Showing posts with label 8TV. Show all posts
Showing posts with label 8TV. Show all posts

Goda 8TV #08 - Finale

Dicatat oleh PakciQue | 10/13/2008 09:38:00 AM | , , , | 4 Komen »

Akhirnya tamat jua sebuah drama yang memberi sedikit sebanyak pengajaran kepada para lelaki yang kebuntuan dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah cinta. Kecewa. Itu yang dapat aku ulaskan dengan1 perkataan bila wajah M didedahkan bukan saja kepada Sanya. Tapi, semua peminat-peminat dia pun dah kenal siapa M. Aduh!

Apa-apa, masih banyak perkara yang masih boleh dikongsikan dengan kau semua. Sebelum apa-apa, aku nak minta maaf atas kelewatan ulasan ni. Hujung minggu lepas, aku balik JB sebab nak pergi beraya dengan Fara. Dan aku pun masih belum berkesempatan nak ulang tayang Drama Goda lagi.

Untuk minggu ni, tiada pecahan sub-plot. Setiap watak bergerak secara selari. Tapi, ulasan aku kali ini lebih kepada ulasan setiap watak. Sebab, penceritaan untuk episod terkahir ni lebih kepada pendedahan watak M.

M

Awal-awal dah tunjuk gambar M masa di sekolah. Dan aku dah dapat bayangkan wajah M akan didedahkan sama ada kepada Sanya atau penonton.


So, who am I? Some said, M is for mystery. Really? Jadi, cuba tengok gambar ni. Antara muka-muka ni, terselit muka saya. Biasa je kan? Jadi, macam mana kalau saya kata, antara kita semua ni sebenarnya, tak banyak beza. - M
Kemudian, baru kita tahu yang M tiba-tiba menyepi diri selama 2 hari [tapi penonton kena tunggu 2 minggu] sebab koma selepas menjalani pembedahan kaki palsu. Oh! Dia cacat rupanya. Tapi, cacat sebab kemalangan atau cacat lahir tidak pula dinyatakan. jalan raya. Koma 2 hari. Remuk kakinya.

It was a freak accident. Kaki kanan I remuk. 2 hari I koma. - M
M bukan pakar psikologi. Tapi, niat membantu orang lain adalah agar orang lain tidak mengulangi kesilapan yang pernah dia lakukan.

Well, I pun manusia juga kan? Pernah buat silap. Buat salah. Jadi, apa yang I belajar dari kesalahan tu, I gunakanlah untuk tolong orang lain. Why should all of us make a some mistake anyway, right?- M
Apa yang telah berlaku pada M. Mari kita berspekulasi.

Sanya

It's ok Burhan. Thanks for the warning. I think she found me. - M
Akhirnya usaha Sanya untuk membongkar identiti M berjaya. Dan dapat dilihat akan wajah kekesalan Sanya atas apa yang dia telah lakukan. Namun, puas.

Yang lawaknya, bila pihak atasan Harian Kota berusaha mensensasikan cerita M dengan meningkatkan wang ganjaran RM100 setiap hari. Tapi, akirnya menyuruh Sanya yang membongkarkan identiti M sendiri. Jadi, selamatlah duit ganjaran tu. Apa da!

Sanya kemudian mendapat tawaran "Iowa Writer's Residency" di Amerika selama 4 bulan. Dan ini menyebabkan dia perlu berhenti kerja. Hahaha. Dapat juga dia nak berhenti kerja. Kan memang dari episod 1 lagi Sanya nak berhenti kerja.

Burhan

Aku masih tak tahu apa motif Burhan nak tolong Sanya mendedahkan identiti M. Tapi, bila Burhan dah tahu apa sebenarnya yang telah terjadi pada M, baru dia gelabah nak cuba mengelak dari berjumpa dengan Sanya. Jelas sekali, kecacatan M mengundang simpati.

Burhan juga telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah di dalam Corona Holdings. Walaupun pada awalnya dia seolah-seolah ingin menghantar surat perletakan jawatanya.

Ini menunjukkan bahawa kisah Burhan dan Adela belum tamat lagi. Tapi, kisah M, pada aku seakan sudah sampai kepenghujungnya dengan pendedahan identiti M.

Adela | Adam | Datuk Razak

Adam ingin membawa Adela ke Sierra Leone bila mereka telah berkahwin. Ingin berbulan madu di sana katanya. Siap nak tengok kat Google Earth lagi.

Tapi, nampak Adela seakan berat hati. Dan aku dapat lihat satu peluang di situ.

Kemudian, muncul tragedi Datuk Razak meninggal hanya kerana tertelan biji cempedak. Memang kelakar. Tapi, kerana kematian Datuk Razak, muncul satu aliran penceritaan yang baru.

Keseluruhan

Permulaan dan pengakhiran cerita perlu kuat. Permulaan yang kuat perlu untuk menarik minat dan memaku penonton menonton episod pertama dan episod-episod seterusnya. Episod penamat pula perlu kuat untuk memuaskan hati penonton.

Aku hanya puas dengan episod permulaan. Episod akhir sedikit mengecewakan walaupun sebenarnya meninggalkan beberapa sepkulasi jika ada musim kedua.

Sudut kamera yang menyorok wajah M ketika Sanya bertemu dengannya di hospital sangat cantik. Dan ketika ni, aku rasa wajah M tidak akan didedahkan kepada penonton. Hanya kepada Sanya dan Burhan sahaja. Tapi, meleset bila bukan setakat penonton saja yang tahu. Tapi, para peminat M juga tahu. Oh.

Aku suka babak Sanya dan En Zainal. Berulang-ulang kali Zainal dipanggil ibunya. Ini menjelaskan yang Zainal anak emak. Rujuk Drama GODA episod satu.

Babak ketika di dalam bilik mesyuarat ketika Adela mengumumkan dirinya sebagai Pengerusi Corona Holdings seakan-akan gaya seorang Lady Boss.

I'm 24. I'm the new CEO of Corona Holdings. Accept it.
I'm my father's daughter. And I'll be a good leader. Believe it. - Adela
Kalau kau orang perasan, Burhan, Sanya dan Adam menggunakan nada dering telefon bimbit yang sama. Mereka menggunakan nada dering skena

Ok. Tu je ulasan aku. Aku mengalami sedikit demam. Jadi, entri pun macam orang tengah demam. Tunggu entri Pasca GODA nanti ok.

Mungkin kita rasa kita kenal seseorang. Tapi hakikatnya tak. Mungkin juga kita rasa kita kenal diri kita. Tapi hakikatnya tak. Jadi, kalau kita tak cuba kenal diri sendiri, apa yang boleh kita tunjukkan pada orang lain? Jadi, beranikah kita menunjukkan diri kita yang sebenar? - M
to Miss GODA: My prediction for your name is Law Gwo Yunn. And let me know how to contact you. You can email me pakcique[at]gmail[dot]com

p/s: Jangkaan ramai bahawa M tu adalah Zizan Nin ternyata silap. Entah. Aku pun tak tahu siapa dia. Berdasarkan kepada tulisan di blog ni, [update: Link ke blog tersebut terpaksa dikeluarkan atas permintaan pihak-pihak tertentu. Harap Maklum. Terima kasih] M dilakonkan oleh abangnya [Shahredza Minhat]. Terima kasih pada Zul. Tolong beritahu kalau anda tahu maklumat yang lebih lanjut pasal pelakon M.




GODA 8TV - Pra Finale

Dicatat oleh PakciQue | 10/08/2008 02:22:00 PM | , , , , | 5 Komen »

Kalau kau perasan, kat blog aku dah mula ada bintang-bintang. Jadi, kalau kau rasa entri aku best, ko letaklah 5 bintang. Kalau kau rasa hampeh, ko letak lah 1 bintang. Setiap suara yang tidak didengar akan diperhatikan. Terima kasih.

Huhu..GODA hampir sampai ke penghujung siarannya. Dan langkah 8TV untuk menangguhkan tayangan GODA pada hari raya boleh dikatakan sebagai bijak kerana terdapat sebilangan pengikut setia yang tidak dapat melapangkan diri mengadap TV. Aku pun hampir mati nafsu nak mengadap kuih raya bila kat kepala asyik fikir pasal GODA je.

Ada juga sebilangan blog yang aku lihat baru mula membuat ulasan dan pandangan mereka tentang GODA. Mungkin mereka baru sedar akan kehadiran drama tersebut atau mereka baru berpeluang untuk berkongsi cerita di blog mereka. Apa-apa pun, korang boleh menonton Drama ni di web 8TV atau memuatturun DI SINI.

Ok. Sebelum bermulanya tayangan episod terkahir drama GODA nanti di 8TV. Apa kata kalau kita berspekulasi akan apa yang bakal terjadi di episod terakhir GODA nanti.
  1. Siapa sebenarnya M [bukan siapa pelakon yang bawa watak M]? Kenapa dia membantu para lelaki yang menghadapi masalah dalam percintaan? Apa sejarah yang berlaku pada diri beliau sehingga dia menjadi tempat para lelaki menyandar harapan? Atau dia sekadar suka-suka?
  2. Dapatkah Sanya membongkar identiti M. Apa kesudahan bila Sanya dah tahu siapa M sebenarnya? Dan apakah kesudahan cerita Sanya dengan Zul?
  3. Apakah kesudahan cerita Burhan dan Adela? Adakah M berjaya menyatukan Burhan dengan Adela atau Burhan sendiri dengan usahanya menggoda Adela?
  4. Bagaimana pula dengan Adam? Adakah dia berjaya memilik Adela atau terlepas dan membawa dirinya ke luar negara?
  5. Perlukah GODA diteruskan ke musim ke-2?

  6. Dan soalan cepuemas.
  7. Kau rasa siapa sebenarnya miss behind GODA ni? Aik, dah macam M pula dia ni dan aku pula Sanya yang perlu mencari identiti dia. Hahaha. KLIK SINI untuk senarai nama ramalan.
Tunggu nanti entri ulasan aku untuk Drama GODA episod 8. Episod terakhir untuk musim pertama.

Dup dup... Dup dup..


Goda 8TV #07

Dicatat oleh PakciQue | 9/26/2008 07:13:00 AM | , , | 7 Komen »

Oh. Mingu yang penuh dengan gelak ketawa dan kekecewaan.

Ops. Ni bukan cerita aku. Tapi cerita Sanya dan Burhan. Yap. Minggu ni, cerita lebih terfokus pada cerita mereka berdua. Tiada cerita tentang Adela. Tiada cerita tentang mereka yang lain yang ada masalah. Aku rasa minggu depan pun mungkin takde dah kot.

Bagi yang tak sempat nak menonton dan ingin menonton secara online tapi tak larat nak tunggu buffering dari 8TV, bolehlah memuatturun drama GODA DI SINI.

Macam selalu-selalu. Sama seperti minggu sebelum-sebelumnya, aku pecahkan ulasan dan review aku kepada watak dan penceritaan. Dan sebelum terlupa, tajuk minggu ni Aku Masih Di Sini.

Bad things happen. That life. Bila benda tu jadi, satu yang you mesti ingat, jatuh tak bermakna gagal. Tapi you gagal bila you tak bangun balik. Kuatkan semangat. Apa saja yang you nak luahkan, I boleh dengar. Tapi I tak boleh buat you bangun kalau you sendiri tak nak. Hope to here from you soon. -M

Sanya & Harian Kota

Cerita dimulakan dengan Sanya mendapat mimpi. Seolah-olah [bekas] teman lelakinya, Zul mendapatkan khidmat nasihat M. Dah macam cerita seram pula.

Ha. Minggu lepas, kamera jurukamera Sanya rosak. Tak tau apa masalah. Tapi, segala gambar ketika membuat liputan majlis perkahwinan Tengku Tamrin dan Masnita tidak ada. Dan ini telah menimbulkan kemarahan kepada En Zainal. Takdelah teruk kena marah. Tapi, memang frust betul En. Zainal tu.

Yang tak tahan, siap En Zainal ugut nak blacklist nama Sanya di semua media percetakan yang ada di Malaysia dan Singapura termasuk Kepulauan Batam. Sebenarnya agak familiar dialog yang diucapkan oleh Radhi Khalid ni. Ia adalah hampir sama dengan dialog Phua Chu Kang.

Dan, Sanya perlu memikirkan satu cerita sensasi yang akan menggantikan ruangan yang sepatutnya diisi dengan cerita Perkahwinan Tengku Tamrin dan Masnita.

Apa yang Sanya buat? Dia buat artikel untuk membongkarkan rahsia identiti M. Wah. Sudah agak melampau minah ni. Dan, En. Zainal telah menambah 'garam' dengan menawarkan wang tunai RM15,000 kepada yang berjaya membongkar identiti M.

Eh! Kenapa nama Musly Ramlee ade dalam cerita pasal M?

Dan bermula episod lucu bila ramai yang mengaku dirinya M, abang M, kekasih M, isteri dan anak M, jiran M, anak murid M. Memang kelakar lah. Kalau aku, aku akan cakap M tu teman sepermainan aku. Kecik-kecik dulu kitorang main guli sama-sama. Kalau kau, nak M ada pertalian apa dengan kau?

Dan kerana Sanya, M tidak bertugas di Konti Hangat FM. [Kalau dalam cerita FARA, mereka spoof Hot FM dengan Panas FM]. Betul-betul memberikan tekanan pada M.

Dan ketika Sanya menerima panggilan telefon dari Burhan, datang pula si Zul. Apa motif mamat ni? Apa kaitan percintaan mereka dalam penceritaan ini?

Burhan, Rina & M

Nampaknya Burhan betul-betul frust tertonggeng. Terlingkup. Hidup yang semakin tidak terurus. Dan Burhan seperti ingin terjun dari apartmen. Dan M nampaknya betul-betul nak sangat membantu Burhan. Bukan setakat bertanyakan kenapa tak balas emelnya. Bahkan memberikan nombor telefon kepada Burhan.

Sebelumnya, Adela menceritakan bagaimana dia boleh berkenalan dengan Adam dan kenapa dia begitu tertarik dengan Adam. Sehinggakan tragedi Highland Towers yang semakin dilupakan tu, tiba-tiba menjadi sebahagian dari kisah hidup Adela dan Adam. Dan kau perasan tak, cara Adela memain-mainkan cincin pada jarinya sama ketika dia memain-mainkan jarinya yang tiada cincin pada episod 2. Hm...

Dan, nampaknya kali ni bukan M yang berjaya membuka hati dan mengubat luka Burhan. Tetapi Rina. Ingat lagi tak si budak comel ni?

Rina tahu, Uncle tak happy. -Rina
Rina kalau tak happy, Rina buat apa? -Burhan
Hm, Rina pergi taman atau makan makanan yang buat Rina happy. Tapi, yang penting Rina akan fikirkan tentang orang yang sayang kat Rina. -Rina
Macam Uncle? -Burhan
Mestilah. Bukan Uncle saja, kalau Rina sedih. Samalah dengan Rina, Rina tak suka Uncle sedih. Rina sayang Uncle. Kita kena selalu happy, barulah datang benda yang baik. -Rina
Ahha... -Burhan
Setiap orang yang hidup dalam dunia ni, tentu ada sebabnya. Macam Rina. Rina buat mama happy. Tapi, kadang-kadang Rina buat mama marah juga lah. -Rina
Mana Rina belajar semua ni? -Burhan
Rina belajar kat TV. -Rina
Lihat, betapa TV sebenarnya memberi pengaruh kepada kanak-kanak. Kalau positif yang ditonton mereka, maka positif lah yang mereka ceduk. Kalau sebaliknya, Lu fikir lah sendiri.

Dan apa motif Burhan menelefon Sanya untuk membantu dia mendedahkan identiti M?

Kata orang, hidup ni ibarat roda. sekejap kita di atas. Sekejap di bawah. Masa di bawah, kita rasa macam langit dah nak runtuh. Tapi sebenarnya, esok, lusa, minggu depan, semuanya boleh berubah. -M
Ulasan

Episod yang semakin mendebarkan. Aku tak sabar nak tunggu minggu depan. Agak-agak ada musim kedua tak?

Dan lakonan yang meyakinkan terutama dari si cilik tu [Rina]. Dia siapa eh? Dialog dia tidak seperti menghafal skrip dan tidak kaku. Tidak seperti pelakon kanak-kanak yang sebaya beliau.

Adela suka Adam sebab patung beruang koyak? Ya, nasihat dari aku. Wanita suka lelaki yang ada menyimpan patung beruang. Pada mereka, anda seorang yang berjiwa lembut [tolong bezakan dengan lelaki lembut]. Tapi, bagi lelaki, anda tidak cool kalau ada menyimpan patung beruang.

Dan reaksi dan mimik muka Sazzy ketika menemuramah mereka yang berkaitan dengan M sangat sweet. Comel lah. Dan aku suka dengan Aunty yang mengaku sebagai Jiran M dan wanita yang mengaku sebagai isteri yang ditinggal M. Siap bawa anak lagi. Tapi, apa pasal warna lain? Hahaha.

p/s: Berapa banyak 'Dan' da...!

Goda 8TV #06

Dicatat oleh PakciQue | 9/19/2008 08:37:00 AM | , , , | 13 Komen »

Pertama sekali. Aku nak minta maaf bebanyak kat kau orang semua sebab aku lambat sangat nak update blog pasal Goda episod 6 ni. Satu-satunya akses aku kepada dunia internet adalah di pejabat. Dan hari ni aku sangat sibuk. Di samping tu, aku merasakan sedikit tekanan untuk membuat ulasan sebab aku takut aku tak dapat nak memberikan ulasan yang lebih baik dari ulasan aku yang sebelum ni. Akhirnya, kau akan menjadi bosan dengan ulasan aku yang entah apa-apa.


Ok, tanpa berceloteh dengan lebih panjang. Aku terus je mengulas drama GODA episod 6. Minggu ini dengan tajuknya "Mungkinkah ini peluang aku?" adalah sambungan secara terus daripada episod 5 dan GODA episod 4. Kenapa aku cakap macam tu. Sebab cerita untuk minggu ke-6 ni masih lagi berkisar disekitar majlis perkahwinan Tengku Tamrin dan Masnita [episod 5] dan terdapat juga sambungan dari cerita Deen dan Zora [episod 4].

Ok, macam biasa. Aku pecahkan ulasan aku berdasarkan watak dan penceritaan setiap watak.

Kalau nak hidup, kenalah berusaha. Apapun yang kita nak takkan datang tanpa usaha. Kadang-kadang memang rasa macam nak berserah je pada nasib. Tapi, apakah nasib akan menyebelahi kita? - M
Adela & Burhan | Dato Razak | Baharom

Huh! sempat lagi tu lagi tu nak berilusi dah kahwin dengan Adela. Walaupun tengah kelemasan sebenarnya. Yang tak tahan, siap ada cakap-cakap yang bukan-bukan pula tu. Kalau dengar betul-betul ada suara cakap

Betul nyah. Tak lama lagi cerai lah tu.
Hampeh!

Dan seperti yang dijangka, lelaki misteri tu [oh, nama dia Baharom] terjun ke kolam untuk selamatkan Burhan. Kalau sekali tengok, macam cetek je kolam tu kan. Dan perlu ke ada bunyi blup blup blup macam kat dalam akuarium?

Dan agak cliche bila Dato Razak cakap Baharom membeli Penthouse paling mahal di The Corona. 2.5 Juta tu! Dato' Razak ada menjelaskan tentang hubungan dia dengan Baharom. Tapi, aku tak berapa dengar dengan jelas. Tolong!

Apa-apa pun, aku suka babak antara Burhan dan Adela. Sweet.

Nah! -Adela
Oh! Banyak nya. -Burhan
Kalau you nak, you mkn je*. Tak habis tinggal. -Adela
Thank you. Buat susah-susah je. -Burhan
Tak susah lah. I feel so bad for what happen. You sure you ok? -Adela
Yeah! I'm sure. -Burhan
Tapi you terhantuk teruk tau tadi. You might have concussion. Jom lah I bawa gi hospital. X-ray. -Adela
Eh! Tak... Takpe! Takpe! Tak payah lah. -Burhan
Mana terhantuk tadi. Meh I tengok. Here? -Adela
Ouch! -Burhan
Ha! Tau pun sakit. Jom lah I bawa you gi hospoital. You ni, depan I tak payah lah nak berlagak macho. -Adela
Depan Cik Adela lah I kena macho. -Burhan
Berapa kali lah I nak cakap. Tak payah nak Cik Cik. Adela je. Depan I kenapa nak macho-macho pula? -Adela
Kalau I lembik, macam mana I nak impress adela? -Burhan
Kenapa you nak impress I pula? -Adela
... -Burhan
Burhan! There you are! - Dato Razak
Hampeh tol Dato Razak ni. Kacau daun lah. Gi main jauh-jauh. Shuh..Shuh..

Dan apekejadahnya tiba-tiba ada si Adam. Ni lagi sorang watak yang masuk tak bagi salam. Tapi, berdasarkan dialog mereka yang tak berapa jelas di pendengaran aku, Adam ni merupakan pekerja The Corona Holdings di luar negara. Dialog yang ringkas untuk memperkenalkan watak. Tahniah! Aku suka!

Deen & Zora

Aku ingatkan cerita mereka dah habis. Dah takde sambungan. Rupanya masih ada isu yang tak selesai lagi.

Secara ringkasnya, aku dapat faham kenapa Zora tak suka atau cuba menjauh kan diri dari deen. Zora rimas bila sentiasa disogokkan dengan wang bila hubungan mereka ada masalah. Apa yang Ziora mahu adalah perbincanan dan penyelesaian. Ternyata wang tidak menyelesaikan masalah mereka dan tak membantu mengukuhkan/menyelamatkan hubungan mereka.

Babak gadis restoran yang mencuba kasut yang sepatutnya untuk Zora tu tak ubah macam cerita Cinderella. Dah lah Zora cuba pakai, tapi tak muat. Kemudian gadis tu cuba, terus ngam. Muat-muat. Seolah-olah nak bagitahu yang gadis tu lah cinta sebenar Deen. Tapi, terlalu awal dan terlalu kebetulan pula kalau begitu nanti jalan ceritanya. Apa-apa pun, kau memang cun lah.

Dan, pepatah bapa borek anak rintik menjadi intipati kepada jalan cerita Deen. Bapa Deen juga sentiasa menyogok Deen dengan wang [rujuk episod 4]. Dan Deen fikir, itulah langkah yang sewajarya dia buat pada Zora. Tapi ternyata. Dia silap. Kesudahan dengan mengajak bapanya berjumpa kaunselor umpama membeli bateri untuk lampu suluh. Usaha untuk menyuluh jalan sudah nampak walaupun kita tak tahu lagi lampu suluh tu elok ke tidak. [Pepandai je aku buat pepatah sendiri].

Tengku Tamrin & Masnita

Timing salah. Tak kena masa. Kalau aku, memang tension dan frust. Kalau sekali takpe gak. Ni dua kali. Huhuhu. Memang kau dilahirkan ketika bulan terlindung dek awan yang kelam lah wahai Masnita.

Tak banyak yang aku dapat ulas tentang cerita mereka ni. Tapi, aku tabik dengan cara Tengku Tamrin melayan kerenah Masnita yang agak kebudak-budakan.

...I love u because you strong. You know what You want. Yo go for it. You tak kisah apa orang cakap pasal you pon. I love that. - Tengku Tamrin
Ulasan Tambahan

Kerana episod minggu ni dan episod minggu lepas bertemakan perkahwinan, kau dapat lihat begitu banyak pelakon tambahan digunakan. Kalau setakat watak-watak lalu lalang, aku tak kisah. Tapi kalau watak tu masuk dalam kamera [enter frame], harap dapat pastikan lakonan mereka meyakinkan dan tidak kelihatan dibuat-buat.

Aku kesian tengok makcik dan pakcik ni berlakon. Sebenarnya watak/lakonan mereka yang diberi fokus walaupun ketika itu adalah babak Burhan muntah air. Alahai.

Tak banyak juga yang dapat aku ceritakan atau ulas mengenai Sanya. Kerana majlis perkahwinan ni, misi utama Sanya seakan-akan dah ghaib. Tapi, aku suka tengok shot dari atas ketika Sanya dan jurukamera dia duduk di tangga. Huhuhu. Boleh pula dia seronok sebab gambar dalam kamera tu takde. Sebab kad memori nya rosak.

Dan untuk minggu ni dan minggu lepas, M tak berlakon pun. Yang ada hanya suara sahaja. Sedikit bosan sebab M tak dapat nak tunjuk skil dia selesaikan masalah cinta orang lain.

Beranikanlah diri. Kalau nak tunggu masa yang sempurna, mungkin takkan datang. Kita yang kena buat situasi tu sempurna. Saya tau awak boleh. Jangan putus asa. Teruskan usaha awak Burhan. -M
p/s: Berdasarkan sedutan minggu depan diakhir cerita. Aku dapat rasakan episod minggu depan akan menjadi episod yang kelakar. Mesti pecah terburai perut aku.

p/s/s: Miss Behind GODA: You klik kat sini. Then you tengok ada tak nama you dalam list ni. Then, leave comment ok.

* sebenarnya kalau kau dengar betul-betul. Adela cakap

Kalau you makan, you nak je. Tak habis tinggal. - Adela

Goda 8TV #05

Dicatat oleh PakciQue | 9/11/2008 10:41:00 PM | , , , | 26 Komen »

Pertama kali dalam sejarah. Aku tak pernah dapat komen sebanyak ni. Wah. Tiba-tiba aku dapat rezeki terpijak pula. Untuk entri Goda episod 4, aku dapat 1719 komen [termasuk 67 komen balas dari aku]. Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi memberikan komen. Aku hargai sangat-sangat.

Kalau kau baca komen di situ, ada isu mengenai penggunaan Anonymous. Takpe. Nanti aku update dalam entri yang lain.

Dan mengenai soalan pengambaran pada waktu senja atau pagi. Aku mendapat banyak reaksi. Sehinggakan orang dibelakang tabir bagi drama GODA ini sendiri yang memberikan jawapan yang sebenar. Hakikatnya, aku sendiri menyangkakan pengambaran ini dilakukan pada waktu senja.Ketika Burhan dan Adela naik ke bumbung bangunan, kelihatan, ada kesesakan jalan raya di bawah sana. Aku tak taulah kalu pagi-pagi KL dah jam. Selain dari tu, berdasarkan gambar contoh yang aku beri, kelihatan lampu di KLCC dan Menara KL tidak menyala. Apa maksudnya? Apa hujah kalian?

Ok, kita berganjak ke episod minggu ini. Antara Dua Darjat

Sebenarnya, aku sedang menunggu video GODA untuk minggu ni dimuatnaik. Aku terlepas 2-3 minit awal cerita. Dan aku juga perlu mendengar berkali-kali apa yang M akan kata/nasihat.

Satu: Kent & N

Kent, 23 mempunyai seorang kekasih berusia 25 tahun. Tapi bagi Kent itu bukan suatu masalah. Yang menjadi beban difikiran Kent adalah dia berkasih dengan gadis yang berasalkan dari golongan berada. Sedangkan dia datang dari keluarga susah dan perlu menanggung emaknya di kampung dan adiknya yang belajar di kolej.

Yang menjadikan masalah semakin membebankan adalah bila Kent tidak dapat membelikan hadiah istimewa [dari segi harga] kerana wang yang dikumpulkan telah dicuri. Harijadi Kent 1 hari lebih awal dari N [Kent 22 Ogos; N 23 Ogos]. Dan Kent percaya mesti N dah belikan hadiah istimewa dan mahal.

Hakikatnya, aku sendiri pun kadang-kadang tak belikan hadiah yang mahal-mahal untuk Fara. Tapi, aku suka cari dan belikan sesuatu yang murah pada harga tapi mahal dan eksklusif pada dia. Kadang-kadang benda percuma pun aku berikan pada dia.

"Kent, saya dapat baca yang awak rasa tertekan bila N membelanjakan duit untuk awak. Mungkin juga awak rasa kemampuan awak tercabar. Tapi kalau awak tak berhati-hati, perasaan negetif ini akan meracun hubungan awak. Awak mesti selalu ingat niat girlfriend awak ikhlas. Dia cuma nak awak happy. Kalau awak tak selesa, tunjuk pada dia yang banyak cara lain lagi dia boleh buat awak happy. Sama juga dengan awak. Banyak cara lain untuk awak membuat dia senyum selain hadiah mahal. Dia bukan bersama awak sebab duit. Apa yang boleh awak berikan dia yang orang lain tak boleh bagi." - M

Pergh, sekali N bagi laptop lah. Tapi, aku tak dapat nak tengok dengan jelas, laptop apa yang dia berikan. Aku cuma nampak ASUS je.
Dan aku pernah berikan 'hadiah' slideshow ni kepada Fara. Tapi, aku guna PowerPoint je. Kent, guna apa tah. Tapi, macam video editing punya software je.

Dua: Burhan & Adela | Sanya

Burhan telah berjaya meyakinkan Datuk Razak akan pelan strateginya untuk The Corona. Tapi, bagi Adela, ia seperti ada yang tidak kena. Mungkin idea Burhan tu agak cliche atau dah basi. [Memberikan keychain sebagai cenderahati adalah basi. Tapi kalau disadur dengan emas 24 karat, umpama telur masin. Sedap pada aku, mungkin tidak pada golongan elit itu].

Salah satu sebab, mungkin Burhan tak kenal dengan golongan-golongan yang akan menjadi pembeli berpotensi. Jadi, Datuk Razak mencadangkan Adela membawa Burhan ke Majlis Perkahwinan Tengku Tamrin dan Masnita. Dan buat sedikit kajian pemasaran.

"Hula Hula Happiness!"

Artikel Sanya pula mendapat pujian dari En Zaizal. Tapi, bagi En Zainal, cerita tersebut tidak habis lagi. Dan menyuruh Sanya membuat sambungan. Kemudian menyuruh Sanya membuat liputan mengenai perkahwinan Masnita dan Tengku Tamrin.

Ha, pening Sanya nak fikirkan tajuk artikel yang sesuai. Kalau kau jadi Sanya, kau nak pilih tajuk yang mana?
  • PERSPEKTIF LELAKI SAJA
  • TEKA-TEKI?
  • LAYAK/TAK LAYAK
  • BERI NASIHAT TANPA KISIKIRISIKO/TANGGUNGJAWAB
  • KENAPA BERAHSIA?
[KISIKI tu amende eh?][Terima kasih kepada nuhamuneerah abdhakim atas pembetulan ini]

Tiga: Burhan, Adela & Datuk Razak | Sanya & Jurukamera | Tengku Tamrin & Masnita | Stranger

Burhan sepatutnya dibawa Adela untuk berkenalan dengan pembeli-pembeli berpotensi, tapi ditinggalkan Adela bila dia berjumpa dengan rakannya. Maka, terpaksalah Burhan melepak dengan Datuk Razak dan rakan-rakannya. Tapi, mungkin dia tidak selesa. Maka, dia beredar untuk bersendirian.

"Bagus budak ni. Cerdik Tan Sri. Very bright future. If you are looking for son in law. I recomande this guy" - Datuk Razak

"No, no Datuk. I don't want any son in law that just cleverer than me. It is to dangeraus to me, Datuk." - Tan Sri.

"Hahahahahahahahaha" - Datuk Razak & Tan Sri.

Apa jenis lawak ni? Lawak orang kaya ke?

Kemudian, Burhan berjumpa pula dengan seorang lelaki misteri lakonan Zaidi Omar. Dan ternyata lelaki ini telah memberikan Burhan sedikit idea tentang bagaiaman menarik minat pembeli terhadap The Corona.

Adegan Sanya menemubual Masnita membuatkan aku tergelak. Terutama bila Masnita memarahi seseorang.

"Tina! Tina! Baju Hawai mana haa! Macam mana designer tak sampai-sampai lagi. Apa terhegeh-hegeh sangat ni. Dari Kelantan ke apa?! Errghhh!" - Masnita

Empat: Zerry Zamri & Hatta Dolmat

Sudah. Bila dua pereka fesyen bergaduh. Aku yang tak pernah tempah baju kat pereka fesyen pun pening kepala. Tapi, kelakar lah. Walaupun lakonan mereka tak berapa sangat. Tapi, membuatkan aku tersenyum sorang-sorang.

"Masnita!" - Zerry Zamri & Hatta Dolmat.

"We have a problem." - Hatta Dolmat

"Hey Hatta Dolmat. Siapa suruh kau buat skirt yang warna hijau tompok-tompkok purple. Hello, Setan mana yang nak pakai ni?" - Zerry Zamri

"Hello, habis tu kau nak suruh aku buat skirt nipis biar suma orang tengok bra kau yang bijik dua ketul yang terang benderang ni. Tolong lah Zerry Zamri." - Hatta Dolmat

"Eee, Oh my god! Habis tu I nak pakai baju apa?!" - Masnita

"Sayang. Pakai skirt I ni sebab I ada bawa bra best dengan you. Memang cantik untuk you. You jangan risau." - Hatta Dolmat

"Hey Hatta Dolmat. Kau saja kecik keji kan. Kau memang nak sabotaj aku kan!" - Zerry Zamri [Thanx to Zery Zamry]

"Hey Zerry Zamri. kau pergi balik. Kau pakai bra kau yang ..." [aku tak dapat nak tangkap dialog dia. Tolong aku.] - Hatta Dolmat

"Kau saja kan nak sabotaj aku!" - Zerry Zamri

Ulasan

Episod minggu ni sebenarnya kurang memberi impak kepada aku. Mungkin salah satu sebab, tugas M dikurangkan pada episod kali ni sebab nak beri laluan kepada watak Tengku Tamrin dan Masrina. Cerita Kent dengan N pun selesai dengan terlalu mudah. Jadi, kurang impak.

Tapi, aku suka dengan karisma Zaidi Omar yang cuba membantu Burhan. Dan nampaknya dia tahu apa yang Burhan mahu. Walaupun mula-mula aku ingatkan dia merupakan seorang yang bekerja di syarikat pesaing.

Scene under water sangat cantik. Sekurang-kurangnya aku terhibur juga dengan shot-shot begini. Walaupun adegan Burhan terhantuk kepala di dinding kurang meyakinkan, tapi adegan dia jatuh ke kolam dan terapung-apung seketika sebelum tenggelam nampak sangat cantik dan meyakinkan.


Dan shot-shot makanan juga cantik. Nasib baik GODA ditayangkan malam. Kalau sebelum waktu berbuka, terGODA tau. Ni pun, masa tengah nak muatnaik gambar ni pun, tiba-tiba perut aku berbunyi. Huhuhu.

p/s: Walaupun banyak spekulasi berkenaan pelakon yang memegang watak M. aku berharap wajah M tidak disiarkan. Walaupun pihak penerbit memberitahu siapa yang meminjamkan suaranya untuk M. Tapi, janganlah di dedahkan wajah M. Biarkan rahsia. Sama seperti watak Charlie dalam Charlie Angels. Biarkan sahaja M terus menjadi misteri.

p/s/s: Oh ye, salah seorang komenter menyuruh aku meneka siapakah dia berdasarkan kredit di akhir drama GODA. Hm, kepada Cik Behind GODA, boleh bagi 1,2 hint tak? Saya ni seorang pemerhati, bukan tukang tilik walaupun saya ni seorang magician. Hehehe.

ihsan: http://www.8tv.com.my

Goda 8TV #04

Dicatat oleh PakciQue | 9/06/2008 11:24:00 AM | , , , | 22 Komen »

Kah Kah Kah. Pecah perut aku tengok Goda episod kali ni. Penuh dengan dialog dan adegan yang lucu. Tak kurang juga beberapa shot yang cantik. Akan aku huraikan satu persatu mengikut plot dan sub plot. Apa-apa pun, ini adalah episod terbaik setakat ini.

Pertama: Deen dan Zora

Isunya. Masalah komitmen. Deen seolah-olah takut untuk memberikan komitmennya kepada Zora. Dia takut untuk berbincang tentang masa depan mereka dengan Zora. Itu yang buat Zora bengang dengan Deen sehingga mereka terpaksa berjumpa dengan Kaunselor. Hakikatnya, Deen memang sayangkan sangat Zora.

Deen, memang hantu bola, sampaikan masa dia telefon M untuk dapat nasihat pun, dia banyak menggunakan terma-terma bola sepak. Metafora namanya. Tapi, Deen ni nampak macam sengal juga.

"Deen, try steping into Zora's shoes for a moment". -Kaunselor

"Step into her shoes? I always do that what? Zora nak beli kasut, I follow". - Deen

Sudahnya, Zora mengajak Deen untuk berpisah seketika. Suatu kejutan bagi Deen. Jelas menunjukkan Deen tak boleh hidup tanpa Zora. Dan sanggup lakukan apa sahaja agar hubungan mereka kekal termasuk berjumpa dengan kauselor seperti yang dicadangkan oleh Zora.

Dan kerana kasut, Deen pergi tempah kasut [custom made] yang menepati ciri-ciri yang ada pada Zora untuk dihadiahkan kepadanya.

Kedua: Sanya dan M

Masih dengan misi 'jahatnya'. Kali ni, Sanya bertindak lebih agresif bilamana dia telah meminta rakanya, Budi untuk membuat panggilan ke M dan menyamar konon-kononnya ada masalah.

"Ok, nampaknya kita dah ada pemanggil seterusnya untuk malam ni. Hello, M di sini. Dengan siapa saya bercakap?"

"Ah. Bu..."

"Bu Bu Bu..?"

"Bu..Kan..Ah, Bu.."

"Ok, nampaknya gementar sikit kawan kita ni. Apa kata kalau you ceritakan dulu latar belakang you."

"Ehem! Actually, I 45 tahun. I Ada masalah. Hm, Tak boleh puaskan my wife. So, apa yang harus I lakukan M?"

"Ok. Hm, Bu Bu Bu...?"

"Bulldozer?"

"Ok Bulldozer. Masalah you ni sebenarnya normal dan takde apa yang nak dimalukan. Yang penting sekali komunikasi. Bincang dengan isteri you tentang apa yang dia suka. You boleh belajar skil baru. Contohnya mengurut dengan minyak-minyak aroma. Be creative. Hubungan kelamin tak semestinya fokus pada satu benda sahaja. Don't limit yourself. Dunia asmara tu memang luas, Bulldozer."

Talian Putus.

"Hello, are you still there? Takpelah, kita ucapkan good luck pada Bulldozer."

Memang pecah perut lah. Tapi, apa yang M katakan tu memang benar. Kepada yang dah kahwin dan bakal kahwin tak lama lagi, gunakan nasihat M sebagai rujukan ok.

Dan dek kerana panggilan telefon tu, Sanya telah berjaya menyiapkan artikelnya yang pertama mengenai M bertajuk... Err, sebenarnya mana satu eh. Dalam email Sanya, dia letakkan nama tajuk sebagai "Siri Mengenal Cinta". Tapi, dalam akhbar, "Tip Menggoda atau Memperdaya?"

Ketiga: Burhan dan Adela.

Peluang kedua. Itulah yang dapat dirumuskan bila Adela memaafkan kesilapan Burhan walaupun dengan berat hati. Dan Burhan perlu menggunakan peluang tu untuk memikat semula hati Adela dengan menghasilkan pelan strategi pemasaran baru yang lebih baik.

"Nampaknya Adela dah beri awak peluang kedua. That's good news, Burhan. Tapi... takde gunanya peluang kedua kalau awak hanya akan ulangi kesilapan dulu. fikir baik-baik. Apa yang awak boleh ubah ataupun buat cara lain. Tapi, jangan pula sampai awak berpura-pura jadi orang yang bukan diri awak sebernya. You have to be clear. How you can do things better but still be yourself." - M

Pasti tergelak bila melihat Adela mengubah personaliti Burhan dengan membelikan pakaian yang baru serta gelagat Adela di bilik persalinan. Tidak kurang juga mimik muka Adela yang cute bila melihat Burhan menggoda wanita yang sedang membaca novel "Kite Runner" tulisan Khaled Hosseini. Sebenarnya, Adela yang paksa Burhan pergi menggoda wanita itu selepas dia nampak, wanita itu memperhatikan Burhan.

Dan sudah semestinya, adegan bermain layang-layang di atas bangunan adalah suatu yang membuatkan aku tersenyum. Idea romantik yang patut kau aplikasikan. Berikan kejutan pada yang tersayang. Shot yang cantik. Tapi, aku ada satu soalan. Kau rasa semasa pengambaran tu, dibuat betul-betul pada awal pagi atau sebenarnya di buat pada waktu senja yang seakan-akan pada waktu pagi? Sila tinggalkan jawapan kau diruangan komen ok.

Klu ada di sini

"Peluang kedua jarang datang. Sesiapa yang dapat, hm, memang bertuah. Tapi tak semuanya tahu nak hargai. Ramai yang buat balik kesilapan lama. Bukan sengaja. Cuma, mungkin tak tau apa lagi nak dibuat. Jadi jangan takut nak minta bantuan. Segan bertanya, sesat jalan kan? Kalau malu nak telefon saya, carilah kawan yang lebih berpengalaman..." -M

Ulasan

Seperti yang aku katakan tadi, ini adalah episod yang terbaik setakat ini. Aku sangat puas. Dan aku tak bosan mengulang tonton episod ini di web 8TV. Dan kalau kau perasan, terdapat pengiklanan dari penaja yang diletakkan pada tempat yang betul [Syampu Clear]. Sekali ditunjukkan Burhan menggunakan syampu tersebut di bilik mandi. Dan 3 kali perkataan Clear digunakan. Cuba ulang tonton semula. Dan kau akan perasan akan hal ini.

Kesilapan teknikal sekali lagi. Kau perasan tak yang PC di pejabat Burhan semuanya gelap. Aku tak rasa ia akan sebegitu kalau di shot oleh kamera. Tapi, aku rasa ia sengaja tidak di hidupkan sebab nak mengelakkan monitor komputer itu berkelip-kelip bila di shot. Satu lagi,masa Sanya hantar email ke Bos dia, En. Zainal berkenaan artikel yang telah dibuat tu, kalau perhati betul-betul sebenarnya email tu kena tendang semula sebab email tu tak wujud. Tapi, sebelum Sanya berangkat pergi, kedengaran satu bunyi dari tempat En. Zainal yang menandakan ada emel baru masuk.

Dan terdapat pula spekulasi yang mengatakan bahawa M itu adalah lakonan Zizan Nin. Hm, nampak macam dia. Tapi, aku lebih suka kan elemen kejutan walaupun aku sendiri nak tahu siapa yang memberi pinjam suaranya untuk M, tapi lebih baik identiti M terus di rahsiakan.

Kredit: http://www.8tv.com.my


Goda 8TV #03

Dicatat oleh PakciQue | 9/03/2008 04:37:00 PM | , , | 0 Komen »

Huhuhu. Aku terlepas menonton drama ni minggu lepas. Sebab aku dalam perjalanan dari JB ke Shah Alam. Dalam kereta. Jadi, aku menonton di web 8TV je. Itu pun, hari ni baru dapat tonton. Sebab tak dapat nak online. Hampeh.

Untuk minggu ni, Goda membawa tajuk Mesra Tapi Kawan. Hm. Macam hampir tajuk lagu Teman Tapi Mesra pula.

Untuk kali ni, lebih banyak penggunaan dialog berbahasa inggeris yang digunakan. Aku terpaksa ulang dengar beberapa kali untuk menangkap apa yang diucapkan oleh pelakon tu. Aku rasa, ni mesti ada masalah dengan boom mic masa shoting. Aiyoh!

"Soalan paling kerap orang tanya. Apa rahsia mencari cinta? Kenapa sesetengah orang, sentiasa dikelilingi cinta. Tapi, bagi orang lain pula, cinta seolah-olah tak nampak mereka.
Hm, sebenarnya cinta tak banyak berbeza dengan benda lain dalam hidup. COntohnya, jual beli. Apa yang buat kita pilih satu barang, dan bukan barang yang lain." -M

Dilema kali ni, datang dari C yang menaruh hati kepada G yang seakan-akan tidak memahami isi hatinya walaupun telah dicurahkan secara halus. Mereka telah berkawan hampir 3 tahun dan merupakan rakan sekerja. Dan keadaan bertambah rumit, bila ada seorang pesaing yang seolah-olah berebut untuk menawan hati nan satu.

Nasihat dari M:
  1. Persaingan bukan sesuatu yang negatif.
  2. Belajar dan kenalpasti kelemahan dan kekurangan pesaing.
  3. Cari daya penarik yang ada pada pesaing dan bentuk daya penarik yang sama.
  4. Berikan sesuatu yang lebih baik dari pesaing berikan.
Si Burhan pula sekali lagi cari pasal. Kalau minggu lepas, dia dengan berat hati menolak arahan Adela untuk menggantikan tempatnya di seminar. Kali ni, dia secara tidak sengaja telah ter'emel pelan pemasaran projek Corona kepada syarikat pesaing mereka. Sepatutnya ke Adela. Hm, benganglah si Adela tu. Kau memang sengaja cari pasallah Burhan.

"To err is human, to forgive, divine" - Alexander Pope

"If you know your enemies and you know yourself, you will not be imperil by 100 battles.

If you do not know your enemy, but know yourself, you will win one, and lose one

But if you don’t know your enemy and nor your self, and you will be imperil by every single battle."
-Sun Tzu

Tapi, aku suka babak masa Adela dan Burhan berborak di dalam kereta. Reaksi dan air muka Adela bila Burhan bercerita tentang seorang wanita ketika dia di kampus dahulu.

Drama ni betul-betul up-to-date dengan realiti kehidupan. Jangan tak tau, Adela ada akaun di Facebook dan menghubungi rakan lamanya untuk diajak keluar makan selepas ayahnya membatalkan makan malam mereka kerana menghadiri mensyuarat. Tak pasal-pasal, aku pun mendaftarkan diri di Facebook. Betul-betul penangan lah cerita ni. selain itu, ada juga di tunjukkan Burhan menghantar pelan pemasaran projek Corona itu menggunakan Gmail dan ber'YM dengan Adela. Kat ofis aku, YM diharamkan. Hampeh!

Sanya masih lagi dengan misinya membongkarkan identiti M. Email palsu yang dihantarnya kepada M sudah dibalas. Dan menjadi parah. Sanya digosipkan berskandal dengan En. Zainal. Bos akhbar tabloid tu. Dan aku suka dengan cara Sanya 'balas' balik gosip tu kepada sipembawa cerita.

Cerita ni memang lain dari yang lain.

Sanya juga ber'facebook, ber'YM juga dalam episod kali ini. Kan bagus kalau pihak produksi meletakkan link blog aku dalam salah satu episod cerita ni. Mungkin dalam musim ke2. Mungkin aku jadi watak yang ada dilema dan meminta bantuan dari M. Hehehe.

Bagi saya rahsia mencari cinta ialah... takde pape. Takde rahsia sebenarnya. Yang perlu ialah usaha dan keyakinan.
Kita mesti percaya yang baik tu,akan datang. Tapi yang paling penting, kita mesti kenal diri kita sendiri. Apa yang kita nak. Dan apa yang kita perlukan. Supaya bila yang baik itu datang, mata kita terbuka untuk melihatnya. -M

Ulasan

Aku dah ulas sikit-sikit dalam entri di atas. Aku cuma nak tegur sekali lagi. Dalam YM, adela minta dokumen dalam bentuk Power Point. Tapi, dalam emel, Burhan hantar file berformat *.doc (Word). Macam mana ni Encik Produksi. Tapi kan. Sebelum-sebelum ni. Dalam mana-mana drama. Aku jarang perhatikan benda-benda ni. Kalau dalam filem, selalu lah. Mungkin sebab aku terlalu terperinci dalam memahami drama ni. Maka, banyak kesilapan-kesilapan teknikal yang aku nampak walaupun kecil. Tu tanda aku prihatin.

p/s: Ada juga insan yang rajin membuat review drama Goda ini di Wikipedia.

Goda 8TV #02

Dicatat oleh PakciQue | 8/22/2008 08:59:00 AM | , , , , | 3 Komen »

Drama bersiri yang sepatutnya mendapat rating yang sangat bagus. Tapi, dek kerana bertindih dengan Kekasih Ku Seru, aku takut-takut drama ini takde siri ke-2 pula. Berdasarkan semakan aku, selepas episod ke-2 semalam, ada 3 pengguna [mungkin orang yang sama] yang membuat carian "Goda 8TV" atau "Series Goda 8TV" dan masuk ke blog aku. Tak tahulah sama ada untuk mendapatkan info atau mencari video. Kalau kau masuk untuk mencari video Goda, aku cadangkan kau ke web 8TV sendiri. Ok? Di sini cuma ada ulasan.

Alamak! Panjang pula pendahuluan.

Ulasan Episod #01 KLIK SINI

Ok, episod semalam, aku tak berapa tumpukan perhatian sangat terhadap dialog sebab agak bising suasana di dalam rumah aku. Jadi, aku akan review semula bila aku selesai menonton video dari 8TV.

Tajuk untuk episod ke-2 adalah "Ai Pecah Tembelang". Kelakar. Agak kelakar masa Nas-T nyanyikan lagu P. Ramlee yang dipetik dari filem Madu Tiga.

Untuk episod ke-2 ni lebih berkisar tentang perkara membuat pilihan. Setiap manusia sentiasa berdepan dengan satu keadaan yang memerlukan dia membuat pilihan.

"Dalam hidup, kita sentiasa berdepan dengan pilihan. Ada yang senang. BANYAK yang susah. Terutama sekali, bila kita mesti pilih antara dua keinginan. Dah naluri manusia. sentiasa nak kan yang lebih baik. Kita tak selalu bersyukur dengan apa yang kita ada. Kadang-kadang, kita yang dah dewasa ni pun tak dapat nak buat pilihan yang matang."-M

Episod semalam ada 3 sub plot iaitu cerita watak jemputan yang dibintangi oleh Nas-T sebagai Jejaka Idaman [JI], cerita Sanya dengan misi membongkar rahsia M, serta cerita Burhan dan Adela yang akan aku ulas satu persatu.

Satu: JI telah menghantarkan email ke M mengenai pilihan yang perlu dibuat terhadap 2 wanita yang disayanginya. Seorang yang telah lama berkawan sejak sekolah menengah lagi, D dan seorang lagi baru je kenal, F. Melalui Myspace. Ops!

[quote of the day]
"Ntah kenapa, mungkin bosan ataupun saja gatal..." - JI

Sekali lepas tu, kantoi lah pula dengan kawan kepada D. Amik kau! Kesudahan yang sangat azab. Tengok lah sendiri.

Moral. Jangan bagi kad kredit anda kepada wanita meskipun dia isteri kau atau tunang kau. Apatah lagi kalau sekadar awek. Hahaha.

Dua: Sanya pula masih lagi dengan misinya untuk membongkar identiti M. Dan dalam episod ni, Sanya telah didatangi mimpi. Mimpi apa? Kena tonton sendiri.

Di akhir episod, Sanya telah menhantar emel kepada M. Tetapi menyamar sebagai lelaki, Z [aku rasa bekas kekasih mungkin] yang sedang belajar di luar negara. Menjalinkan hubungan dengan gadis di sana tetapi ada wanita lain telah dikenali sejak di UM, S [Sanya lah tu].

"Nama saya Zul Z. Sekarang ni, saya tengah study untuk ijazah masters di UK. Saya telah menemui seseorang di sini bernama Mona. Masalahnya sekarang, saya juga ada seorang teman wanita di KL - junior saya ketika saya di UM dulu. Namanya Sanya S.Apa harus saya buat" -Sanya

Apa motif Sanya?

Tiga: Kali ni, kau di ajak berkenalan dengan Rina, anak buah kepada Burhan yang sangat sayangkan pakciknya. Adela meminta Burhan menggantikan tempatnya untuk menghadiri seminar. Alasan. nak pergi spa! Maka, Burhan terpaksa membuat pilihan antara menurut arahan ketuanya atau pergi bermandi-manda di Desa Waterpark bersama Rina seperti yang telah dijanjikannya.

Dan bercuti bersama Rina adalah pilihan dia. Masa tengok air muka Adela bila Burhan menyatakan pendirian dia, aku cakap;

"Burhan, kau buat spoil. Habis lah kau tak dapat nak Goda Adela!"

Tetapi, hadiah pelampung dari Adela kepada Burhan untuk Rina adalah tanda Adela tidak berkecil hati. Fuh! Lega! Keluar dari skeptikal filem/drama melayu.

"TQ 4 the floaties. Rina suka sgt. Sori tak dpt ganti Cik Adela kat seminar tu. Hope it's not as boring as you think it is." -SMS Burhan

"It's ok. I harap sangat ada orang dalam kehidupan I buat keputusan macam you. Especially when I was Rina's age. Rina memang bertuah" -SMS Adela

Apa yang Adela cuba maksudkan?

"Bukannya senang nak buat pilihan. Lepas pilih, kena pula hadapi kesan pilihan tu. Tapi, kalau lambat pilih pun, ada akibatnya juga. Yang dikejar mungkin tak dapat. Yang dikendong berciciran.
Tapi, pilihan yang dibuat dengan penuh keikhlasan dan mendengar kata hati, biasanya akan membawa HANYA yang terbaik untuk kita. DAN untuk orang lain juga.
Bagaimana dengan mereka yang terluka akibat pilihan orang lain? Sebenarnya, kita semua ada pilihan. Kita boleh pilih untuk terus terluka ataupun kita boleh pilih untuk memulakan hidup baru.
Mana satu pilihan kita?"
-M

Ulasan:
Untuk kau orang yang akan menonton semula Goda di 8TV, sila perhatikan dua kesilapan post produksi yang telah berlaku.

Satu: Ketika Burhan menyandarkan kepala Rina dengan pelampung, ada nampak tulisan di pelampung tersebut. Kemudian, pada shoot lain, tulisan itu telah hilang.

Dua: Ketika Sanya menaip di laptopnya, apa yang dilafazkan di bibirnya adalah tidak sama dengan apa yang ditaip di laptopnya. Yang aku quote kat atas tu, apa yang ditaip di laptop. Kalau kau orang rajin, tulis apa yang Sanya sebut ketika dia menaip di ruangan komen.

ALAHAI.

p/s: Sebab aku review drama Goda ni, aku dapat kawan baru.

GODA 8TV #01

Dicatat oleh PakciQue | 8/15/2008 11:55:00 AM | , , , , | 6 Komen »

Entri ini akan mengulas semula drama Goda yang disiarkan di 8TV setiap hari Khamis jam 9.30 malam.

Ah, kenapa mesti bertindih dengan drama Kekasih Kuseru kat TV3 tu. Aduhai. Dah lah cerita tu pun best. Bukan sebab aku tak tau nak pilih cerita yang mana. Tapi, aku takut nanti berebut dengan housemate aku pula. tapi, nasib baik semalam tiada orang di rumah. Kau gila apa nak layan cerita hantu sorang-sorang!

Episod pertama semalam merupakan Pilot Episode untuk memperkenalkan semua watak dan konsep drama tersebut.

Kita berkenalan dengan watak dan perwatakan seperti M, Sanya, Adela, Borhan, Chief dan beberapa watak sampingan yang lain.

Kita juga dibawa berkenalan dengan kemelut A (Amirul) seorang jurual kereta terhadap wanita impiannya, S (Shiela).

A, ada keyakinan, ada rupa tapi kaedah yang digunakan untuk mengoda S adalah tidak betul.

Tip dari M kepada A
  1. Tunjukkan keihklasan dan jangan buat dia terkejut.
  2. Macam kereta, takkan start enjin nak terus pecut; kena slow and steady.
  3. Boleh menghantar hadiah kecil yang tidak mahal tetapi memberi kesan [kunci pendua].
  4. Boleh menghantar SMS, tapi jangan sampai kelihatan mengganggu wanita itu.
  5. Buktikan anda bukan sahaja seorag jurujual kereta tapi juga seorang gentleman.
Burhan pula adalah eksekutif yang mempunyai perasaan terhadap bos dia, Adela anak seorang Datuk. Tetapi, Burhan ada masalah keyakinan diri.

Baca info lanjut sinopsis Drama ini di Sini dan Sini

Tip M kepada Burhan
  1. Masalah kurang keyakinan adalah masalah biasa yang takdelah besar sangat.
  2. Tunjukkan yang anda prihatin padanya. Mulakan dengan memuji wanita itu. Wanita memang sukakan pujian. Tapi biar ikhlas dan tidak nampak ada niat-niat yang lain.
  3. Keyakinan itu bermula dari diri. Tingkatkan keyakinan diri dengan memastikan keadaan fizikal dan mental dalam keadaan baik.
  4. Kadang-kadang benda-benda kecil pun boleh buat kita kurang yakin pada diri sendiri [seperti kelemumur].
  5. Lihat dalam diri sendiri dan anda akan dapat jawapannya.
Jadi, wahai lelaki-lelaki diluar sana, kalau kau orang ada masalah dalam mencari cinta, atau memang kau rasa si dia adalah cinta kau, tapi tidak tahu bagaimana cara untuk memulakan langkah pertama, drama ini sangat sesuai untuk kau, kau, kau dan kau.

"Sesetengah lelaki nampak macam cukup bertuah, tapi sebenarnya tuah takde kena mengena dengan semua ini. Yang perlu ialah keihlasan, keprihatinan dan confidence untuk membuka pintu peluang. Sedikit keyakinan boleh membawa anda pergi juah." -M

Psst.. Kau ada masalah cinta, hubungan persabahatan, kerja, keluarga? Hubungi M untuk dapatkan bantuan.

Komen aku:

Aku suka tengok teknik penceritaan di awal babak seolah-olah seperti temuramah dengan A. Macam tengok rancangan realiti TV pula. Tapi, memang ini realiti kehidupan.

Sudut-sudut kamera dan suntingan nampak cantik dan seolah-olah dibuat untuk filem. Mungkin lepas ni, boleh dikembangkan untuk dijadikan filem seperti filem Hitch.

Beberapa lagu sebagai muzik latar bagi drama ini juga sedap didengar. Begitu juga dengan muzik latar drama ini sendiri yang menimbulkan rasa hype dalam diri aku.

Sedikit kelemahan drama ini, adalah dari segi artikulasi dialognya. Sedikit tidak jelas. Dah lah banyak guna bahasa penjajah. Bukan aku tidak faham, tapi aku tak dapat dengar dengan jelas. Kalau cakap bahasa ibunda pun, aku terpaksa merujuk kepada sarikata bahasa penjajah itu. Sebab percakapannya kurang jelas. Tapi bila para pelakon bercakap dalam bahasa inggeris, tiada sarikata bahasa melayu yang dapat aku rujuk. Kepada pihak 8TV, sila ambil perhatian eh.

Komen kau pula?

p/s: Aku dah ada cinta sejati aku. Jadi, petua-petua M ni, aku sekadar ingin berkongsi dengan kau sahaja.

p/s/s: Entri aku ini dijamin akan membuatkan Fara melenting. Hahaha.