
Lelaki ini yang selalu mencintamu Selalu tanpa ragu Lelaki ini yang selalu memuja Hanya dirimu Yang bertahta dalam sanubariku
Sanubariku
Aku yang mencinta kamu Hanya dirimu
Kerana cintaku Tak berbatas waktuku Kerana cintaku Tak mengenal jemu hatimu Hatimu
Lari dari kerja? Lari dari rumah? Lari dari masalah? Lari dalam guni? Lari setempat?
Kerja terlalu banyak. Beban kerja bukan satu masalah. Tapi jadi masalah bila banyak yang perlu difikirkan akan kerja tu. Orang ni kata ok, orang yang tu kata kena tukar. Orang yang sana kata kurang sesuai, orang yang lagi satu kata, memadailah. Jadi? Balik rumah, lari dari ofis, lari dari kerja.
Mokyot hilang. Lari dari rumah. Mahkluk paling malas boleh lari dari rumah? Lari ikut jantan lain kah? Atau lari kerana merajuk sebab tak belikan frieskis?Kucing putih yang gemuk dan boyot hilang. Kalau kau orang jumpa, pulangkan pada aku.
Orang kata, kalau ada masalah, jangan lari. Kalau kita lari, masalah tu tetap akan kejar kita. Yang perlu adalah, selesaikan masalah tu. Kalau tak mampu seorang, cari orang yang pakar untuk tolong sama selesaikan bukan pindahkan masalah tu pada dia. Ada faham?
Lari dalam guni dengan lari setempat? Walaupun lari dalam guni penat dan lari setempat kurang penat, tapi lari dalam guni jua yang tetap menang dan sampai di destinasi.
Jom Karaoke
Klik link di bawah untuk muat turun lagu Ku Berlari nyanyian kumpulan Firdaus bersama penampilankhas Akhbar dan Cat Farish. seharian aku ubahsuai lagu ni. Cuma kualiti kurang elok. Jadi, belilah yang ori.
Salam. Nama aku Noorhidayat Bin Salman. Lebih mesra kalau kau panggil aku PakciQue walaupun aku takde simpan sebarang hasrat untuk berkahwin dengan emak saudara kau.