Showing posts with label Rojak. Show all posts
Showing posts with label Rojak. Show all posts

Gambar Norman Hakim Bersama Memey

Dicatat oleh PakciQue | 11/06/2008 03:57:00 PM | , , | 3 Komen »

Cerita Norman Hakim dan Memey Suhaiza kena tangkap khalwat dah basi ke belum eh? Aku terlambat ke? Bukan lah terlambat. Tapi, aku taknaklah blog aku jadi blog gosip. Kan?

Kebanyakan blog yang menampilkan cerita Norman Hakin dan Memey mendapat kunjungan dan komentar yang tinggi. In telah membuatkan aku rasa cemburu. Huh!

Ok. Tujuan aku. Macam selalu. Nak membuat kajian terhadap carian kata kunci yang berkaitan dengan insiden Norman Hakim ditangkap khalwat dengan Memey.

Contoh katakunci yang aku cuba adalah:
  • Norman Hakim Bersama Memey Suhaiza
  • Norman Hakim Ditangkap Khalwat Dengan Memey Suhaiza
Cerita mereka aku taknak ambil tahu. Yang penting, simpati aku untuk Abby Abadi.

Apa-apa pun. Untuk tidak mengecewakan mereka yang membuat carian gambar tersebut. Layan dulu gambar di bawah. Kredit untuk murai.com.my


Aku tak cakap pun gambar mereka ketika kena tangkap berkhalwat kan? Takpelah. Jangan panas-panas hati. Nanti terbakar diri. Aku sekadar nak lihat sejauh mana tahap obses masyarakat terhadap isu ini. Serta aku juga nak tingkatkan trafik. Ahakz.

p/s: Panas tak entri aku ni agak-agak eh?
p/s/s: Idea ni aku cilok dari OhBulan

Cerita Politik Amerika: Obama Vs McCain

Dicatat oleh PakciQue | 11/05/2008 10:20:00 AM | , | 2 Komen »

Hari ni aku berjalan-jalan bersama en. google. Hm, banyak pula cerita pasal pilihanraya presiden Amerika. Aku minat dengan politik. Baik politik Malaysia atau luar negara. Tapi, aku tak pandai nak olah gaya penulisan dan isu-isu yang berkaitan untuk dikongsi bersama dengan kau. Mungkin sebab aku ni jenis bukan pemikiran orang politik. Aku tak berapa pandai nak menilai yang batin berdasarkan apa yang dizahirkan.

Tapi, aku rasa lah kan. Obama boleh menang besar dan membawa perubahan baik di dalam Amerika sendiri dan perubahan untuk membersihkan nama Amerika.

Taknak komen lebih-lebih. Sebab blog aku bukan blog politik.

Update: Obama menang sebagai Presiden Amerika Pertama yang berkulit gelap dengan 52%

Who Wants To Be A Millionaire?

Dicatat oleh PakciQue | 1/26/2007 12:16:00 PM | , , | 1 Komen »

Pengenalan:


Secara asasnya, WWTBAM adalah sebuah rancangan kuiz berbentuk trivia. Mengandungi 15 soalan dan 3 talian hayat yang berjaya mencetus fenomena kepada dunia. Berbanding menggunakan limitasi masa, program ini membenarkan peserta mengambil masa yang panjang untuk menjawab sesuatu soalan tetapi peserta akan ditekan dengan suasana yang tegang.

Maklumat lanjut, boleh dapatkan di laman Wikipedia

WWTBAM Di Malaysia

Rancangan ini pernah memberi hak penyiaran kepada Malaysia dengan dihoskan oleh pelakon Jalaludin Hassan, disiarkan di NTV7 dan mendapat tajaan dari Digi.

Rancangan ini dihentikan atas sebab-sebab yang tertentu yang aku sendiri tak berapa pasti. Tapi berdasarkan khabar-khabar yang aku perolehi, ia dihentikan atas sebab fatwa yang mengharamkan program ini kerana ada unsur perjudian. Tapi hakikatnya, program ini sangat menguntungkan.

Dan sehingga program ini dihentikan, tiada seorang pun peserta dapat menjawap kesemua 15 soalan dan membawa pulang hadiah 1 Juta. Hatta, soalan bernilai 1 Juta juga tidak pernah kita dengar.

Paling tinggi nilai yang berjaya dimenangi adalah RM 250,000 dan peserta berhenti pada soalan RM500,000

Jutawan pertama

John Carpenter adalah pemenang pertama 1 Juta. Dia langsung tidak menggunakan talian hayatnya sehingga soalan terakhir dia menggunakan panggilan telefon untuk menelefon ayahnya.
Kredit
Wikipedia