Showing posts with label Catatan Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Catatan Kehidupan. Show all posts

Kenali Aku

Dicatat oleh PakciQue | 1/22/2009 06:36:00 PM | , | 1 Komen »

Ini adalah entri ulangan dari blog rasmi aku di Noorhidayat[dot]Com. Untuk mendapatkan entri yang terkini. Sila ke blog Noorhidayat[dot]Com

*******

Aku bukan tak suka TAG. Tapi, aku suka ubahsuai TAG tersebut agar ia bersesuaian dengan konsep dan kaedah aku bercerita. Jadi. Layan saja.

Ini adalah sebuah TAG dari Adzie. Aku kenal gadis comel molek ni dengan cara aku memberi komen pasal drama GODA di 8TV dulu.

Nak dapatkan soalan TAG asal? Bolehlah ke blog Adzie.

Aku pernah cakap yang aku suka kalau kau panggil aku PakciQue. Dan itulah nickname aku. Aku sekarang ni sedang mengemaskini blog Noorhidayat[dot]Com dan juga membangunkan sebuah web. Web apa? Kena lah tunggu.

Hari ni, pukul 10 pagi. Aku mengadap PC. Dan mengemas meja. Kan aku nak berhenti kerja. Sekarang ni waktu kerja. Jadi sudah tentulah sekarang aku memakai seluar slack berwarna hitam. [Soalan asal: What bottoms are you wearing now?]

Aku bukan seorang yang suka matikan telefon. Telefon aku hanya akan mati bila baterinya kong. Dalam inbox handphone aku penuh dengan mesej dari si Dia. Dalam inbox email pula ada macam-macam. Mesej tertua yang aku simpan dalam inbox handphone adalah mesej dari Si Dia. Dan mesej yang tertua dalam inbox email adalah greeting message dari gmail. Ha-ha! Mesej terkini pula? Dalam handphone, ada mesej dari Maybank2U. Nombor TAC yang aku minta semalam baru sampai pagi ni. Hampeh!

Dah lama juga aku tak menangis. Aku pun tak ingat bila. Tapi, rasanya tahun lepas aku ada menangis sekali. Aku seorang yang percaya pada takdir. Qada’ dan Qadar itu ketentuan Ilahi. Tapi, aku tak percaya nasib tidak boleh diubah. Kan?

Menikmati kehidupan yang senang adalah impian setiap orang. Tak perlu menjadi kaya. Yang penting cukup segalanya. Tidak lebih. Dan harapnya tidak kurang.

Mempunyai hubungan yang complicated amat memeningkan kepala. Hubungan yang sederhana, saling memahami adalah sudah memadai bagi aku.

Ho-ho! Aku bukan kaki pinjam. Kalau aku memakai sesuatu yang bukan milik aku pun, ia adalah hadiah pemberian. Tapi, aku selalu pinjam payung housemate aku. Err! Kenapa ada sesetengah lelaki segan kalau nak gunakan payung masa hujan? Hilang ke kejantanan kalau gunakan payung? Lainlah kalau payung tu kaler pink atau berbunga-bunga. Aku lebih rela redah hujan dan demam.

Aktiviti rutin aku di atas katil adalah bergayut, berlatih magik dan mendengar muzik. Hari-hari aku menyanyi dan memekak. Dan dah tentu lagu yang terakhir aku nyanyi adalah Sampai Syurga semasa AJL temph hari. Kali terakhir aku menonton wayang adalah bersama Si Dia. Cerita Spirit. Mengantuk lah cerita tu. Tapi, kelakar dan gila-gila sebenarnya.

Malam tadi aku tidur pukul 12 malam. Sejurus selepas aku mendodoikan si Dia. Sudah tentu melalui telefon.

Kebelakangan ni mood aku tidak berapa elok. Aku pun tak tau. Macam perempuan datang bulan. Kalau aku ada masalah, aku suka cerita pada Mama, si Dia, Kak Ros dan adik-adik aku. Mereka boleh memberikan nasihat yang sangat baik. Laptop aku buat masalah hari ni. Tak mahu on. Aku nak transfer video magik ni.

Malam tadi, ramai aweks datang rumah. Mereka ada perbicangan pasal projek kolej. Aku tumpang dengar sambil tonton TV. Dan ada sesetengah lawak mereka buat aku ketawa.

Aku tak pernah rasa krim putar. [Seingat aku lah.] Apatah lagi makan terus dari tin spray tersebut. [Soalan asal: Do you eat whipped cream straight from the can?]

Oh! Sama pula dengan Adzie. Aku seorang yang sangat berjaya dalam matematik. Dari UPSR sampai ke Universiti. Aku dapat A tau. Termasuk Add Math walaupun 2A.

TAG kali ni macam carca marba sikit. Aku pun tak tau apa motif orang yang cipta TAG ni sebenarnya yang dia nak. Soalan melompat-lompat macam katak. Dan banyak soalan yang tak masuk akal pun ada. Mungkin orang yang cipta TAG ni sebenarnya dia seorang stalker kot?

Blog Noorhidayat Down

Dicatat oleh PakciQue | 1/08/2009 09:37:00 AM | , | 5 Komen »

Argh!! Takde kata yang nak aku gambar bila hosting aku buat pasal. Entah apa-apa je.

Dan ini sekaligus membuatkan aku menyampah nak buat blog guna domain sendiri. Macam lagi menarik kalau guna blogspot. Entahlah. Suatu yang sangat subjektif.

Dah lah aku masih lagi bodoh-bodoh nak gunakan wordpress tu. Nak cantikkan sidebar pun tak pandai-pandai.

Ada sesiapa nak berikan aku tutorial percuma tak? Takkan benda macam ni pun nak kenakan bayaran kan?

Jadi, buat sementara ni, aku akan kemaskini blog aku di KedaiMagik. Tu pun kalau aku ada mood lah. Bila dah jadi macam ni. Terus rasa down. Blog down. Aku down. Last-last kena down sindrom.

Hish! Minta jauh.

Aku Menang Ucapan Raya Kreatif

Dicatat oleh PakciQue | 10/31/2008 09:54:00 AM | , , | 3 Komen »

Aku ada masuk pertandingan Ucapan Raya Kreatif yang dibuat oleh Marzuki. Dan secara tak sengaja. Aku menang. [Ada ke menang tanpa disengajakan?] Ucapan tu aku dah pernah guna dalam kad raya aku tahun lepas.

Sesungguhnya. Kemenangan ni adalah satu kemenangan yang tak disangka dan kemenangan yang memberikan lebih semangat untuk terus mencapai impian aku.

Terima kasih kepada Marzuki atas kesempatan dan ruang yang diberikan.

Alhamdulillah. Syukur.

Jawatan Kosong - Diperlukan Segera!

Dicatat oleh PakciQue | 10/28/2008 01:04:00 PM | , | 3 Komen »

Ops! Bukan aku menawarkan sebarang kerja kosong untuk kau. Dan kalau kau tersesat ke blog aku dengan carian Jawatan Kosong atau Kerja Kosong. Aku minta maaf banyak-banyak.

Sebenarnya aku yang mahukan kerja kosong. Kalau kau ada info pasal kerja kosong. Harap dapat bagitahu aku secepat mungkin. Ok.

*penggunaan jobsreet seakan-akan tidak membantu. Penawaran yang terhad terhadap permintaan yang tinggi. Kau kena bersaing.

Hahaha. Sebenarnya aku sedang membuat kajian terhadap carian di google dengan kata kunci yang berkaitan pencarian kerja kosong bagi para penganggur atau mencari kerja baru yang lebih baik.

Idea ni aku dapat semasa aku pergi berkunjung ke rumah terbuka. Mereka yang memberikan idea ini. Aku sekadar merealisasikan idea mereka.

Tapi, berdasarkan firasat awal aku. Kata kunci jawatan kosong atau kerja kosong adalah kata kunci yang dicari dengan banyak. Namun, ia tetap bukan kata kunci yang unik. Entah, kat muka surat berapa lah aku punya blog ni duduk dengan hasil carian tersebut.


Somebody Watching Me!

Dicatat oleh PakciQue | 10/23/2008 09:54:00 AM | | 0 Komen »

Wah! Tiba-tiba guna tajuk bahasa Inggeris. Tapi, sebenarnya aku nak buat entri yang berkaitan beberapa hari ni.

Tak perlulah aku bagitahu ia berkaitan dengan apa. Tapi, aku nak bagitahu yang blog aku berada dalam pemerhati seseorang/sekumpulan orang. Tujuannya? Aku tak tahu. Tapi, setakat ni aku bersangka baik dengan mengatakan mereka mempunyai tujuan yang baik bila masuk ke blog aku. Mungkin untuk tujuan kajian dan maklum balas.

Maklumat ni aku dapat sumber yang boleh dipercayai. Tapi, isunya sedikit panas. Bila ia melibatkan seseorang yang ada kaitan dengan sekumpulan orang ni. Dan seseorang tu pula, secara tiba-tiba ada kaitan dengan aku. Tapi bukan secara langsung.

Baiklah. Kepada seseorang/sekumpulan orang tersebut. Kalau kau rasa entri ini ditujukan kepada kau. Kau buatlah apa yang kau nak buat. Nak baca entri yang berkaitan ke. Nak komen ke. Tak kisah.

Sebenarnya, entri-entri di blog aku ni lah yang banyak membantu kau. Cuma mungkin ada beberapa catatan aku atau follow-up aku yang sedikit menimbulkan kontroversi. Wah! Dah macam gosip pula. Tapi, aku takde niat pun nak menimbulkan kontroversi tersebut.

Sekarang ni pun, aku dah slow sikit buat entri yang berkaitan dengan seseorang/sekumpulan orang tersebut. Cuma, mungkin aku akan buat satu lagi entri khas. Tanpa kau orang tahu entri tu ada kaitan dengan entri ni. Satu entri khas sebagai tanda sokongan aku terhadap seseorang/sekumpuan orang tersebut.

Oklah. Marilah kita berteka-teki. Kalau kau orang nak teka. Tekalah. PakciQue tak kisah.


Temubual Bersama M | Goda 8TV

Dicatat oleh PakciQue | 10/16/2008 06:02:00 PM | , , | 6 Komen »

1. Terima kasih atas kesudian untuk ditemuduga. Mungking boleh dahulukan dengan memperkenalkan diri. Nama, asal, umur, pendidikan, dsb.

2. Latar belakang yang berkaitan dengan seni. Bagaimana boleh tercebur ke dalam bidang seni? Ada keluarga terdekat yang juga terlibat dalam bidang seni? Pengalaman terdahulu?

3. Mengenai GODA. Bagaimana boleh terpilih memegang watak M?

4. Kajian/homework yang dilakukan untuk membawa watak M. Sukar atau mudah? Sebab watak M hanya berdasarkan suara sahaja.

5. Persepsi anda bila anda hanya meminjamkan suara untuk sebuah produksi drama?

6. Ada yang kata itu bukan suara anda. Tapi suara Zizan Nin. Betul ke suara Zizan Nin atau memang suara anda?

7. M dan anda. Signifikan atau tidak?

8. Dalam episod terakhir, ada ditunjukkan gambar "M" diwaktu sekolah. Memang dari album peribadi anda atau sekadar prop produksi? Kalau milik anda, yang mana satu anda?

9. Perkataan "GODA" pada pendapat anda adalah...?

10. Soalan cepuemas. GODA musim ke-2. Ada atau tidak?

Ni pula jawapan M atau nama sebenar beliau Shahredza Minhat*

by finding my email, im assuming that you've already found out my real name. i'm 28, and when im not acting, i work as an analyst at a bank. :)

i do stage works mostly and in fact, saya lagi banyak menulis daripada berlakon. if u wanna see some of my works, come and watch kisah gadis at klpac 22 - 26 this month. :)

terpilih jadi m? mostly the director's and producer's decision. can't comment much there. 'pinjamkan suara?' well to me 'm' is a character, and my task is to deliver, so kalau suara yang diperlukan so thats what i'll do - and yes it was my voice. :)

PLUS, the script was sharp and intuitive anyway so takde masalah lah sebenarnya.

on your photo request, sorry, actually that wasn't my school photo. :). goda second season? quite possible i guess, sebenarnya depends on you guys the viewers, especially you :) sponsors dig good comments and honestly me myself would like to see some ending for adela and burhan. let's hope for the best.

lastly, GODA to me is to do good... to women perhaps, or human beings in general... cause if you do good, you'll feel good... and when you feel good, things will turn out alright eventually. :) pakailah shampoo clear [haha promo promo]

*aku tak edit pun apa yang dia taip. Orang kata kita boleh kenal personaliti seseorang berdasarkan cara dia menulis atau menaip.


Review Eagle Eye

Dicatat oleh PakciQue | 10/16/2008 09:35:00 AM | , | 15 Komen »

Mungkin aku agak terlambat dalam nak review filem ni. Tapi, semata-mata nak dapatkan tiket pada harag Movie Day, aku tunggu juga hari Rabu untuk pergi menonton bersama dengan adik aku.

Permulaan cerita sahaja dah mencetuskan kontroversi. Tapi, mesti ada sebab kenapa babak pertama itu dipaparkan dan apa kaitannya.

Kemudia, kau diajak berkenalan dengan Jerry Shaw. Seorang yang aku boleh katakan sebagai loser. Tapi dia ni pandai gak psiko kawan-kawan dia masa main daun terup tu. Kemudian, kau juga akan berkenalan dengan Rachel. Dia ni janda anak satu. Anak dia nak gi buat persembahan muzik sebagai pemain trumpet.

Aku tak boleh cerita banyak plotnya sebab takut spoil. Aku sangat-sangat cadangkan kau pergi tengok filem ni. Puas hati. Wani! Kalau kau tak tau nak tengok cerita apa hujung minggu ni, gi tengok Eagle Eye. Persetankan Senario Episod 1 tu.

Aku paling suka babak kejar mengejar di awal perkenalan Jerry dan Rachel. Bagaimana 'wanita' tu membantu mereka melepasi polis yang mengejar mereka. Dan susunan perlanggaran tu sangat mengujakan. Tak sempat hilang rasa teruja akibat perlanggaran pertama, muncul dentuman hasil perlanggaran yang berikutnya. Sebelum ni, aturan babak kemalangan dalam Final Destination 2 adalah yang terbaik.

Dan, babak yang paling mengundang gelak sudah tentu ketika beg yang mereka rampas dari pengawal keselamatan tu tiba-tiba menghasilkan 'timer' dan untuk mengelakkan kekalutan ke atas pelancong-pelancong dari Jepun dan menyedapkan hati mereka sendiri, mereka kata itu sebagai Microwave dan Coffee Maker.

Di hujung credit, ada satu ayat
Dayat. Balik sekarang!*
Kemudian ada satu panggilan telefon
Dayat. Balik cepat!*
*rekaan semata-mata.

p/s: kau dah tengok? Jom ulas di blog kau. Nanti aku link.

Yang Dah Menonton
Aximud - Alone but Ain't Lonely
MissWawa - Eagle Eye
RaFFLeSiA MeRaH - Umah dan Wayang
pu3a'an - Wayang..wayang..
iRma IzZaTi - Oppsss....She did it again!!!
Sha Lew Lew - Show us your greatest misery so far
Azlan Mohamed - Eagle Eye...??
~sAlaMesRabAdie~ - ~*eagle eye*~




Lain-Lain Bacaan (disarankan)
Catatan Hujung Minggu #01 - Ada review Meet Dave & Well-E
Pening Kepala - Ada review Susuk
Trans "Neo" Formers - Review berangan pasal Transformers

Aku Di Tag Lagi

Dicatat oleh PakciQue | 10/15/2008 09:41:00 AM | , , | 8 Komen »

Semalam aku dapat mesej dalam shoutbox dari CM yang dia dah tag aku. Jadi, sementelaah aku takde idea nak borak apa dalam blog ni, aku pun jawablah soalan yang dia berikan.

1. The age you’ll be on your next birthday:
Aku baru je menyambut harijadi aku yang ke-25 bulan lepas. Jadi, harijadi aku yang berikutnya, aku akan berumur 26 tahun. Tapi, lama lagi lah.
2. Place you want to travel to:
Aku dah lama teringin nak pergi Gold Coast. Jadi, aku berangan nanti nak berbulan madu di sana.
3. Your favorite place:
Aku ni jenis kaki wayang. Kalau takde kawan, aku boleh layan je sorang-sorang. Jadi, tempat kegemaran aku adalah panggung wayang. Cuma, bila dok kat Shah Alam ni, leceh sikit nak bergerak.
4. Your favorite food:
Aku takde makanan kegemaran yang spesifik. Tapi, aku makan apa saja yang berkaitan dengan Kue Tiaw. Tak kira lah goreng ke, buat tomyam ke, bandung ke, kungfu ke, hailam ke... Hm, meleleh bila taip nama makanan ni. Tapi, kalau sup, aku lebih suka bihun. Bihun sup.
5. Your favorite pet:
Aku sensitif dengan haiwan berbulu ni. Tapi, aku suka mereka. Cuma nanti, aku akan mengalami bersin yang agak teruk. Adik aku ade bela satu tupai kecil. Aku tak ingat apa jenisnya. Tapi, mama panggil anak dia "Ngek-Ngek" sebab bila tupai tu ketakutan, ia akan mengeluarkan bunyi seakan bunyi Ngek-ngek. Nyaring bunyinya.
6. Favorite color combination:
Aku ni sebenarnya buta warna. Jadi, kombinasi merah hijau adalah kombinasi yang aku tak suka. Tak kerana aku minat warna merah, maka aku tak suka warna hijau walaupun hijau tu mendamaikan. Aku lebih suka biru. Lebih tenang. Jadi, kombinasi kegemaran aku adalah merah dan biru. Hakikatnya aku suka juga warna oren, ungu, kuning, hitam, bla bla bla.
7. Favorite piece of clothing:
Aku suka pakai kemeja-T leher bulat yang saiz S. Tapi, Fara tak suka. Sekarang ni, aku tengah membuat koleksi baju baru. Kemeja-T berkolar dengan corak garisan melintang. Aku kan kurus. jadi, corak jalur melintang dapat menyorokkan kekurusan aku tu sikit.
8. Your all time favorite song:
Aku layan semua lagu yang menyatakan perasaan cinta pada sang gadis. Tapi, kalau kau suruh aku nyanyi, aku lebih senang nak nyanyi lagu "Mungkinkah Terjadi" nyanyian kumpulan Spider walaupun pitch aku bersepah. Sumbang mambang.
9. Favorite TV show:
Kalau cerita dalam sebulan dua ni. Dah tentu jawapan aku GODA. Dan tiba-tiba baru aku perasan yang aku dah lama tak layan TV kecuali pada Khamis malam pukul 9.30. Tapi, kalau dulu, aku suka sangat layan CSI dan The Apprentice.
10. First name of your significant other/crush:
Ucuk
11. Which town do you live in:
Aku asal JB. Tapi, sekarang menetap dan bekerja di Shah Alam. Seksyen 13.
12. Your screen name/nickname:
PakciQue
13. Your first job:
Ni lah kerja pertama aku. Sampai sekarang. Eksekutif Akaun & Kewangan.
14. Your dream job:
Aku rasa aku jenis tak boleh makan gaji. Aku kena kerja sendiri. Aku nak jadi usahawan. Tak kiralah bisnes apa.
15. One bad habit that you have:
Hidung aku memproses bahan kumbahan dengan aktif sekali. Jadi, jari aku ni terpaksa menjadi jengkaut untuk membersihkan saluran tersebut agar udara bersih dapat keluar dan masuk dengan mudah.
16. Worst fear:
Aku pernah bagitahu 7 benda yang aku takut. Tapi, dalam ketujuh-tujuh tersebut. Aku paling takutkan objek tajam.
17: Things you’d like to do before you die:
Kalau bercerita tentang amalan, ia perkara wajib. Tak boleh nak sangsi. Jadi, selain dari nak mempertingkatkan amal ibadat aku, aku nak pastikan aku dapat menghirup udara di Gold Coast. Huhuhu.
18. The 1st thing you’ll buy if you get $1,000,000:
Ni USD 1Juta tau. Bukan RM 1Juta. Kalau ikut harga pasaran sekarang, mau dapat RM 3.5 Juta. Jadi, kalau aku dapat duit sebanyak tu. Aku nak gunakan sebagai modal awal untuk memulakan perniagaan aku sendiri. Mungkin aku boleh buat Indoor Theme Park kat JB macam yang ada kat Times Square. Kat JB, mana ada Theme Park. Fun Fair ada lah.
19. Your husband/wife:
Sekarang ni aku bujang. Tapi dah bertunang. Jadi, bakal isteri aku bernama Siti Norfarazsuzilawati Binti Jumah. Jangan semput tau. Aku dah berlatih dah nanti masa nak lafaz. Takde hal. Insya-Allah, panjang jodoh kami. Berkat doa kawan-kawan.

Dan, seperti selalu, aku nak juga tag kawan-kawan yang lain. Semenjak aku dah ada banyak kawan blog ni, jadi takde masalah sangat aku nak tag mereka. Jadi, lima yang bertuah adalah:-

BD Fabregas
- Tukang upload Siri TV
CikWaniOnline
- Seorang bakal Cikgu
Cikin
- Budak tak habis beraya lagi
Hendrastar
- TMNT Bahasa Melayu
Adzie
- Budak baru nak SPM



Lain-Lain Bacaan (Disarankan)
Baca Blog Terbalik - ʞılɐqɹǝʇ ƃolq ɐɔɐq - Web untuk menterbalikkan apa yang kau tulis
Catatan Hujung Minggu #04 - Catatan majlis berbuka puasa
Entri Ke-100 #02 - Catatan khas sempena entri ke-100

Baca Blog Terbalik - ʞılɐqɹǝʇ ƃolq ɐɔɐq

Dicatat oleh PakciQue | 10/09/2008 05:08:00 PM | , , | 5 Komen »

Sila scroll ke bawah untuk memulakan bacaan.

Menghadapi masalah menterbalikkan PC kau untuk membaca entri ni? KLIK SINI untuk membaca entri ini dalam bentuk asal.

˙ıuı ıɹʇuǝ ɐpɐdǝʞ ƃuɐʇuıq uɐʞıɹǝɯǝɯ ɐƃnɾ ɐdnl uɐƃuɐɾ uɐp

¿ʞo ˙dılɟ uɐʞɐunƃƃuǝɯ uɐƃuǝp uǝɯoʞ ɹɐʇuɐɥ nɐʞ nɐlɐʞ ɐʇɐʞ ɐdɐ 'ıu ıɹʇuǝ dɐpɐɥɹǝʇ nɐʞ uɐƃuoʞos ɐpuɐʇ ıɐƃɐqǝs 'ıpɐɾ

˙ɐqnɔıp ʞnʇun ʞıɹɐuǝɯ ƃuɐʎ ɯɐɹƃoɹd ɥɐnqǝs ıƃɐl ɥısɐɯ ɐı 'und ɐdɐ-ɐdɐ

˙uɐʞılɐqɹǝʇıp ʇɐdɐp ʞɐpıʇ ˙˙˙@ '& ıʇɹǝdǝs uɐɐɔɐq ɐpuɐʇ ɐdɐɹǝqǝq ɐƃnɾ ılɐnɔǝʞɹǝʇ ʞɐpıʇ ˙ıuı ɹoqɯou-ɹoqɯou uɐʞʞılɐqɹǝʇuǝɯ ʇɐdɐp ʞɐpıʇ dılɟ ˙˙˙3'2'1 ıʇɹǝdǝs ɹoqɯou uɐƃuǝp ɐƃnɾ nʇıƃǝq

˙lıɔǝʞ ɟnɹnɥ ıpɐɾǝɯ uɐʞɐ ɹɐsǝq ɟnɹnɥ ɐnɯǝs ˙ɹɐsǝq ɟnɹnɥ sǝsoɹdɯǝɯ ʇɐdɐp ʞɐpıʇ uɐp ʇɐdǝʇ ƃuɐɹnʞ ɐı 'uɐsılnʇ ʞnʇuǝq ıƃǝs ıɹɐp ɐɯnɔ ˙ʞıʇɐɯoʇo ɐɹɐɔǝs nɐʞ uɐɐʇɐʞɹǝd dɐıʇǝs uɐʞʞılɐqɹǝʇ uɐʞɐ ɐı 'ıu dılɟ uɐɥıqǝlǝʞ

¡¡ɥo ˙nʞɐ ısɐɹıdsuı lɐsɐ ɹǝqɯns ɐdnl nʞɐ ıɐdɯɐs 'ʞnsɐɯ nʞɐ ƃuɐʎ ƃolq ʞɐʎuɐq nlɐlɹǝʇ ɥɐp 'ıpɐɾ ˙ƃuɐɹo ƃolq ıƃ dɐʎɐɹǝɯ uıɾɐɹ ıu nʞɐ qɐqǝs ˙ɐuɐɯ ıɹɐp ıu oɟuı ʇɐdɐp nʞɐ ʇɐƃuı ʞɐʇ nʞɐ

˙uɐuıɐlǝʞ ɐʎuɐɯɐu ɥɐlıuı ˙ʇɐnq ɥǝloq ɐdɐ ˙nɐʞ ıuıʞɹǝʇ uɐʇɐʇɐɔ ɐɔɐqɯǝɯ ʞnʇun nɐʞ ƃolq ɐɔɐqɯǝd uɐʞɥɐsnʎuǝɯ uɐʞɐ nɐʞ 'ɐʎuƃunsƃuɐl ɐɹɐɔǝs uɐƃuǝp ˙uɐʞʞılɐqɹǝʇıp uɐʞɐ nɐʞ uɐsılnʇ uɐp uɐʞnɥɐɯ nɐʞ ƃuɐʎ ɐɾɐɥɐs ɐdɐ dıɐʇ ˙dılɟ ɐqnɔ ɥǝloq nɐʞ ¿ƃolq ıɹʇuǝ ıuıʞsɐɯǝƃuǝɯ ɯɐlɐp nɹɐq ƃuɐʎ nʇɐnsǝs ɐqnɔuǝɯ uıƃuı

**Mulakan bacaan dari sini**

Blog Sebagai Hobi, Trend Atau Keperluan?

Dicatat oleh PakciQue | 10/07/2008 09:13:00 AM | , , | 12 Komen »

Aku menjadi pelik bila ada orang membuat carian di Google dengan nama carian "tak mahu video punya e-kad hari jadi". Dia nak cari apa sebenarnya? Tapi, bertambah pelik bila hasil carian itu memberikan pautan ke KedaiMagik. Dan bertambah pelik lagi bila Kedai Magik berada dikedudukan pertama dalam carian tersebut.

[klik untuk besarkan]

Kepada pelayar internet tersebut yang tersesat ke blog aku dengan hasil carian ini, sila tinggalkan pesanan kau diruangan komen untuk menjelaskan apa sebenarnya yang kau mahukan. Harap-harap aku dapat tolong.

Ok, kita berganjak ke topik yang sebenar-benarnya. Ia dicetuskan oleh aku sendiri bila aku memberi komen disebuah blog yang aku tak ingat plak blog mana aku komen. [Kebetulan le ni.]

BLOG SEBAGAI HOBI, TREND ATAU KEPERLUAN?

Aku pun tak tau siapa perintis kepada penulisan blog di Malaysia. Tapi, berdasarkan kepada BLOG INI, perintis kepada penulisan blog di Malaysia adalah dari kalangan blogger di komuniti Geng Jurnal pada 1998. Tapi, tu pun orang dah anggap pelik dan tak popular mana pun. Apekajadahnya blog tu. Dan berblog ketika itu bukan semudah sekarang. Kau kena tahu asas membuat web kalau nak berblog. Tidak seperti sekarang yang sekadar beberapa klik sahaja, kau dah boleh menjadi seorang blogger. Tapi, adakah kau seorang blogger yang sejati. Aku?

Kalau dulu, alasan yang mungkin digunapakai kalau berblog adalah kerana hobi sebab tak ramai yang minat nak menulis. Jadi, bagi yang berblog ni pada ketika itu memang kerana hobi mereka adalah menulis. Medium yang paling mudah untuk membolehkan orang ramai membaca luahan hati dan pandangan mereka.

Sekarang, blog seakan-akan menjadi trend/ikutan. Sebab ada antara mereka berblog sebab kawan mereka ada blog. Jadi, ia sekadar satu sifat ikutan atau cuba-cuba saja. Seminggu, sebulan, dua bulan. Blog tu bersawang.

Dulu, penggunaan emel adalah suatu yang baru. Tak ramai orang ada emel. Sekarang, semua orang ada emel. Bukan setakat satu, tapi ada yang mempunyi lebih dari dua akaun emel. Kebiasaannya satu untuk urusan peribadi dan satu lagi urusan pejabat. Itu menunjukkan bahawa emel yang dahulu sekadar satu trend menjadi satu keperluan kepada setiap manusia yang kenal apa itu komputer dan internet. Dan menjadi pelik kalau ada orang tidak mengisi alamat emelnya diruangan emel jika mengisi sesuatu borang.

Dan, tak mustahil. Jika akan datang. Blog adalah suatu keperluan. Satu lagi medium wajib bagi setiap orang untuk berkomunikasi. Sama seperti emel. Dan bukan suatu yang pelik bila ada borang [permohonan/pendaftaran] yang menyediakan ruangan blog untuk kau isikan alamat blog kau di dalamnya.

Tiada yang mustahil dan pelik sebenarnya bila kita bercerita tentang dunia perkomputeran dan internet ni.

Kerana blog juga, kempen membaca sudah tidak perlu lagi kot. Lainlah kalau kerajaan nak buat Kempem Membaca Buku pula. Sebab orang dah tak beli buku. Semua orang baca blog.


Balik Kampung - Pulang Berhari Raya

Dicatat oleh PakciQue | 9/27/2008 09:37:00 AM | , | 3 Komen »

Hari ni hari terakhir aku berada di Shah Alam sebelum pulang berhari raya. Sekejap lagi, aku akan bertolak ke KL Sentral. Tapi, aku dan adik-adik aku sekadar melepak dan menghabiskan masa sebelum bertolak pada malam nanti. Kami naik keretapi KTMB pada pukul 9.19 malam. Jadi, sementara tu, aku dan adik-adik aku akan merayap satu KL. Tengok wayang. Pergi Jalan TAR. Pergi Chow Kit. Kepada MakciQue. Jangan jeles eh.

Takut-takut aku terputus bekalan internet ketika di JB. Jadi, aku ambil kesempatan ni nak ucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Layan grafik raya aku ni. Takde idea pun.

Terima kasih kepada picnik.

Entri Khas Hari Jadi ke-25

Dicatat oleh PakciQue | 9/24/2008 01:58:00 PM | , , | 5 Komen »

Alhamdulillah. Dah bertambah lagi umur aku. Telah satu langkah lagi ke alam dewasa. Tapi, satu kaki lagi masih di alam kanak-kanak. Kah kah kah.


Maxis/Hotlink menawarkan panggilan percuma sepanjang hari ke sebarang nombor maxis. Jadi, sepanjang hari ni, aku telah menelefon kawan-kawan aku yang ada di dalam senarai buku telefon aku. Sekarang ni baru sampai huruf J. Aku paksa dorang nyanyikan lagu "Selamat Hari Jadi" untuk aku. Aku rakam nyanyian dorang. Dan kalau esok sempat, aku akan uploadkan nyanyian mereka itu. Ok?


Aku juga telah mendapat kad Hari Jadi dari Enveluv. Siapa yang hantar? Aku sendiri lah. Hahaha. Takde kerja lah tu.


Selamat Hari Jadi Kepada Diri Sendiri Yang ke -25 Tahun.
Semoga Panjang Umur, Murah Rezeki Dan Dipermudahkan Segala Apa yang Diinginkan
Dari Dirimu Sendiri
-Hidayat-
Kepada yang nak hantar Kad Hari Jadi pada aku, boleh lah hantar ke Alamat ni. Boleh gunakan perkhidmatan enveluv kalau tidak mahu keluarkan duit.

Ayat Puitis Hari Raya

Dicatat oleh PakciQue | 9/22/2008 03:04:00 PM | , , | 18 Komen »

Aku tak tau kenapa tiba-tiba aku dapat idea nak buat entri dengan tajuk ni. Tapi, berdasarkan maklumat di Feedjit, aku melihat ada orang cuba membuat carian tentang kata-kata pujangga yang mungkin sesuai untuk ditulis di atas sekeping Kad Ucapan Hari Raya.

Jadi, dengan murah hati. Aku lampirkan beberapa ayat-ayat manis atau ayat puitis yang syahdu untuk dikarangkan di Kad Raya kau.

[nota] Sebahagian dari ayat-ayat ini aku jumpa di internet. Tapi, aku dah tak ingat kat mana aku ambil. Jadi, kepada pemilik asal ucapan-ucapan ini, sila tinggalkan pesanan anda di ruangan komen agar saya dapat kreditkan nama anda. Sila sertakan bukti samada berbentuk pautan ke web asal. Terima kasih.

Setahun berlalu menjelma sudah,
Hari yang dinanti hari yang diberkati,
Ditujukan khas untukmu sebuah warkah,
Menyampaikan salam kerinduan di Aidilfitri.
Hari Raya hari mulia,
Maaf dipinta sesama kita,
Hubungan erat tercipta akhirnya,
Tanda kita bersyukur pada-Nya
andai ada
terkasar bahasa
tersilap bicara
tersinggung rasa
ampun dan maaf jua dipinta
kita sekadar manusia biasa
tak terlepas dari salah dan dosa
andai tangan tak kuasa berjabat
setidaknya kata masih dapat diucap
tulus hati memohon maaf
atas segala dosa dan khilaf
Salam Aidilfitri buat semua
Pada Syawal, bulan yang mulia
Semoga diri kekal bahagia
Bersama kita meraikannya
Sinar Aidilfitri menjelma lagi
Meriah berkumpul di pagi hari
Tangan menyusun sepuluh jari
Ambil kesempatan sesama famili
Awal Syawal rai kemenangan
Umat Islam saling berkunjungan
Tahmid bertakbir erti ketenangan
Bagi insan penuh kekurangan
Selamat Menyambut Hari Lebaran
Takbir bergema di hening pagi
Memohon keampunan kehadrat Ilahi
Kini Syawal menjelma lagi
Ku hulur ucapan Salam Aidilfitri
[nota] Harap kepada yang mengambil ucapan di blog ni, berikanlah sedikit ucapan perhargaan di ruangan komen. OK? Terima kasih.

[Entri Tambahan] Kad Raya

Sekarang ni, dah banyak dan bermacam-macam jenis kad raya yang ada dipasaran. Sama ada kau nak beli sekeping, se'bundle' atau nak tempah.

Kalau dulu, kad raya begitu sinonim dengan corak ketupat, pelita, masjid, bulan dan sebagainya [bagi bermotif korporat dan profesional] atau kartun-kartun tertentu seperti bermain meriam/mercun, membuat kuih, pergi beraya ke rumah awek/bakal mertua, balik kampung naik kereta dan sebagainya.

Tapi, kebelakangan ni. 2,3 tahun yang lepas bila aku mula berjinak-jinak dengan membuat Kad Raya tempah. Aku perasan pengedar/pencetak kad raya membuat satu revolusi terhadap antaramuka kad raya dengan menampilkan tema-tema yang dekat dengan budaya dan adat melayu. Contohnya congkak, keris, songket, batik, gamelan dan sebagainya. Dengan menggunakan warna tema emas dan perak menjadikan ia sangat eksklusif.

Kad Raya Percuma

Tahun ni, aku bermurah nak berikan kad raya percuma [bukan e-kad tau. Kad betul2 punya] kepada semua pengunjung blog aku sama ada yang baru, lama, kejap ada kejap takde, tegar dan sebagainya. Apa yang perlu kau lakukan, tinggalkan alamat di ruangan komen DI SINI. Cepat sementara raya berbaki seminggu lagi dan hari Jumaat adalah hari terakhir aku mendapat akses internet sebelum pulang berhari raya.

Terima kasih kepada enveluv

Dan kepada yang teringin nak hantar kad raya kat aku, boleh KLIK SINI untuk dapatkan alamat aku.

Catatan Hujung Minggu #04

Dicatat oleh PakciQue | 9/15/2008 08:59:00 AM | , , | 3 Komen »

Tak Bangun Sahur

Kalau tahun-tahun sebelum ni. Di bulan puasa. Aku hanya akan mengambil segelas MILO/NESTUM dan segelas air masak. Itu saja juadah bersahur aku. Aku memang bukan jenis makan berat. Tapi, sejak duk di Shah Alam ni. Housemate aku asyik paksa aku makan je. Sahur pun diorang paksa aku makan nasi atau makan yang berat-berat macam mee.


Nak jadikan cerita, aku tak bangun sahur. 1 rumah terlajak. Pukul 6 baru sedar. Aku biasa budak rumah aku yang kejutkan selepas Fara kejut pukul 5 di mana aku akan tidur balik.

Dan kerana aku terlepas sahur, sepanjang hari tu, aku mengalami keletihan yang amat sangat.

Rasa haus yang tak leh nak tahan langsung. Tengok gambar air di Vending Machine pun jadi terliur. Rasa macam nak pengsan.

Tiket Balik Kampung

Raya lagi 2 minggu. Ini bermakna juga tiket-tiket pengangkutan awam juga kemungkinan besar telah habis dijual. Tiket bas jangan cakap lah. Memang dah takde. Aku rasa tiket bas tambahan pun dah takde juga.

Aku beli tiket KTM. Tahun lepas pun aku balik raya naik keretapi. Tapi, memang banyak seat yang telah dijual. Yang aku dapat, KATIL. Harga memang agak mahal. Katil bawah RM42.00 dan katil atas RM37.00. Jadi aku ambil 2 katil bawah dan satu katil atas. Jumlah RM121.00. Perjalan dari pukul 9.19 malam hingga pukul 5.52 pagi. Tapi, biasanya akan lewat sampai dalam pukul 6.30 pagi.

Berbuka di Intai-Intai

Program ala-ala reunion. Tahun lepas kat Laksa Shake di Times Square.

Masih lagi mengekalkan penganjur yang sama. Shira. Dan kali ni, aku tak terlibat langsung. Aku cuma datang dan memeriahkan majlis sahaja.

Aku tumpang Shieta. Dari Shah Alam, aku naik komuter ke KL Sentral. Lepas cari tiket, aku lepak-lepak kejap. Pastu terus gerak gi Dato Keramat naik LRT. Kat sana, aku tunggu Shieta dan Ieja.

Suasana kat Intai-Intai memang cantik. Kalau sekali lalu, memang takkan nampak restoran ni. Sebab tu nama dia Intai Intai. Kau kena mengintai sikit.

Hidangan buffet dia biasa-biasa saja bagi aku. Tapi, kalau kau nak cuba satu suasana baru dalam ketika menjamu selera, boleh je cuba di restoran ni.

Lepas makan, kitorang pergi main boling pula. Memang serius punya gelak ketawa. Aku pun sempat juga buat beberapa magik. Tapi, sebab bulan puasa. Jadi banyak magik aku tak berapa nak jadi. Jin aku dah kena rantai.

Balik ke Shah Alam, aku tumpang Erhan. Badan memang dah penat sangat. Sampai rumah dah pukul 12.30. Terus tidur. Sempat cuci muka je. Yang lain-lain aku tunda esoknya.

Ahad yang Mandom

Tak banyak yang aku boleh cerita. Aku tidur sampai ke tengahhari. Layan Melodi. Pastu layan game.

Nak gi bazar, hujan pulak. Jadi, aku tak beli apa-apa lauk untuk budak-budak rumah aku. Aku je yang tumpang dorang makan. Tak malu betul.

Lepas buka, lepak kat bilik. Cukup masa. Tidur.

Nota: Mungkin sedikit bosan entri ni. Sebab aku kena cerita pasal majlis berbuka puasa ketika aku sedang berpuasa. Berkeroncong perut aku.

Anonymous dan Kesannya ke Atas Blog

Dicatat oleh PakciQue | 9/13/2008 03:23:00 PM | , , | 0 Komen »

Sebelum ni aku tak berapa kisah. Tapi aku tetap tak galakkan. Bukan sebab aku benci. Tapi aku nak berkenalan. Jadi aku dapat kenal karektor komentar aku walaupun aku tak kenal siapa komentar aku tu.

Komen di entri Goda Episod 4 menceritakan segala-galanya. Bukan menjadikan ia sebagai satu isu. Tapi aku harap, pembaca-pembaca yang budiman dapat mengelakkan penggunaan Anonymous. Aku lebih menggalakkan kau menggunakan option name/url kalau kau takde akaun blogger atau Open ID akaun. Kalau kau letak nama yang bukan-bukan atau pelik-pelik pun aku tak kisah. Asalkan aku tahu itu datang dari kau. Kosongkan je ruangan url tu kalau kau takde laman web/blog untuk diletak. Takpun, letak je alamat google.

Tapi, kadang-kadang takut pula ada orang mengaku atau menyamar sebagai diri kau. Jadi, aku cadangkan kau daftarkan nama samaran kaun tu dengan blogger. [Tapi kalau kau dah ada akaun gmail, tak perlu daftar blogger. Gunakan sahaja akaun gmail kau tu.] Iyelah. Nanti takut jadi isu tiba-tiba ada pula manusia tidak bertanggungjawab menyamar sebagai diri kaun dan membuat onar di ruangan komen. Yang buruk, nama kau juga. Dan aku juga akan terima kesannya.

Jadi, secara umumnya. Menggunakan nama atau nama samaran ketika memberi komen menunjukkan diri kau seorang yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Walaupun aku tak menggunakan nama sebenar, sekadar penggunakan nama samaran PakciQue [Park-Ceek]. Tapai, kalau kau buat search di google, takde orang lain yang menggunakan kata kunci ini selain dari aku. Hehehe.

Bila Politik Menjadi Bahan Lawak

Dicatat oleh PakciQue | 9/09/2008 03:45:00 PM | , | 0 Komen »

Yeah. Aku dah tamabh widget baru. Ruang sembang untuk kau luahkan atau nak promote blog kau ke. Aku tak kisah. Aku sediakan ruang untuk kau mempromosikan blog kau atau apa-apa info yang ingin kau kongsi bersama.

Ok, kembali ke tajuk asal. Sebenarnya, aku ni bukanya nak masuk campur urusan politik ni. Selama ni pun, blog aku takde nak bercerita pasal dunia politik negara kecuali pada masa PRU12 tempoh hari. Aku jadi calon bertanding untuk di P158 Tebrau. Menang ke? Kena lah tengok sendiri.

Aku taknak sentuh mana-mana isu sama ada dari cerita peralihan atau perampasan kuasa dari satu pihak dan kegabraan sebelah pihak lagi. Sebelah pihak yang memomokkan keburukan dan sebelah lagi menjanjikan perubahan.

Aku. Atas pagar. Tapi, tetap mahukan yang terbaik. Satu batang gigi aku sakit. Tak perlu aku cabut semua gigi yang aku ada. Sekadar buang gigi yang sakit sahaja.

Kalau kau yakin, kenapa perlu gelabah. Tak perlu sampai ke Taiwan. Aku memang betul-betul tergelak bila tahu pasal ni di berita TV. Kelam kabut. Tak pandai nak cover langsung.

Cerita sebelah pihak lagi, sedikit sunyi. Harap-harap, harapan yang diberi mampu memberikan sedikit ruang untuk bernafas dengan lebih selesa.

Apa-apa pun, kita tunggu sahaja detik itu. Berjaya atau tidak? Anda telah tentukan hari itu.


Hutang

Dicatat oleh PakciQue | 9/04/2008 12:29:00 PM | | 0 Komen »

Bukan hutang duit. Tapi hutang entri. Banyak betul aku hutang. Entri "Catatan Hujung Minggu", "English" dan "Top 10". Sangat takde masa. Lepas tu, susah nak online selalu. Aduhai. Entri "Goda" baru je siap untuk episod ke-3. Malam ni dah episod ke-4 dah. Lambat lah.

Ok, berkaitan dengan hutang, aku nak kongsi sikit pasal Kad Kredit. Ramai rakyat Malaysia yang memiliki Kad Kredit ni. Aku tak tahu sangat lah berapa peratusannya. Dan ramai yang jatuh bankrap sebab Kad Kredit ni juga.

Berikut, aku kongsi beberapa Tip Menggunakan Kad Kredit Secara Berhemah - kredit
  1. Bayar jumlah penggunaan kad kredit secara penuh apabila mendapat penyata kewangan bulanan bagi mengelak daripada membayar faedah.
  2. Jangan menggunakan kad kredit jika tidak dapat membuat bayaran bulanan.
  3. Hadkan jumlah kad kredit yang anda miliki.
  4. Jangan menggunakan kad kredit bagi mendapatkan wang tunai pendahuluan daripada mesin ATM. Ini kerana setiap kali anda menggunakan kad kredit bagi mengeluarkan wang, anda meningkatkan lagi komitmen hutang dan sebagai tambahan, anda terpaksa membayar caj pengeluaran dan kadar faedah harian yang tinggi.
  5. Bayar hutang kad kredit sebelum tarikh akhir bagi mengelakkan daripada membayar caj pembayaran lambat dan penalti.
  6. Awas mengenai akibat hanya membayar pada kadar minimum sepanjang masa.
  7. Jika anda mempunyai masalah aliran tunai, bayar jumlah minimum semasa terlebih dulu tetapi selepas itu anda perlu membayar jumlah penuh dengan secepat mungkin.
  8. Pastikan anda selalu menyemak penyata kewangan bulanan anda bagi memastikan segala urus niaga yang direkodkan adalah betul. Penyata kewangan akan mengandungi juga maklumat transaksi, yuran dan caj, tarikh bayaran akhir dan bayaran minimum. Hubungi bank jika terdapat sebarang kesalahan pada kenyataan kewangan, atau jika anda tidak menerima penyata kewangan anda.

Lu Fikirlah Sendiri

Dicatat oleh PakciQue | 8/19/2008 07:23:00 PM | | 2 Komen »

Kenapa aku guna tajuk ni. Saja je. Takde kaitan pun. Tapi ada lah. Sikitlah. Kebetulan aku layan Nabil kat Youtube tadi. Jadi, saja lah gunakan tag line Nabil tu sebagai tajuk entri. Boleh? Belasah lah Labi.

Ok, sebenarnya apa yang aku nak cerita ni takde kaitan secara langsung dengan aku. Tapi, tak mustahil akan berlaku. Kan? Semua orang ada peluang untuk kena. Walaupun kau anak tunggal.

Ok, katakan kau [lelaki] ada seorang awek, tunang atau isteri. Tapi sebenarnya kau lebih muda dari adik ipar kau atau kau lebih tua dari abang ipar kau. Dan sebalikkan, adik kau ada tunang atau isteri yang lebih tua dari kau atau abang kau ada tunang atau isteri yang lebih muda dari kau.

Apa nama panggilan yang kau nak gunakan? Kakak? Walaupun kau lebih tua dari dia. Atau dia panggil kau abang walaupun dia lebih tua dari kau?

Kalau kau berasal dari susur galur seorang jawa macam aku, tak kira apa umur kau, tapi kalau kau berasal dari susur galur keluarga yang lebih muda, maka kau kena guna panggilan hormat yang selayaknya kepada orang dari susur galur keluarga yang lebih tua.

Contoh. Mak Long kau baru je melahirkan seorang anak lelaki. Walaupun anak itu masih kecil, kau tetap kena panggil dia abang. Apatah lagi kalau nenek kau melahirkan seorang lagi zuriat. Kau kena panggil anak itu PakciQue pakcik atau Pak Su. Kalau je!

Hm, tu kalau terjadi dikalangan adik beradik kau. Bagaimana kalau terjadi di kalangan pakcik atau makcik kau. Mereka berkahwin sekali lagi dan pasangan mereka itu jauh lebih muda dari kau atau sebaya atau tua setahun 2 saja. Kau nak panggil dia makcik ke atau kakak? Atau panggil nama?

Hm. Lu fikir lah sendiri! Nabil oh Nabil.

Wajah Baru

Dicatat oleh PakciQue | 8/15/2008 12:00:00 AM | , , , | 0 Komen »

Melayari blog-blog mereka mmbuatkan aku merasa yang aku juga perlukan perubahan dalam reka letak blog aku agar kelihatan sedikit profesional. Kalau nak profesional, kena lah tunggu aku beli domain dan hosting ok. Tapi, blog kedaimagik.blogspot.com juga boleh dicapai dengan www.noorhidayat.tl.my tau.

Dengan mendapat template asal dari eblogtemplete seperti yang dicadangkan oleh Hong Kiat di dalam entri beliau "50-most-beautiful-blogger-templates" dan aku pilih yang nombor 22.

Dengan pertukaran wajah blog aku ni, membuatkan aku semakin bersemangat untuk blog setiap hari. Apa sahaja topik akan aku bincangkan dari cerita pasal magik aku sampai cerita jiran sebelah rumah aku.

Dengan pertukaran wajah baru ini juga, aku telah meletakkan penaja-penaja aku iaitu dari Nuffnang dan juga Adverlets serta Gokita.

Semoga dengan pertambahan beberapa widget di blog aku ini juga, aku dapat menarik lebih ramai manusia untuk menjengah ke blog aku.

Aku ni memang manusia yang suka merepek meraban kan.

Dan kalau kau ada apa-apa cadangan topik yang mahu aku hamparankan di blog ni, jangan malu-malu, hamparkan cadangan kau di ruangan komen ok.

Dan jangan lupa melanggan blog ini sama ada melalui RSS Feed atau email.

Ok, sampai ketemu lagi.

p/s: aku buat entri ni pada pukul 4 petang hari Khamis, tapi sebab hari Khamis aku dah buat entri, jadi entri ni akan otomatik muncul tepat pukul 12 malam hari Jumaat

p/s/s: Ni antara entri yang mempunyai banyak pautan link. Kalau rajin, klik lah semua ok.

Salam

Diet Untuk Kurus::..~

Dicatat oleh PakciQue | 8/14/2008 08:43:00 AM | , , | 0 Komen »

Ada satu hari tu, masa aku dalam perjalanan nak ke JB bersama bos aku, En Abd Rauf Ahmad, dengan BMW 5 series dia yang baru tu, dia ada tanya kat aku satu soalan.

"Yat, bagi aku petua nak kurus. Aku tengok kau makan banyak, tapi badan tetap kurus je."

Hm, dan ramai orang yang tanya kat aku soalan yang lebih kurang sama. Aku pun sebenarnya tak tau nak bagi pandangan yang macam mana. Hakikatnya, aku sendiri tidak mengambil diet yang seimbang.

Tapi, dalam ramai-ramai makhluk tuhan paling seksi , cuma seorang sahaja yang aku pernah lihat keberkesanan dia mengamalkan diet dan gaya hidup yang sihat.

Ok, di sini aku perturunkan sedikit amalan diet yang boleh kau amalkan kalau berminat nak mengurangkan sedikit berat badan. Dalam masa sebulan, kau boleh kurang 1-3 kg. Cubalah.

Sarapan

Sangat penting. Hakikatnya, aku sendiri tidak bersarapan. Tapi, sarapan adalah makanan yang sangat penting untuk memberikan kau tenaga di pagi hari. Aku kalau lapar pun, hanya bersarapankan Milo sahaja.

Amalkan sarapan bijirin seperti cornflakes dan segelas jus oren. Kurang kalori, tinggi serat. Air oren tu boleh buat cuci perut. Paham-paham lah sendiri kan.

Aku tak galakkan kau orang sarapan nasi lemak ke, roti canai ke, teh tarik. Seminggu sekali boleh lah. Tapi, hakikatnya aku tak galakkan langsung. Kalau boleh, kau lupakan terus.

"Huh, nasi lemak? Apa tu? Adakah sejenis kenderaan?"

Tengahhari

Kalau boleh elakkan atau skip makan tengahhari. Kalau terasa lapar, makan buah-buahan seperti betik, pisang atau tembikai susu. Baik untuk pelawasan. Mudah nak YAK.

Malam

Seelok-eloknya, awalkan makan malam. Sebaik-baiknya pukul 6 dan sebelum pukul 8. Lebih kurang macam waktu kita berbuka. Menunya, nasi [sedikit] + sayur-sayuran [buat sup pun sedap] + ikan [rebus atau kukus]. Jangan mengambil menu yang terlalu berat dan berkalori tinggi.

Supper

Mungkin pada waktu begini, kau akan terasa sedikit lapar kan. Elakkan pengambilan makanan yang berat seperti makan lauk makan malam tadi. Sekeping roti mungkin sudah memadai.

Tambahan

Aku tak pasti akan pengambilan susu. tapi kalau perlu ambil, pastikan yang mengandungi rendah lemak. Pengambilan snek seperti kentang goreng, jajan makanan ringan, minuman berkarbonat dan sebagainya adalah dilarang keras sama sekali. Dan yang paling penting, banyakkan minum air kosong.

p/s: aku pernah mendapat tanda-tanda nak demam, aku pulun air kosong banyak-banyak sampai dalam satu hari tu, aku rasa ada dalam 20 kali aku ke tandas. Esoknya, aku dah cergas semula.

Senaman

Sesuatu yang tak boleh kau abaikan. Sekurang-kurangnya berjalan kaki sejauh 1-2 km sehari sudah memadai. Asalkan berlaku pembakaran lemak di dalam badan. Tak perlulah nak buat sit-up ke lompat kijang ke. Yang penting adalah pengeluaran peluh.

Penutup

Kadang-kadang, lemak di dalam badan kita tu dah tak boleh dibakar. Tapi, kita boleh tukarkan lemak tersebut kepada otot. Maka, bolehlah cuba-cuba pergi gym.

p/s: dikesempatan kerana menggunakan nama bos aku, aku di KedaiMagik ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran Yang ke 31 kepada En Abd Rauf Bin Ahmad. Semoga bertambah rezeki dan umur. Amin.