Showing posts with label Wayang. Show all posts
Showing posts with label Wayang. Show all posts

Quarantine - Sebuah Review

Dicatat oleh PakciQue | 11/17/2008 12:34:00 PM | , | 4 Komen »

Kalau nak tahu pengalaman seharian aku pada Sabtu lepas, sila ke blog PakciQue.TK. Aku cerita baik punya terperinci.

Sedangkan kau kena kurung dengan mak kau tak bagi kau keluar rumah, kau dah panas punggung. Ni kan pula kau kena kurung dalam sebuah bangunan yang kau langsung tak tahu puncanya. Apa reaksi kau?

Kalau kau nak tahu apa sinopsisnya, boleh tanya en google. Aku tak pandailah nak olah ayat untuk dijadikan sinopsis.

Apa yang aku boleh cakap adalah, WOW! Memang teruja dan terpegun. Bukan pada jalan cerita saja. Tapi, pada sinematografi dan permainan kamera.

Untuk pengetahuan. Filem ini umpama sebuah rakaman dari seorang jurukamera wartawan. Jadi, banyak 'one shot scene' yang dibuat. Yang ini membuatkan aku bertanya dalam hati "Macam mana kau buat?" Kau akan lebih faham kalau kau tonton sendiri dan perhatikan pergerakan kameranya.

Spoiller Alert!!! [Sila highlight untuk baca]

Adegan seorang pegawai bomba jatuh dari tingkat 4[mungkin] agak mengejutkan dan ia dibuat dalam 1 shot. Tiada suntingan. Aku tak tahu sama ada mereka menggunakan stuntman, dummy atau CGI. Tapi memang menakutkan. Dan mengkagumkan

Begitu juga dengan seorang rakan mereka berjalan dengan kaki yang patah di bahagian buku lali, anjing yang menyerang [tanpa jurulatih], dan adegan kejar mengejar yang aku rasa memerlukan latihan berulang kali untuk mendapatkan timing yang tepat.

Oh! Dan satu lagi. Kat mana pengarah dia duduk eh?

Kalau kau pernah tengok cerita Cloverfield [aku takde kesempatan untuk menonton], teknik "Shacky Camerawork" juga digunakan dalam filem ini. Kalau dalam Cloverfield kau akan pening-pening sampai rasa nak muntah. Tapi, untuk Quarantine, kurang sedikit. Aku tetap syorkan kau bawa beg plastik sebagai langkah berjaga-jaga.

Apa-apa pun. Aku sangat syorkan untuk kau pergi menonton filem ini. Sangat-sangat berbaloi. Dan lepas kau dah tonton filem ni, jangan lupa komen ok. Aku tunggu komen kau yang berbunyi, "PakciQue! Seram gila. Sampai tercirit aku!" [Itulah fungsi sebenar beg plastik.]

Terima kasih kepada YouthSays atas peluang keemasan ini. Nanti jangan lupa ajak lagi.

Review: Quantum of Solace

Dicatat oleh PakciQue | 11/11/2008 09:46:00 AM | | 5 Komen »

Ni adalah sambungan dari cerita aku pergi buat Pra-Pertunjukan Magik hari sabtu lepas. Lepas layan magik, aku layan James Bond.

Macam aku cakap dalam entri lepas, cerita ini tidak mampu nak lawan keterujaan aku terhadap magik aku. Tapi, takpelah. Aku tetap akan bagi review yang sedap-sedap.

Mula-mula je dah keluar iklan berlambak-lambak. Kata pukul 12.10. Tapi, 12.30 baru start. Dari iklan Telefon Bimbit Samsung, sampai ke iklan arak, semua ada.

Babak awal adalah babak lumba kereta di dalam terowong. Sangat menarik dan sangat cantik. Kalau berdasarkan temubual Daniel Craig di sebuah rancangan, beliau kata 6 buah Aston Martin telah diranapkan. Memanglah, habis semua kereta kau cabut pintu bahagian pemandu. Dan teknologi dan kelengkapan semasa membuat pengambaran tersebut, memang sangat tinggi. [Berdasarkan tontonan di belakang tabir].

Kemudian, ada aksi kejar-kejar atas bumbung. Oh! Dah macam filem Bourne Ultimatum campur Jackie Chan terutama adegan melompat dari satu bangunan ke celah beranda bangunan di sebelah yang lain.

Adegan 'Hand Combat' juga sangat cantik. Buk Buk Buk. Mati. Senang je.

Lepas-lepas tu filem ni hampir membuatkan aku tak rasa apa-apa. Kosong.

Kali ni, Daniel dikhabarkan melakukan hampir keseluruhan adegan stunt. Menumbuk, menendang, melompat, drift kereta, memandu bot pancung, semuanya dia buat sendiri.

Ada satu adegan membuat lompatan menggunakan motosikal, itu juga dibuat sendiri oleh beliau. Tapi, yang menjadi lebih menarik, adalah pergerakan kamera itu. Sebuah kamera diletakkan di hadapan sebuah motosikal yang lain, dan mengekori motosikal yang ditunggang oleh Daniel dari belakang dan membuat lompatan yang sama. Bila ditonton di layar, memang cantik sekali.

Teknik ini hampir sama dengan teknik dalam filem Bourne Ultimatum di mana ketika Bourne membuat lompatan dari atas bangunan ke tingkap bangunan disebelah, sebuah kamera diikat di hadapan seorang jurukamera/stuntman dan membuat lompatan yang sama mengikut di belakang Bourne.

Oh! Aku suka.

Dan kalau kau perasan. Babak 'trade mark' James Bond melepaskan tembakan ke arah penonton tidak diletakan di babak awal. Tetapi diletakkan di babak akhir. Kenapa? Sebab, filem ini boleh dikatakan sebagai sambungan kepada filem Casino Royale. Jadi, senang kata filem terbaru ini bukan filem James Bond dengan misi yang baru.

Ok lah. Taknak cakap banyak. Kau pergilah tengok sendiri. Tapi, jangan kecewa pula. Sebab adegan ranjang telah dipotong habis. Zasst! Langsung takde.

Kepada yang dah tengok, mari komen. Nanti aku letak link.

Review Eagle Eye

Dicatat oleh PakciQue | 10/16/2008 09:35:00 AM | , | 15 Komen »

Mungkin aku agak terlambat dalam nak review filem ni. Tapi, semata-mata nak dapatkan tiket pada harag Movie Day, aku tunggu juga hari Rabu untuk pergi menonton bersama dengan adik aku.

Permulaan cerita sahaja dah mencetuskan kontroversi. Tapi, mesti ada sebab kenapa babak pertama itu dipaparkan dan apa kaitannya.

Kemudia, kau diajak berkenalan dengan Jerry Shaw. Seorang yang aku boleh katakan sebagai loser. Tapi dia ni pandai gak psiko kawan-kawan dia masa main daun terup tu. Kemudian, kau juga akan berkenalan dengan Rachel. Dia ni janda anak satu. Anak dia nak gi buat persembahan muzik sebagai pemain trumpet.

Aku tak boleh cerita banyak plotnya sebab takut spoil. Aku sangat-sangat cadangkan kau pergi tengok filem ni. Puas hati. Wani! Kalau kau tak tau nak tengok cerita apa hujung minggu ni, gi tengok Eagle Eye. Persetankan Senario Episod 1 tu.

Aku paling suka babak kejar mengejar di awal perkenalan Jerry dan Rachel. Bagaimana 'wanita' tu membantu mereka melepasi polis yang mengejar mereka. Dan susunan perlanggaran tu sangat mengujakan. Tak sempat hilang rasa teruja akibat perlanggaran pertama, muncul dentuman hasil perlanggaran yang berikutnya. Sebelum ni, aturan babak kemalangan dalam Final Destination 2 adalah yang terbaik.

Dan, babak yang paling mengundang gelak sudah tentu ketika beg yang mereka rampas dari pengawal keselamatan tu tiba-tiba menghasilkan 'timer' dan untuk mengelakkan kekalutan ke atas pelancong-pelancong dari Jepun dan menyedapkan hati mereka sendiri, mereka kata itu sebagai Microwave dan Coffee Maker.

Di hujung credit, ada satu ayat
Dayat. Balik sekarang!*
Kemudian ada satu panggilan telefon
Dayat. Balik cepat!*
*rekaan semata-mata.

p/s: kau dah tengok? Jom ulas di blog kau. Nanti aku link.

Yang Dah Menonton
Aximud - Alone but Ain't Lonely
MissWawa - Eagle Eye
RaFFLeSiA MeRaH - Umah dan Wayang
pu3a'an - Wayang..wayang..
iRma IzZaTi - Oppsss....She did it again!!!
Sha Lew Lew - Show us your greatest misery so far
Azlan Mohamed - Eagle Eye...??
~sAlaMesRabAdie~ - ~*eagle eye*~




Lain-Lain Bacaan (disarankan)
Catatan Hujung Minggu #01 - Ada review Meet Dave & Well-E
Pening Kepala - Ada review Susuk
Trans "Neo" Formers - Review berangan pasal Transformers

Pening Kepala

Dicatat oleh PakciQue | 8/12/2008 04:33:00 PM | , , | 0 Komen »

Dah agak lebih seminggu aku tak kemasini entri. Aku pun tak nak update entri apa, jadi aku buat rangkuman aktiviti sepanjang minggu lepas.

Aku turun JB lagi. Dengan mengejar bayaran-bayaran tunggakan yang sepatutnya diterima tapi menghadapi masalah dari segi teknikal yang aku sendiri tak tahu hujung pangkalnya. Tahu la sikit. Tapi aku rasa aku tak membantu langsung.

4 hari aku menginap dihotel. Mula-mula duduk bilik kecil. Tapi mana boleh tahan. Aku mintak tukar ke bilik besar sikit. Ops, aku pergi berdua eh dengan engineer aku.

4 hari tu juga la aku merancang segala bentuk kejutan utuk Fara. Tapi, macam biasa banyak halangan dan dugaan yang aku perlu hadapi dengan si Fara ni. Dia je yang tau apa bentuk dugaan dan cabaran tu.

Kejutan hari jadi yang kurang memberi kesan kejutan. Kalau terkejut pun, sebab dia terkejut sebab ada orang kejutkan dia tidur. Nasib baik akak dia dan adik dia sporting. Membantu sangat-sangat.

Dan macam biasa, kitorang akan lepak berborak sampai pukul 2. Sepatutnya lewat lagi, tapi macam-macam pula benda pelik-pelik yang aku dengar dalam rumah minah ni. Jadi, terpaksalah tidur awal sikit.

Esoknya pergi menonton Susuk. Filem yang memeningkan dan memerlukan penonton berfikir untuk mengaitkan watak Soraya lakonan Diana Rafar dan Suzana lakonan Ida Nerina.

Sebenranya, aku dah suruh Fara buat jadi penulis jemputan untuk menulis entri pasal hari jadi dia. Tapi, dia memang sedikit sibuk kebelakangan ini. Nak buat macam mana.

Oh ye, 3G aku dah aktif. Jadi dapatlah buat panggilan video selalu. Tapi pancaran 3G kat kawasan rumah dia sangat rendah. Tapi, susah juga nak buat. Apa lah.

Pagi Isnin semalam, aku masuk kerja separuh hari. Kepala pening sangat. Tak boleh nak angkat. Tak tau kenapa. Mungkin sebab asyik tidur lewat je. Lepas tu kena naik bas nak balik Shah Alam. Mana tak pening.

Hari ni pun, aku macam menghadapai sindrom malas bekerja. Tak tau kenapa. Motivasi aku terhadap kerja sangat menurun. Aku berharap sangat masa cepat berlalu. Supaya waktu kerja cepat habis. Dan aku juga berharap hujung minggu menjelma dengan lebih cepat.

Apa masalah aku? Entahlah. Susah mahu cakap.

Wira::..~

Dicatat oleh PakciQue | 7/10/2008 04:35:00 PM | , | 0 Komen »

Hari tu aku pergi menonton Hancock dengan Fara. Seronok cerita tu. Jalan cerita yang menarik. Cuma kesudahan yang kurang menyengat dan kesan khas untuk adegan terbang tidak berapa cantik.

Rancangan asal nak tonton Sepi. Tapi sebab tayangan untuk hari tu cuma dua kali saja, maka kitorang memilih untuk menonton Hancock.

Aku sendiri ada pernah berangan-berangan mewujudkan sebuah watak wira yang tidak memiliki kuasa hebat. Hanya kemahiran dan ketangkasan yang menjadikan dia seorang wira. Konsep penceritaan seperti filem Batman. Bahkah, watak wira itu sendiri aku korek sedikit dari watak Bruce Wayne.

Watak [yang tiada nama lagi] ini menghadapi masalah takut untuk tidur pada waktu malam [bukan insomnia] kerana sering bermimpikan akan keluarganya yang disiksa sebelum dibunuh dengan sangat dahsyat dan kejam. Mimpi itu hanya akan datang pada tempoh kejadian itu berlaku iaitu di antara pukul 9.07 malam hingga pukul 6.24 pagi. Igauan itu tidak akan wujud jika dia berada dalam keadaan sedar. [Punca dan bentuk kematian belum dalam difikirkan. Tetapi ia berkait rapat dengan rompakan].

Dia ada mengambil rawatan psikatri untuk merawat penyakitnya itu. Tetapi, masih juga tidak sembuh. Cadangan yang diambil adalah dengan tidur pada waktu siang.

Jalan cerita mula berkembang pada suatu ketika, dia terlihat seorang wanita yang diganggu oleh dua orang pemuda. Selepas membelasah kedua-dua pemuda tersebut, dia terus memandu keretanya tanpa arah tuju. Secara tiba-tiba kedua-dua pemuda yang telah dibelasah tadi mengejar dia bersama-sama dengan beberapa rakan mereka yang lain. Di sini, adegan kejar mengejar dengan kereta dapat dilihat. Tetapi watak utama bukan sekadar mealrikan diri, tetapi melakukan beberapa cara yang menyebabkan kereta-kereta yang mengejarnya terbabit dengan kemalangan, terbabas, terbalik dsb. [Juga masih tiada idea].

Ada juga babak di mana berlaku adegan kejar mengejar menggunakan kereta di antara watak dengan seorang anggota polis yang komited terhadap kerjanya. Lalu terjadi satu keadaan di mana polis tersebut sedia membantu watak untuk menjejak pembunuh keluarganya yang juga merupa kes yang di siasat oleh polis tersebut. [Kira ada sedikit unsur membalas dendam di sini].

Kesudahan dan kesinambungan watak dan jalan cerita ada dalam fikiran aku. Tapi, aku tak dapat nak luahkan di dalam bentuk ayat yang ditaip.

Nanti ada masa, aku sambung lagi.

Trans "Neo" Formers

Dicatat oleh PakciQue | 7/03/2007 12:51:00 PM | | 2 Komen »

Malam tadi, tiba-tiba aku terjaga dari tidur bila aku terdengar sesuatu yang pelik di luar rumah. Aku bangun dan mula menyiasat akan bunyi tersebut. Kelihatan seperti biasa, sama seperti malam-malam sebelumnya.

Tiba-tiba enjin kereta Neo aku hidup. Huh? Ada orang cuba mencuri kereta aku rupanya. Aku menjerit sekuat hati, namun seolah-olah jeritan aku tidak didengari semua orang. Dengan pantas aku mengambil kunci rumah dan kunci motor aku. Dengan kelam kabutnya, aku membuka pintu rumah aku. Belum sempat apa-apa, kereta Neo aku telah meninggalkan laman rumah dengan begitu laju sekali. Aku juga dengan pantas terus menghidupkan motor aku untuk mengejar pencuri yang mencuri motor kereta aku.

Kurang 5 minit, aku berjaya menjejak semula kereta aku. Pencuri itu telah membawa kereta aku ke sebuah kawasan perindustrian yang sunyi dan terbengkalai. Kawasan tu memang sudah lama dihentikan operasinya.

Untuk mengelak aku dikesan oleh pencuri itu, aku telah meletakkan motor aku jauh dari pandangan dan menyorokkannya di balik pokok.

Dengan terbongkok-bongkok, aku menjejak pencuri kereta aku. Dengan tiba-tiba kereta aku telah pun bertukar menjadi sebuah robot. Aku sangat terkejut sekali. ketinggian robot itu hampir mencapai ketinggian bangunan dua tingkat.

Robot itu kemudian menghantar isyarat cahaya yang dikeluarkan dari dadanya dan di halakan ke langit. Logo yang terhasil kelihatan pelik.

Tiba-tiba aku dapat rasa bahu aku dicuit sesuatu. Gulp!

"Bang..bang.. Bangun. Wayang dah habis. Nak tidur balik rumah!"

Transformers

Kau orang wajib tengok cerita ni. Ulasan aku tak mampu nak menerangkan kecanggihan dan kecantikan teknologi CSI erh salah CGI yang digunakan. Wajib tonton. 13 bintang dari 10. Aku bagi ekstra 3 sebab aku sampai berangan kereta aku pun leh jadi Transformers.

Cicakman

Dicatat oleh PakciQue | 12/12/2006 09:13:00 AM | , | 2 Komen »

Apa perasaan kau orang bila kau orang dapat super power yang power gila? Boleh lekat-lekat dekat dinding, boleh bergerak dengan pantas, boleh memanjangkan lidah dan kalau kau orang cedera, cepat saja sembuh. Best kan?

Tapi bagaimana pula dengan adanya super power tu, sel manusia kau orang makin kurang tapi sel reptilia pula bertambah dan akhirnya kau orang tak boleh berjalan, tapi terpaksa merangkak/merayap macam cicak? Dan kerana itu, kau orang menjadi takut dengan getah!

Tak pernah terjadi dalam sejarah, aku menonton filem dengan bilangan yang sangat ramai. 13 orang. Aku pergi dengan adik-adik aku 6 orang dan keluarga Fara 7 orang. Maka sepanjang barisan kerusi tu, hanya kami sahaja. Rekod sebelum ni, aku tengok King kong 9 orang, tapi duduk bersepah dan KL menJerit 8 orang masa zaman matrik dulu.

Kalau kau orang nak tau sinopsis filem ni, kau orang boleh tonton sendiri atau baca dekat mana-mana sumber yang lain. Di sini, aku cuma nak bagi komen apa yang aku nampak dalam filem ni.

Secara keseluruhan, Cicakman berjaya keluar dari kepompong filem klise melayu. Dengan bermodalkan hampir 500 shot CGI, ramai orang berjaya diumpan untuk berpusu-pusu ke panggung sehingga menjadi filem melayu terlaris dalam sejarah dengan mengutip RM350,000 pada hari pertama tayangan dan meningkat kepada RM1.15 juta pada hari ketiga tayangan keseluruhannya.

Suasana bandar Metrofulus berjaya ditonjolkan dengan jaya sekali. Banyak juga shot CGI yang cantik-cantik meskipun terdapat sedikit yang kurang realistik tetapi dapat dimaafkan. Aku paling suka dengan shot transformasi suasana dari pejabat Prof. Klon ke Rumah Tania ala-ala Matrix.

Adegan pergaduhan perlu diperbaiki. Masih nampak agak tak menjadi. Aku tak dapat rasa impak untuk setiap tumbukan dan tendangan yang dibuat. Tapi ada juga babak-babak yang cantik macam pergerakan Cicakman yang pantas semasa mengelak tumbukan dari Ginger 1 dan Ginder 2. Juga adegan pergaduhan dengan Cicakman klon yang berlatarkan bulan mengambang. Ada seni estetika di situ.

Jalan cerita agak lemah. Perasaan aku sebagai penonton macam sesak bila ada adegan yang sedih seperti ketika Danny nak mati kerana aku tak dapat nak rasa, tak dapat nak lepaskan perasaan tu. Senang cakap, penghayatan yang lemah.

Dan yang membuatkan aku bertambah bengang, bila mana ada orang-orang yang tak tahu adab menonton di pawagam terutama budak-budak. Bila saja habis scene perlawanan antara Cicakman dengan Ginger1&2, mulalah budak-budak menjerit-jerit "Cicakman, cicakman". Lepas tu ada juga yang melompat-lompat, berguling-guling nak jadi Cicakman dekat depan pawagam. Pening kepala aku. Ni adalah kali ketiga selepas PGL dan King Kong. Dan inilah harga yang perlu aku bayar kalau menonton filem yang sesuai ditonton seisi keluarga.

Lepas ni, aku nak pergi tonton sekali lagi. Bukan untuk menghayati jalan cerita. tapi nak kira logo Cicakman yang ada dalah filem tu. Semalam, aku cuma perasan ada 3 saja. Aku rasa, mesti ada banyak lagi.

Getah

Alang-alang bercerita tentang Cicakman yang takutkan getah, aku pun cerita la sedikit magik yang ada kaitan dengan getah.

Masa aku kecil dulu, getah adalah prop yang selalu aku gunakan untuk buat magik. Getah diputuskan, kemudian dicantum semula. Dari satu jari, getah melompat ke jari yang lain. Termasuk juga dengan seni tali getah macam buat huruf dengan getah, kapal terbang, pistol, payung terjun dan banyak lagi.

Sekarang ni, magik getah sekadar trik sampingan atau trik sokongan bila aku mempersembahkan trik-trik yang lain. Magik getah ni sesuai untuk tontonan audien yang kecil sahaja. Tapi sebaik-baiknya hanya seorang atau dua untuk kesan yang lebih baik. Getah pula kena dari jenis yang berwarna terang dan lebih elastik, bukan yang jenis bungkus tempe. Tapi, kadang-kadang kalau dah tak ada getah, aku guna juga getah tempe tu.

Tempe? Aku jawa. Memanglah makan tempe!

Cinta

Dicatat oleh PakciQue | 12/05/2006 03:53:00 PM | , , | 5 Komen »

10 bintang
5 kisah cinta
1 cerita

Itulah tagline yang digunakan dalam promo filem ini. Secara asasnya, ia mengenai kisah cinta yang universal. Bukan sekadar cinta seorang teruna kepada sang daranya. Tetapi lebih luas kepada kisah cinta suami kepada isteri yang curang, Kisah cinta kakak kepada adiknya, kisah si jejaka dan gadis, kisah cinta yang tak mengenal usia dan kisah si pencari cinta.

Sepenuh jiwa - Haris & Airin (Rashidi Ishak & Rita Rudani)
Seorang arkitek yang memiliki segalanya, isteri yang cantik dan anak yang comel, tanpa menyangka bahawa cintanya hanyalah sebuah ilusi.

Abadi - Dhani & Dyan (Que Haidar & Nanu Baharudin)
Dyan yang merupakan rakan sepejabat Haris, terperangkap dalam cinta tiga segi. Hakikatnya, cinta sejati Dyan hanya pada adiknya, Dhani.

Romantis - Azlan & Azura (Eizlan Yusof & Fasha Sandha)
Cinta hadir tanpa diduga. Sebuah kisah percintaan antara pemilik empayar media percetakan dan gadis penjaga kedai buku.

Unggul - Elyas & Rubiah (Dato' Rahim Razali & Fatimah Abu Bakar)
Adakah cinta mengenal usia? Mampukan cinta bertandang tika fikiran terkelam?

Tulus - Taufiq & Airianna ( Pierre Andre & Sharifah Amani)
Seorang gadis dari kampung, mencari kekasihnya yang hilang tanpa berita di ibu kota. Seorang wartawan budiman menghulurkan bantuan tanpa disedari cinta mula berputik.

Ok, secara keseluruhan, filem ni berjaya keluar dari kepompong filem-filem cinta melayu yang lain hatta cerita cinta dari Indonesia ataupun Bollywood. Plot ceritanya luas (10 bintang dalam 5 kisah cinta). Kesudahnya sukar untuk dijangka kecuali terdapat beberapa babak yang sedikit klise. Penghayatan watak yang baik terutama watak Dyan oleh Nanu serta Elyas (Dato' Rahim Razali).

Sebelum menonton filem ini, aku menjangkakan setiap pasang watak tidak berkait dengan pasangan watak yang lain, setiap kisah cinta adalah kisah cinta yang tersendiri. Tetapi jangkaan aku meleset. Setiap watak saling berkait. Haris dan Dyan bekerja di syarikat yang sama. Azlan menjalinkan hubungan perniagaan dengan Dyan dan Haris. Dyan dan Dhani makan laksa di kedai Rubiah. Airianna bekerja sementara di kedai Rubiah. Rakan sekerja Taufiq mengenali Haris sebagai seorang hartawan yang menjalinkan cinta dengan Azura.

Senimatografi yang cantik, gerak kamera yang mengancam, gaya urban bandaraya Kuala Lumpur berjaya ditonjolkan. Aku asyik terfikir, betapa susahnya merakamkan babak di rumah Taufiq yang bersebelahan landasan komuter tu. Terdapat babak seperti ucapan "Saya sayang awak" oleh Taufiq yang perlu tunggu komuter datang dari jauh supaya suaranya tenggelam dek ngauman komuter yang kuat. Babak yang membuatkan aku tersenyum adalah babak imbasan semula Haris ketika bermanja-manja dengan Airin di bawah selimut (Ehem).

Suntingan antara babak juga sangat lembut. Kepala aku pun tak serabut tengok filem ni. Rileks sahaja aku menonton. Lagu latar yang digunakan sangat bersesuaian. Cuma terkadang, agak bingit dipendengaran. Babak akhir di dalam KL Express agak keterlaluan. Tetapi mengudang gelak.

Aku cadangkan supaya kau orang pergi tonton cerita Cinta ni sebelum Cicakman merayap di pawagam. Dan kalahkan filem Nana Tanjung yang terlampau tu.

Cinta & Magik

SelepasSebelum aku menonton filem ni, aku pusing-pusing dulu kat Jaya Jusco Tebrau dan tempat yang selalu aku lepak adalah Kedai Buku Popular. Masa pusing-pusing dalam kedai buku tu, aku pun terpandanglah sebuah buku magik "Street Magic". Belek punya belek, hati pun terpautlah. Tapi harga dia boleh tahan. RM89.90.

Lepas tengok wayang, aku pun mengambil keputusan untuk membeli juga buku tu. Balik rumah, malam tu juga aku baca dan hayati. Dan malam tu juga aku habis baca. Esoknya, aku tunjuk dekat adik-adik aku. Dia orang memang selalu jadi bahan uji kaji. Dan ternyata, mereka teruja dengan persembahan tersebut walaupun mereka tahu bagaimana aku buat magik tu semua.

Lepas ni, jangan pula terkejut atau melarikan diri bila ada orang tegur kau orang di jalanan. Mungkin orang yang tegur tu, aku. Dan aku akan tunjukkan magik yang boleh membuatkan kau orang tak tidur malam.

The Prestige

Dicatat oleh PakciQue | 11/03/2006 02:13:00 PM | , | 0 Komen »

Magik terbahagi kepada tiga bahagian :-
- Pledge -> Ahli magik menunjukkan kepada audien sesuatu yang biasa (burung).
-Turn-> Ahli magik menukarkan sesuatu yang biasa itu kepada yang luar biasa (menghilangkan burung).
-Prestige-> Apabila anda cuba mencari rahsia magik itu, anda akan terus teruja (Burung dikembalikan semula)

Begitulah permulaan bagi cerita ini. Aku dari dulu masa mula-mula keluar promosi, aku dah simpan hasrat nak tonton cerita ni kerana ini cerita aku. Kalau Ahmad Idham buat cerita Remp-It untuk tarik mat-mat rempit pergi tengok wayang. Cerita ini juga untuk menarik para ahli magik untuk pergi menonton wayang.

"A friendship that became a rivalvery
A rivalvery that became a battle"

Sinopsis

Cerita ini mengisahkan dua orang sahabat iaitu Alfred Borden lakonan Cristian Bale (Batman Begin) dan Robert Angier lakonan Huge Jackman (X-Men - sebagai wolverin) yang menjadi penonton dummy untuk sesebuah persembahan magik. Mereka berdua sebenarnya adalah krew dalam persembahan magik tetapi berlakon menjadi audien.

Tugas mereka adalah menjadi audien yang 'sukarela' untuk mengikat tangan seorang pembantu ahli magik yang akan ditenggelamkan ke dalam bekas takungan air yang besar. Jadi gadis pembantu ahli magik ni perlu melepaskan diri dari tangki tersebut. Maka, mamat berdua ni akan membuat ikat di tangan dan di kaki yang mudah untuk gadis ini membuka ikatan ketika ditenggelamkan di dalam tangki air.

Persahabatan mereka menjadi dendam dan permusuhan apabila berlaku suatu tragedi. Kena tengok sendiri apa tragedi yang berlaku dan macam mana tragedi itu boleh berlaku.

A real magician tries to invent something new that other magicians are going to scratch their head over - Alfred Borden a.k.a The Professor

Dengan masing-masing cuba membalas dendam, timbul pula niat untuk berlawan dari segi persembahan magik yang paling agung. Di sini bermula cerita dan kau orang kena tonton sendiri.

I'll perform this feat in a manner never before seen by yourselves or any audience anywhere in the world - Robert Angier a.k.a The Great Danton

Komen

Oleh kerana aku minat sangat dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan magik, jadi memang aku tumpu betul-betul jalan cerita ini termasuk setiap persembahan magik yang mereka buat. Tapi, semakin aku tumpu, semakin aku tak faham. Sebab jalan cerita dia melompat-lompat. Garis masa dia berubah-ubah. Sekejap kehadapan, sekajap kebelakang, sekejap ada imbas kembali. Jadi kau orang kena tengok cerita ini dengan lebih penuh perhatian. Tapi aku pada pertengahan cerita dah dapat tangkap jalan cerita ini.

Dalam cerita ni, ada 3 jenis magik yang dulu pernah menaikkan nama ahli magik yang membuat persembahan ini.
  • Drown in Water Tank - persembahan menenggelamkan diri di dalam tangki air dengan diri diikat dengan tali. Ahli magik yang popular dengan persembahan ini adalah Henry Houdini yang terkenal dengan lagenda melepaskan diri dari ikatan dan kurungan. Kemudian persembahan ini dipelbagaikan dengan mengikat menggunakan gari atau rantai besi dan mangga. Ada juga ahli magik yang menukarkan tangki air kepada tong dram atau keranda dan ditanam hidup-hidup di bawah tanah atau melepaskan diri dari air sejuk (air dibawah kerak ais tempat orang bermain ski).
  • Bullet Catch - Selaras pistol yang diacu, ditembak ke arah ahli magik. Kemudian ahli magik itu akan menangkap peluru yang dimuntahkan oleh pistol tersebut dengan tangan atau mulut. Seni ini tidak banyak dikembangkan. Tetapi teknik ini banyak digunakan didalam mana-mana persembahan magik yang melibat senjata api sama ada pistol atau senapang seperti menembak anak panah dari selaras senapang dan anak panah itu menembusi perut tanpa mencederakan orang tersebut.
  • Human Transfer - Ini adalah sebuah persembahan memindahkan seseorang dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Ini adalah antara persembahan yang masih disukai oleh para ahli magik untuk dipersembahkan. Magik ini juga antara magik yang berkembang dengan sangat banyak dan berubah teknik tetapi menghasil seni yang sama. Ada ahli magik dimasukkan ke dalam keranda. Dibakar. Keranda tersebut rentung. Bila disiasat, ahli magik tiada di dalam keranda tersebut. Ahli magik muncul sambil memandu kereta membawa keranda. Ada juga persembahan memindahkan orang pada jarak yang dekat seperti dari atas pentas ke ruang penonton. Ada juga persembahan yang memindahkan orang pada jarak yang sangat jauh seperti di atas pentas di New York ke sebuah pantai yang indah di Hawaii.

Ada juga beberapa persembahan magik yang biasa-biasa seperti menghilang burung, linking ring, trik syiling dan trik bola. Semua ini dapat anda saksikan di dalam cerita the Prestige.

Jika anda ingin mengetahui secara asas bagaimana magik-magik di atas dilakukan, tontonlah cerita the Prestige. Tapi ingat, magik itu rahsia, jangan pecahkan rahsia magik. Anda membayar harga tiket untuk mendapatkan ilmu magik itu. Seperti mana saya membayar untuk mempelajari magik-magik yang baru.