Showing posts with label Web. Show all posts
Showing posts with label Web. Show all posts

Tak Boleh Di Ketepikan

Dicatat oleh PakciQue | 1/14/2009 08:48:00 AM | , | 0 Komen »

Aku rasa. Jasa blog KedaiMagik, tak boleh nak lupakan. Aku tak boleh nak abaikan dah blog ni. Aku juga ada pengikut aku sendiri melalui blog ni. [Cheh! Yeye je!]


Jadi, aku rasa, apa salahnya aku buat juga catatan di KedaiMagik juga kan. Salah ke? Tak salah kan. Cuma aku bukanlah update cerita yang baru. Melainkan, aku cuma akan copy & paste je dari blog rasmi aku di Noorhidayat[dot]Com.

Selain dari memastikan blog ini terus hidup, aku juga nak kena buat back-up. Mana tahu ada apa-apa jadi pada blog di Noorhidayat[dot]Com. Jadi, adalah tempat untuk aku pastikan semua entri-entri aku tidak hilang begitu sahaja.

Setuju tak? Mesti kau semua setuju kan. Kalau tak setuju, setuju sahaja lah.

Selain dari tu, aku juga perhatikan ada antara blogger-blogger yang menggunakan blogspot tidak membenarkan "Anonymous" memberikan komen. Jadi, tak dapatlah aku meninggalkan jejak di blog tersebut selain mendaftar masuk ke akaun blogger.

Jadi, dengan ada dua update di dua blog ini, makan aku mungkin dapat meningkatkan bilangan pengunjung aku. Serta melihat trend perhijrahan dari kedua-dua blog ini.

Oh ye. Ada isu yang sedikit panas aku cuba ketengahkan dalam sehari dua ni di blog Noorhidayat[dot]Com. Bukan panas mana. Cuma mungkin memerlukan sedikit atau banyak pemikiran yang kritis. Aku cuba sebaik-baiknya menjaga patah ayat aku agar tidak menimbulkan sebarang buruk sangka.

Apa-apa pun, jangan lupa komen. Dan sekali lagi. Tunggu untuk kejutan seperti yang aku cakap tempoh hari di Noorhidayat[dot]Com.

**Ini adalah entri ulangan dari Noorhidayat[dot]Com. Untuk mendapatkan catatan terkini, sila ke Noorhidayat[dot]Com

Telah Tiba - Jadilah Yang Pertama

Dicatat oleh PakciQue | 12/01/2008 12:00:00 AM | , | 0 Komen »

Dengan lafaz penuh kesyukuran, dengan ini aku merasmikan blog peribadi terkini berasaskan domain dot com yang menggunakan platform Wordpress.


Marilah kita beramai-ramai ke sana. Dan rebut peluang untuk blog kau menjadi antara 6 blog yang bertuah menjadi pilihan aku di dalam "Blog Minggu Ini".

Apa lagi. Lekas ke sana. Jangan terlepas peluang yang sangat bermakna ini.

Pertandingan Baru - Bersedia

Dicatat oleh PakciQue | 11/26/2008 04:03:00 AM | , | 3 Komen »

Dua tahun aku bersama dengan blogspot. Dan dua tahun ni lah aku belajar macam-macam pasal blogspot.

Sekarang ni aku dah guna wordpress. Makanya, aku perlu belajar benda baru pula.

Buat pengetahuan semua, aku telah membuat pandu uji ke atas blog tersebut. Dan entah macam mana, 2 entri awal tersebut telah lesap. Sengal tol aku ni.

Ok, takpe. Kita lupa kan kejap. Jadi, bagaimana? Sudah ada yang dapat memecah masuk blog terbaru tu? Kalau sudah ada yang dapat. Bagus lah. Bagi yang belum, takpe. Tunggu dengan sabar. Ada lagi 6 hari kan. Dan untuk setiap hari ni, aku akan update entri-entri terbaru di blog tersebut. Dan sentiasa bersedia kerana di blog tersebut telah pun aku lancarkan sebuah pertandingan. Untuk mengurangkan tekanan, aku berikan sedikit info pasal pertandingan tersebut. Ok?

Aku namakan pertandingan tu sebagai, err, sebenarnya takde nama lagi. Tak terfikir pun. Tapi, cara permainannya, aku nak cari si tukang komen ke-9. Ada 6 entri. Jadi, aku nak 6 pememang. dan hadiahnya? Takdelah mewah sangat. Aku akan berikan satu ruang khas untuk 6 orang pemenang ni di ruang "Blog Minggu Ini". Kira macam pengiklanan percuma lah.

Ok. Kalau tidak sabar sangat untuk menyertai pertandingan ni, lekas-lekaslah mencuba-cuba sebarang kata kunci untuk masuk ke blog terbaru tu.

Jumpa di sana.

Preview - Jadilah Yang Pertama

Dicatat oleh PakciQue | 11/21/2008 05:55:00 PM | , | 6 Komen »

Aku rasa ramai yang dapat teka. Dan ramai juga yang dapat mengagak apa sebenarnya yang berlaku ke atas aku ni.

Apa-apa pun, tunggu saja perasmian pada 1 Disember 2008.

Tapi, untuk mengurangkan [atau sebenarnya menambahkan] rasa cemas dan ingin tahu kau semua, aku paparkan screen shot di bawah.


Pandai-pandailah buat tekaan dan kalau lagi pandai, cubalah cari di mana ia berada.

Blog Review: Oh! Tidak

Dicatat oleh PakciQue | 11/19/2008 10:33:00 AM | , | 4 Komen »

Oh! Tidak. Itu antara ungkapan atau ayat yang biasa kau ucapkan bila seseuatu yang di luar jangka berlaku. Contohnya, kau tertinggal kertas kerja di rumah sedangkan kau akan ada perbentangan di pejabat lagi 5 minit. Oh! Tidak. Ke kau selalu mencarut?!

Seorang jejaka yang aku kira takdelah kacak sangat. Sebab awek dia cun. Trend sekarang ni kan ramai awek cun yang couple dengan lelaki tak hensem.

Oh! Tidak. Dah tersasar jauh dah.

Pemilik blog ni diberi nama Khai. Tapi, kalau di Oh! Tidak, aku suka panggil dia en. admin. Nak tahu lebih lanjut, bolehlah ke blog peribadi beliau di JustKhai.com.

Oh! Tidak adalah sebuah blog yang dibangunkan dengan tujuan memaparkan gambar-gambar yang kelakar, menakjubkan, pelik dan ajaib. Hahaha. Aku direct translate dari TagLine Oh! Tidak. "Funny, Amazing, Extraordinary & Miracle Pictures"

Kalau hari ni kau rasa macam hidup kau seakan tak ceria. Pergilah ke Oh! Tidak. Aku jamin kau akan ketawa. Kalau kau tak ketawa. Aku tak dapat lah nak berikan Jaminan Wang Dikembalikan.

Secara keseluruhan, kebanyakan gambar yang dipaparkan aku dah pernah lihat di beberapa blog yang menawarkan perkhidmatan yang sama. Ya lah. Aku kan kaki merayap. Jadi, aku pun pernah suarakan perkara ni kepada en. admin, dan jawapan beliau:
pakcique, bagi kita mmg la lama.. tapi bagi separuh orang, 1st time nengok tu.. hehe.. so same2 la kita... - en. admin
Ok lah. Aku terima jawapan itu. Takkanlah en. admin nak puaskan aku seorang je kan. Mungkin juga ada sesetengah gambar yang aku pertama kali tengok, orang lain dah tengok dulu.

Aku juga pernah komplen mengenai kekerapan update. Sebab kadang-kadang dah petang, aku tengok masih lagi gambar yang sama. Nak tahu en admin update bila? Malam! Huh. Masa aku takde sambungan ke internet lah baru kau nak update. Jadi esoknya lah baru aku dapat melihat hasil buah tangan yang terbaru itu.

Aku tak kisah pasal bila dia nak update gambar terbaru. Tapi, aku jadi kisah bila aku bukan yang pertama memberi komen. Huhu. Aku jadi ketagihan. Dan kerana ketagihan tu, aku merupakan Tukang Komen paling banyak sekali. Tapi, aku tak bagi komen spam eh. Aku bagi komen-komen dalam bentuk ulasan ke atas gambar-gambar yang Oh! Tidak paparkan. Terutama bagi gambar-gambar yang pernah aku lihat sebelum ni dan aku tau cerita disebalik gambar tersebut.

Dan kerana aku banyak komen di sana, maka banyak juga trafik-trafik yang datang ke blog aku ni datang dari Oh! Tidak. Aku tak tahu statistik yang sebenar. Tapi, aku cuba memancing pelawat-pelawat di Oh! Tidak untuk ke blog PakciQue.TK.

Oh! Lagi satu. Aku agak kurang tidak berpuas hati kerana en. admin mula memaparkan gambar-gambar yang boleh dikategorikan sebagai tidak sesuai untuk budak-budak di bawah umur. Aku yang atas umur pun rasa kurang selesa.

Mungkin ada sesetengah gambar yang berbaur lucah boleh membuatkan kita ketawa. Tapi, tidak semua gambar. Dan tidak setiap masa. Sama halnya dengan filem yang memaparkan terlalu banyak dialog dan adegan berbaur lucah. Sedikit itu seronok. Banyak itu memualkan. [Rujuk filem You Don't Mess with the Zohan].

Aku rasa blog aku akan mendapat serpihan carian bagi kata kunci "Blog Gambar Lucah"

Baiklah. Taknak cakap banyak. Aku dengan ini mengajak kau untuk ke Oh! Tidak dan marilah kita ketawa beramai-ramai. Dan jangan lupa sertai Pakatan Komen di Oh!Tidak.


Menjana Wang Dengan Youthsays

Dicatat oleh PakciQue | 11/14/2008 10:50:00 AM | , | 5 Komen »

Kau seorang remaja/belia. Kau ada sesuatu yang ingin luahkan dan kongsikan. Kau ada satu idea gila yang gila super best? Tapi kau tak tau nak letak dan kongsi kat mana idea kau tu? Ha, aku cadangkan kau ke YouthSays. Apa tu YouthSays?

YouthSays adalah komuniti remaja untuk remaja dari remaja. Dengan tagline "Malaysia's Largest Youth Opinion Community", sudah tentu dapat memberi gambaran yang seluas-luasnya tentang fungsi dan peranan YouthSays ni.

Ok, fokus utama catatan ni dibuat adalah untuk menunjukkan betapa tidak mustahilnya untuk kau menjana wang dari YouthSays. Apa yang perlu kau lakukan adalah mendaftar sebagai ahli. Asalkan kau berumur di bawah 35 tahun, kau boleh mendaftar.

Bagaimana menjana wang?
  1. Mula-mula daftar dan lengkapkan profil kau. Kau akan dibayar RM 0.50 untuk itu.
  2. Buat survey dan kau akan dibayar serendah RM 0.10 hingga RM 1.00 [setakat yang aku tahu lah. Mungkin lebih pada masa akan datang. Bergantung kepada bentuk dan jenis survey]
  3. Ajak kawan-kawan kau untuk daftar sebagai ahli komuniti YouthSays. Dan kau akan dibayar RM0.20 seorang. [Tapi, terbaru ni aku dapat RM0.40 seorang. Mungkin aku telah melepasi had minimum atau aku aktif di YouthSays]
  4. Letakkan YouthSays Broadcast Badge di blog kau. Dan kau akan dibayar RM0.20 sehari. Kau juga dapat meningkatkan trafik kerana blog kau akan masuk dalam ruangan Broadcast Network


Jadi, apa lagi, marilah mendaftar sebagai ahli komuniti YouthSays. Sehingga hari ni, aku telah menjana wang 4 angka dari YouthSays. Lihat ScreenShot kat bawah.


Dikesempatan ini juga, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada yang mendaftar sebagai ahli komuniti YouthSays melalui banner yang aku letak disebelah kanan blog aku ni.


Ucapan ribuan terima kasih aku kepada: [mengikut urutan siapa yang daftar dahulu]
  1. nhmnrh:)
  2. nurimo
  3. bubble
  4. Noorashikin Binti Saleem aka Kin
  5. Moneyceo
  6. Muhammad Nurul Azam Bin Jaafar aka Azam
  7. Norazwani Shaari @ Md Noh aka Wani
  8. Mohd Daniel Hazeq aka superNov@
  9. Rahfizah Binti Ab Rahman
  10. *Kepada yang lain, harap dapat tinggalkan jejak anda di ruangan komen untuk saya link kan anda. Jika anda tiada blog, sila berikan link ke profil YouthSays anda. Terima kasih.
Ingat, jika kau mahukan perubahan pada masyarakat, produk dan orang disekeliling kau, daftarlah segera sebagai ahli komuniti YouthSays dan luahkan pendapat dan suara kau agar didengari dan kau dibayar untuk pendapat kau itu.

[Update]: Selain menyuarakan pendapat, menjana wang, meningkatkan trafik dan menambah rakan, kau juga akan dapat beberapa faedah lain seperti tiket wayang percuma, cenderahati dan menyertai pameran-pameran mereka. Bercerita pasal wayang, esok [Sabtu], aku akan pergi ke Cathay Cineplex Damansara untuk pro-tonton filem Quarantine bersama 150 ahli YouthSays yang lain. Jangan jeles eh. Jumpa lagi hari Isnin untuk review filem Quarantine.

[Update 23 Nov]: Youthsays ada menyediakan tiket untuk menonton perlumbaan A1 di Sepang. Tapi, sayang nya. Aku tak terpilih. Takde rezeki.

Blog Review: Raja Kamil

Dicatat oleh PakciQue | 11/12/2008 06:38:00 PM | , | 2 Komen »

Ha, raja bukan sebarang raja. Ini Raja Kamil. Raja Kamil Sang Murobbi IT.

Kalau kau salah seorang dari mereka yang ingin mendapatkan pendapatan dari internet dengan menjadi pro-blogger, maka blog Raja Kamil adalah tempatnya. Dengan tagline "Problogger Yang Menjana Wang/Duit Di Internet", beliau menurunkan sebanyak yang mungkin tips-tips dan petua yang berguna untuk kau. Tentu saja kau takkan kerugian apa-apa. Singgahlah ke blog beliau dan berjalanlah dari satu entri ke satu entri. Kau akan jumpa dengan ilmu yang tidak pernah kau sangka.

Baru-baru ini, Raja Kamil telah memberikan satu tawaran istimewa. Tawaran yang aku sendiri juga mahukan. Tawaran yang mampu untuk merealisasikan impian aku. Kalau kau ingin menganjakkan satu lagi langkah dalam duni blog, maka kau juga perlu tahu apa yang Sang Murobbi IT ini tawarkan.

Raja Kamil menawaran sebuah domain dot com dan juga hosting jika kau buat review akan blog beliau, entri berkenaan tawaran ini dan juga review tentang sebuah pertandingan yang lagi satu.

Peh! Domain beb. Aku sendiri memang dah kepingin untuk memiliki domain sendiri. Mungkin lepas ni kau kena taip http://www.pakcique.com atau http://www.kedaimagik.com. Siapa tau kan?

Apa pertandingan tu? Pertandingan ini dinamakan Promot & Menang. Dengan tagline yang memberi keyakinan "Tidak kira anda menang atau tidak, anda tetap akan membawa pulang wang tunai", kau pastinya akan pulang membawa hadiah yang lumayan.

Apa yang menjadikan pertandingan Promot & Menang ni sebuah pertandingan yang menarik adalah kerana hadiah utamanya adalah sebuah Laptop Berjenama Asus EEE PC 900 serta hadiah pertama bernilai RM1,000 untuk 2 orang. Memang menarik. Apa yang perlu kau lakukan, hanya mendaftar dan ikut penerangan yang diberikan.

Jangan ketinggalan untuk menyertainya! Mari ramai-ramai kita serbu!

Keputusan Norman Hakin Dan Memey

Dicatat oleh PakciQue | 11/10/2008 02:54:00 PM | , | 1 Komen »

Ingat lagi tak dengan entri aku bertajuk "Gambar Norman Hakim Dengan Memey"? Hari ni, aku nak kongsi pada kau akan keputusan yang aku perolehi. Aku takde tools yang betul-betul boleh aku gunakan untuk mengukur segala bagai benda alah ni. Yang aku ada hanya analisis dari Nuffnang dan juga Advertlets.

Ok, mula-mula kita tengok Nuffnang dulu. Tak payah cakap banyak. Gambar kat bawah boleh menceritakan segalanya. Sangat ketara. Aku tak pernah dapat trafik yang melebihi 200 pelawat unik sehari. Dan pada tarikh 7 November, benar-benar mencipta sejarah.
Ok, kemudian, kita berganjak ke Advertlets untuk melihat berapa banyak impression yang aku perolehi pada hari itu. Walaupun tak sampai 1,000. Tapi aku dapat 500 impression untuk Advertlets. Dan kau bandingkan pada hari yang lain.

Berdasarkan FeedJit, kebanyakan pengunjung ke sini adalah dari BlogCatalog. Mereka membuat carian blog-blog yang membuat entri yang berkaitan dengan "Norman Hakin & Memey'. Jadi, secara tidak langsung, kau juga akan dapat tahu bahawa BlogCatalog boleh menjadi tools kepada membantu meningkatkan trafik ke blog kau.

Walaupun aku memperolehi bilangan pengunjung 'liar' yang banyak. Tapi, agak sedih bila blog ini hanya mampu mendapatkan 3 komen saja. Jelas sekali bahawa, bilangan pengunjung tidak boleh menjamin kepada kepopularan blog kau. Silap-silap kena maki secara halus adalah. Tu lah, jangan buat lagi entri sampah.

Oh! Aku cuma sekadar mengkaji pola saja.

[nota tambahan] Carian kata kunci "Abby Abdi" juga membuatkan ada pengunjung yang tersesat ke blog ini. Mungkin mereka mencari video temubual Abby Abdi di dalam rancangan Wanita Hari Ini pada minggu lepas. Kepada pengunjung, anda boleh mendapatkan video tersebut di tv3.com.my dan cari video "Wanita Hari Ini" pada 6 November 2008.

Pungutan Suara - Kedai Magik

Dicatat oleh PakciQue | 11/07/2008 04:58:00 PM | , | 7 Komen »

Aku sendiri naik rimas dengan blog aku ni. Dah macam banyak sangat benda yang ada. Dah jadi macam semak lak.

Jadi, sebelum aku buat apa-apa, aku nak dapatkan pungutan suara termasuk komen/kutukan terhadap interface/templete blog ni.

A) Blog dah OK. Tak perlu buat apa-apa. Kekalkan.

B) Templete dah cantik. Kemaskan je bahagian tertentu [sila nyatakan].

C) Tukar templete lain. Templete ni bukan jiwa KedaiMagik & PakciQue [berikan contoh templete yang sesuai. Kalau boleh].

D) Lain-lain [nyatakan].

Tinggalkan jawapan di ruangan komen. Terima kasih banyak-banyak. Jasa dan pandangan anda amat-amat dihargai.

Chez..

Mari Mengenal Twitter Siri 02

Dicatat oleh PakciQue | 11/07/2008 11:13:00 AM | , , | 2 Komen »

KLIK SINI untuk Mari Mengenal Twitter Siri 01

Aku ada perasan beberapa kawan blog aku [atau blog kawan sebenarnya?] yang sebelum ni tak menggunakan Twitter, telah mendaftar bersama Twitter. Dan belum sempat aku menurunkan ilmu cara-cara meningkatkan trafik dengan menggunakan Twitter, sudah ada yang telah memulakan langkah-langkah meningkat trafik ke blog mereka dengan Twitter.

Err. Faham tak? Dengan kata yang lebih mudah. Twitter ni sebenarnya mudah untuk difahami.

Dan sebenarnya banyak maklumat dan tutorial yang lebih advance yang kau boleh dapat jika kau tanya en google. Tapi, mestilah dalam bahasa inggeris kan? Kalau nak dalam bahasa melayu. Ha, blog aku ni kira sedikit sebanyak dapatlah membantu kau. Ok?

Ingat tak ada satu perenggan di entri terdahulu yang dihujung ayatnya aku warnakan dengan warna biru?
Twitter ni lebih kurang juga macam blog. Cuma lebih ringkas dan terhad (140 aksara saja). Dah macam main SMS pula. Tapi, yang menariknya, kau boleh dapatkan update terkini atau memberikan update terkini dengan mudah dan pantas. Kau sarapan apa tadi. Lepas tu kau buat kerja apa. Makan tengahari kat mana. Dengan kata mudah. Setiap apa yang kau buat, kau boleh kemaskini secara langsung. [Nota untuk PakciQue: Ada huraian lanjut untuk perenggan ini dalam entri akan datang.]
Apa yang aku nak huraikan ni, sebenarnya banyak tools atau alat yang boleh kau gunakan untuk membantu kau mengurus akaun Twitter kau. Contohnya, kau boleh membuat update dan mendapat update menerusi SMS. Tapi aku tak pernah cuba lagi. Kalau pernah cuba, mari kongsi bersama.

Ok, untuk edisi ke-2, aku akan memberikan beberapa petua [perkataan 'teknik' aku rasa lebih sesuai kan?] untuk mendapatkan follower yang ramai. Macam tagline yang aku selalu guna. "U Follow Me. I Follow U." Jadi, dengan kata mudah. Untuk mendapatkan follower, kau kena follow orang lain dulu. Dan beri masa kepada orang itu untuk follow kau semula atau menjadi follower kau. Maka, kau boleh mula follow seberapa banyak orang yang kau mampu. Mungkin 100, 200 atau 1000. Mengikut bacaan aku, maksimum yang dibenarkan adalah 2000. Bila cukup seminggu atau 2 minggu, kau kena buat analisis mana-mana yang tidak follow kau semula, kau boleh remove mereka dari senarai following kau. Maaf. Terpaksa menggunakan perkataan bercampur aduk.

Berikut adalah tools yang boleh membantu kau mengenalpasti siapa yang kau follow dan siapa yang follow kau.
  • LessFriends
    Untuk melihat sama ada orang yang kau follow tu, follow kau balik atau tak.

  • Friend or Follow
    Untuk kau lihat siapa yang follow kau, siapa yang tidak.

  • Qwitter
    Untuk lihat siapa yang telah keluar dari follow kau.

Diharap, tools ini dapat membantu kau untuk meningkat bilangan follower kau dan sekaligus meningkat trafik ke blog kau.

Dan penutup kata, bagi yang masih tiada akaun Twitter, marilah daftar dan follow aku.

U Follow Me. I Follow U.

CNN Dan Hologram

Dicatat oleh PakciQue | 11/06/2008 11:29:00 AM | , , , | 2 Komen »

Aku tak tengok. Tapi, aku tau cerita ni. Tu pun sebab aku gi berjalan-jalan dengan en. google. Dan entri ni ada sedikit kaitan dengan entri yang ini.

CNN ketika membuat liputan akan pilihanraya presiden Amerika, telah menggunakan teknologi Hologram dengan menampil imej Jessica Yellin dalam bentuk 3D di dalam studio bersama-sama dengan Wolf Blitzer.

Saksikan sedutan temubual itu di bawah.



Teknologi hologram ini di hasilkan dengan menggunakan 35 buah kamera berdefinisi tinggi untuk menghasilkan imej yang cantik dan merangkumi 360°. Lebih kurang macam filem The Matrix. Tapi, Matrix tu gambar pegun. Yang ni gambar bergerak. Kira senang cakap macam daam filem Star Wars la. Tu pun kalau kau jenis layan Star Wars.

Lelaki yang bertanggungjawab memastikan sistem hologram ini berjaya direalisasikan adalah David Bohrman.

Saksikan sedutan temubual pembikinan hologram di bawah.



Terdapat pula satu blog yang mengatakan bahawa hologram itu bukan hologram yang sebenar. Yang ditampilkan di dalam studio hanyalah sebuah imej 2D. Imej hologram yang berbentuk 3D hanya dihasilkan untuk tontonan di TV saja. Dan macam buat filem pula kan?

Ala. Nama pun CNN. Agensi berita paling putar alam. Jadi, tak mustahillah kalau dia tipu juga pasal hologram tu.

Kau rasa betul ke palsu?

Pautan: Paul Levinson | Techie Diva | Gear Log

Vending Machine Jual DVD

Dicatat oleh PakciQue | 11/04/2008 05:28:00 PM | , , | 3 Komen »

Sony dan Universal Pictures telah menjalinkan kerjasama untuk menyediakan perkhidmatan menjual DVD, permainan konsol dan memuatturun dari sebuah mesin layan diri atau vending machine.

Dengan kata yang lebih mudah. Kini, kau sudah boleh membeli cerita atau permainan kegemaran anda tanpa perlu pergi ke kedai DVD atau membeli walaupun pada pukul 3.00 pagi.

Mesin yang diberi nama POP ini akan mengeluarkan produk hiburan berbanding makanan atau minuman dalam bentuk fizikal atau dimuatturun ke pendrive.

Pautan untuk bacaan lanjut di akhir entri.

Inilah yang dinamakan inovasi. Mungkin nampak pelik. Tapi, pernah ke kau terfikir? Aku pun tak terfikir. Tapi, mesti akan ada banyak kekangan seperti pilihan yang tidak banyak, jaminan tiada kerosakan, dan sudah tentu vendalisma.

Apa lagi eh benda yang boleh dijual dengan Vending Machine ni? Kau ada idea? Bagitahu aku kat ruangan komen. Ok.

Bacaan lanjut DI SINI dan SINI. Video pula DI SINI

Blog Review: BlogMenjerit

Dicatat oleh PakciQue | 11/04/2008 12:17:00 PM | , | 3 Komen »

Aku tak tau nak post entri apa sebenarnya. Dan sedang aku berkeliaran dan ber'window shoping, aku termasuk pula ke BlogMenjerit ni. Tiada bayaran dikenakan. Aku saja suka-suka nak review. Sebab aku rasa kau pun leh dapat manfaat yang sama.


Mula-mula aku ingatkan ianya sebuah blog peribadi yang menjadi tempat sang penulis meluahkan segala macam rasa. Tapi, bila dah baca slogannya. Tentu kau dah dapat agak sesuatu kan. [Tapi apa pasal macam buruk eh logo nya?]

Kalau kau teringin nak mencantikkan blog kau. Nak menambah beberapa widget atau kod yang menjadikan blog kau lebih menarik. Aku sangat-sangat mencadangkan kau ke blog ini. Banyak ilmu, trik dan manfaat yang boleh kau perolehi.

Aku tau dia banyak menjelajah keseluruh pelusuk internet untuk mendapatkan tip dan trik terbaru yang boleh digunakan di dalam blog sama ada kau menggunakan akaun blogger/blogspot atau wordpress. Kira lebih kurang maklumat cilok gak lah. Tapi, apa yang salahnya? Kan lebih mudah dan lebih faham kalau maklumat tu dalam bahasa melayu. Dan kalau kau tak faham, kau pun boleh tanya pada sang penulis dalam bahasa melayu juga.

Secara peribadi, aku tak kenal akan penulis ni. Dan aku pun tak tahu nama dia. Hahaha. Tapi, kalau aku tak silap. Nama dia Marzuki. Ada juga memiliki blog peribadi dilarang-melarang. Bolehlah kau ke sana kalau kau rasa kau dah akil baligh.

Ok. Nanti ada masa aku review blog lain yang aku rasa banyak info dan maklumat yang boleh kau dapat. Ok.

p/s: Aku dah ada matlamat baru. Kalau sebelum ni, matlamat aku nak tingkatkan trafik blog aku. Sekarang ni aku nak banyakkan kawan blog pula. Macam-macam boleh korek dan kongsi dengan mereka.

NaBloPoMo - Kemaskini Blog Setiap Hari

Dicatat oleh PakciQue | 11/03/2008 10:22:00 AM | , | 6 Komen »

Selamat datang bulan 11. Selamat datang November. Aku dan November takde sebarang signifikasi. Takde sebarang hubung kait. Tapi, selepas hari ke-3. Baru aku tau ada bulan yang mana kau kena kemaskini blog kau setiap hari sepanjang bulan November. Maksudnya, 1 entri sehari. 30 entri sebulan.

NaBloPoMo [National Blog Posting Month], adalah satu usaha untuk menggalakkan blogger membuat entri setiap hari. Tiada sebarang tajuk atau tema khusus dan tertentu. Tak kira panjang atau pendek. Yang penting. Kau mesti update blog kau setiap hari sepanjang bulan November ni. Termasuk hari minggu. [FAQ]

Yang menariknya, kau juga berpeluang untuk memenangi hadiah. Berminat? Daftarlah sekarang. Walaupun dah terlewat 2 hari. Bukannya tak boleh nak gostan kan?

p/s: Bagitahu aku kalau kau telah mendaftarkan diri.

Lelaki Ingin Berkahwin Dengan Karektor Anime

Dicatat oleh PakciQue | 10/31/2008 05:09:00 PM | , | 8 Komen »

Dunia semakin pelik!

Dengan masalah sosial yang semakin meningkat. Perkahwinan sesama jantina pun hanya beberapa negara sahaja yang membenarkan. Ni pula nak berkahwin dengan sesuatu yang berbentuk fiksyen? Hilang akal ke apa?
Seorang lelaki di Jepun, Taichi Takashita telah melancarkan petisyen online bagi mendapatkan hak untuk berkahwin dengan karektor komik [manga]. Petisyen ini akan diserahkan kepada kerajaan untuk disahkan perundangannya selepas mendapat 1 juta sokongan. Sehingga kini, telah lebih 1 ribu telah menyatakan sokongan dalam masa seminggu.

Dengan alasan sudah bosan dengan dunia 3 dimenasi, beliau berpendapat berkahwin dengan watak-watak 2 dimensi ini lebih mudah dan memberi motivasi.

"Memang mustahil untuk berkahwin dengan watak komik. Tapi, sekurang-kurangnya perkahwinan itu dapat didaftarkan dan disahkan."
Aduhai!

Nota: Di Jepun, perkahwinan sesama manusia antara lelaki dan wanita sahaja dibenarkan. Perkahwinan sesama jantina dan haiwan tidak dibenarkan.

p/s: Tapi kan. Kalau undang-undang ni diluluskan. Kau nak kahwin dengan siapa?

[Pautan][Pautan]

Aku Menang Ucapan Raya Kreatif

Dicatat oleh PakciQue | 10/31/2008 09:54:00 AM | , , | 3 Komen »

Aku ada masuk pertandingan Ucapan Raya Kreatif yang dibuat oleh Marzuki. Dan secara tak sengaja. Aku menang. [Ada ke menang tanpa disengajakan?] Ucapan tu aku dah pernah guna dalam kad raya aku tahun lepas.

Sesungguhnya. Kemenangan ni adalah satu kemenangan yang tak disangka dan kemenangan yang memberikan lebih semangat untuk terus mencapai impian aku.

Terima kasih kepada Marzuki atas kesempatan dan ruang yang diberikan.

Alhamdulillah. Syukur.

Mengenal Peribadi Melalui... Haram Tak?

Dicatat oleh PakciQue | 10/30/2008 09:13:00 AM | , | 3 Komen »

Aku kadang-kadang sebelum tidur, aku akan fikirkan apa yang aku nak update dalam blog aku esok. Kadang-kadang aku dapat idea yang best. Selalunya lebih dari satu. Dah sampai tak tau nak buat entri yang mana satu dulu. Tapi, esok je. Terus lupa apa yang aku nak update.

Untuk entri kali ni. Aku nak ucapkan terima kasih kepada Azizwan atau mudah dipanggil Wan sebab mengingatkan kembali idea entri ini secara tak sengaja. Dan tahniah juga atas web/blog terbaru menggunakan hosting dan domain sendiri. Aih! Aku pula bila agaknya.

Ok. Semua orang patut tahu dan sedia maklum bahawa membaca horoskop adalah haram walaupun dengan niat suka-suka. Apatah lagi kalau kau memang gila kat horoskop tu. Dan aku pun mula perasan yang banyak majalah-majalah yang berbahasa melayu dah takde lagi ruangan horoskop. Baguslah.

Ok. Tapi tu mengenai horoskop. Bagaimana pula dengan "Mengenal Peribadi Melalui Bulan Kelahiran", atau "Mengenal Peribadi Melalui Bentuk Tulisan", "Mengenal Peribadi Melalui Rambut", dan sebagainya.

Aku tak tahu ada fatwa yang mengatakan haram atau harus. Betulkan aku kalau aku salah. Ini adalah berdasarkan pendapat dan pemahaman aku semata-mata.

Apa yang membezakan antara horoskop dan 'mengenal peribadi'? Satu adalah ramalan dan satu lagi adalah kajian + motivasi.

Ok. Aku bagi contoh. Katakan ada satu artikel tentang "Mengenal Peribadi Melalui Bulan Kelahiran" dan kerana kau lahir bulan 9, kau baca semua ciri-ciri yang dinyatakan bagi mereka yang lahir pada bulan 9 seperti seorang yang bijak, pemurah, takut kepada kepayahan, tiada pendirian, mudah berkawan, peramah, dan sebagainya.

Jika kau memang sedia lahir seorang yang bijak dan ciri itu menyatakan kau bijak. Sudah tentu kau akan rasa suka dan ia adalah motivasi kepada kau untuk terus berjaya, contohnya dalam peperiksaan. Kalau kau gagal, tentu kau akan rasa malu bila ada yang kata, "Aik, dalam artikel ni cakap kau bijak. Tapi, apa pasal kau gagal?"

Jika kau memang seorang yang kedekut. Sudah tentu kau akan rasa malu dengan diri sendiri. "Ish! Aku ni kedekut. Tapi, orang ingat aku ni pemurah pula." Dan secara tidak langsung, kau mengubah perangai buruk itu kepada yang lebih positif.

Jika kau seorang yang tegas. Tapi dalam artikel kata kau seorang yang tiada pendirian. Tentu sahaja kau akan menafikan artikel itu. Tapi, hanya setakat ciri itu saja lah kan? "Eh. Aku ni tegas. Kenapa pula cakap aku tiada pendirian." Dan kau akan tetap kekal dengan sikap ketegasan kau itu.

Jika kau memang seorang yang takut kepada kepayahan dan artikel itu mengiyakan lagi ciri-ciri yang kau ada. Tentu sahaja kau akan rasa malu kalau ada orang yang tahu, kau seorang yang tidak berani menghadapi kesusahan. "Aku ni dah lah takut gagal. Mesti orang tahu punya. Ah! Aku nak berubah."

'Mengenal Peribadi' ni adalah sebuah kajian yang dijalankan bertahun-tahun. Respondannya bukan setakat seorang dua. Bukan juga setakat 100-200. Tapi, beribu-ribu. Setiap manusia itu unik. Jadi, tak semua ciri yang dinyatakan akan kena pada diri kau. tapi, secara tidak langsung ia adalah sebuah motivasi yang membina.

Oh. Lupa. Dato' Dr. Fadhilah Kamsah juga menggunakan kajian ini sebagai satu dari kaedah beliau memberikan motivasinya.

Dan cuba kau bayangkan pula kalau ia berkaitan dengan bentuk tulisan? Kerana ciri-ciri yang tidak elok dari sebuah tulisan yang buruk, maka seseorang itu mengubah bentuk tulisannya kepada yang lebih cantik. Dan seseorang yang berperangai buruk, memiliki tulisan yang cantik, pasti akan mengubah perangainya kepada yang lebih baik bila mengetahui akan ciri-ciri yang ada pada pemilik tulisan yang cantik.

Ok. Itu pendapat aku. Apa pula pendapat kau?

Terbaru: Senaman YOGA mungkin akan difatwakan sebagai haram. Rujuk SINI.

Microsoft Office Versi Online

Dicatat oleh PakciQue | 10/29/2008 05:14:00 PM | , | 0 Komen »

Sekali lagi aku buat entri berkaitan dunia komputer dan teknologi. Tapi, takpelah. Aku cuba untuk tidak buat kau pusing atau hilang akal dengan catatan blog aku ni.

Tadi. Jalan-jalan bersama En Google. Ada sebuah kisah bahawasanya. En. Gates akan melancarkan Microsoft Office bagi aplikasi Words, Excel dan PowerPoint versi web atau online.

Maksudnya. Lepas ni katakan kalau kau pergi ke sebuah Kafe Siber. Konon-konon nak buat assignment. Tapi, komputer tu takde aplikasi Words. Maka, kau boleh edit dan melihat assignment kau tu secara online tanpa perlu install ke komputer. [Buat-buat faham lah walaupun kau dah muntah sebab mabuk tengok cara aku jelaskan pada kau.]

Tapi, versi web ini hanya menyokong beberapa ciri asas sahaja. Betul lah. Kalau semua ciri-ciri dah ada dalam web tu. Mesti muflis En. Gates sebab dah takde orang nak beli perisian Microsof Office lagi. Semua boleh diperolehi di web. Lagi satu, aku rasa boleh kejung komputer kau sebab nak tunggu web tu loading sepenuhnya.

Bacaan tambahan atau kalau masih tak faham dengan apa yang aku omelkan. Boleh baca DI SINI dan SINI.

**Bagi yang tak tahu. En Google telah melancarkan program ni lebih awal dengan nama GoogleDocs. Aku pun tak pernah guna benda alah ni. Mungkin pernah guna. Secara tak sengaja. Tapi, macam tak pernah langsung.

Mari Mengenal Twitter Siri 01

Dicatat oleh PakciQue | 10/29/2008 11:23:00 AM | , , | 3 Komen »

Aku perasan ramai blogger yang tidak ada Twitter. Aku tak tahu pula kenapa. Mungkin mereka tidak tahu akan kewujudan micro-blogging ini atau tidak tahu akan kemampuan Twitter sebagai alat pemasaran. Lebih-lebih lagi kalau kau seorang pro-blogger. Ha. Tu lagi satu istilah.

Taknak jadi macam buku sekolah. Aku bagi maklumat pengenalan pasal Twitter ni sikit je. Nak tahu lebih lanjut. Boleh tanya en. google atau en. wikipedia. Ok.

Twitter ni lebih kurang juga macam blog. Cuma lebih ringkas dan terhad (140 aksara saja). Dah macam main SMS pula. Tapi, yang menariknya, kau boleh dapatkan update terkini atau memberikan update terkini dengan mudah dan pantas. Kau sarapan apa tadi. Lepas tu kau buat kerja apa. Makan tengahari kat mana. Dengan kata mudah. Setiap apa yang kau buat, kau boleh kemaskini secara langsung. [Nota untuk PakciQue: Ada huraian lanjut untuk perenggan ini dalam entri akan datang.]

Antara kegunaan lain Twitter adalah:-
  • Mendapatkan trafik. ✔
  • Memperkenalkan produk dan penjenamaan.
  • Untuk mendapatkan maklum balas.
  • Menggajikan pekerja [terutama freelancer] untuk membina web atau logo.
  • Membaca berita terkini dan sensasi. Contoh.
  • Dapat kawan baru. Dah macam friendster kan?
  • Sebagai peringatan atau To-Do list.
  • Alat perhubungan antara kenalan pejabat. Terutama kalau berkaitan dengan kerja-kerja.
  • Peringatan kepada pelanggan. Kau ada produk baru yang ingin di war-warkan?
Ok. Sekarang ni kau dah ada idea akan kebaikan kegunaan Twitter. Kau dah boleh mula bayangkan dan berangan akan kehebatan Twitter dan manfaatnya kepada blog kau.

Apa yang perlu kau buat sekarang adalah daftar dan follow aku.

U Follow Me. I Follow U.

Ok. Untuk siri akan datang, aku akan terus ke tujuan dan matlamat. Aku akan huraikan satu persatu cara untuk mendapatkan follower yang ramai dan bagaimana dengan Twitter, kau boleh mendapat trafik yang banyak. Ok? Jangan lupa follow aku. Kalau tak, kau lambat dapat update terkini.

✔ Ini adalah fokus utama yang akan dibincangkan dalam entri-entri yang akan datang.

**Aduh! Tunggang langgang ayat aku. Ni lah padahnya kalau buat review pasal benda yang berkaitan dengan dunia teknologi. Susah nak cari kata yang sepadan dengan bahasa Melayu.

Twitter Kini Digunakan Pengganas

Dicatat oleh PakciQue | 10/28/2008 03:47:00 PM | , , , | 2 Komen »

Lawak gila. Tadi aku buat 'window shoping' dengan en. google. Lepas tu, ternampaklah satu berita yang mengatakan bahawa pengganas telah menggunakan Twitter sebagai alat bantuan operasi mereka. Siapa yang kata? Siapa lagi kalau bukan dari perisikan tentera Amerika.

Entah lah. Apa yang tak kenalah dengan mereka ni. Dah takut dengan bayang-bayang sendiri agaknya. Silap-silap google earth dengan telefon bimbit Nokia 6210 akan diharamkan sebab memberi maklumat pemetaan dan geografi.

Bacaan lanjut di SINI.

Oh ye. Kepada yang berminat untuk menggunakan Twitter sebagai alat bantuan keganasan untuk meningkatkan trafik, boleh selalu menjengah ke blog ni. Dalam beberapa hari, aku akan huraikan satu per satu teknik yang boleh kau guna untuk tingkatkan populariti blog kau. Ok.