Selamat bulan baru

Dicatat oleh PakciQue | 10/01/2007 11:03:00 AM | | 0 Komen »

Hari ni, 1hb Oktober bersamaan 19 Ramadhan 1428H. Pejam celik dah 19 hari kita berpuasa. Jadi, bila bercerita pasal puasa ni, mestilah ada cerita pasal berbuka puasa. Sama ada berbuka puasa dengan keluarga, seorang diri, bersama rakan-rakan serumah, atau kawan-kawan lama dah semestinya bersama kekasih hati.

Kelmarin, bertempat di Berjaya Times Square, telah berkumpul seramai 12 orang bekas pelajar perkauanan matrkulasi Koleh Negeri untuk majlis berbuka puasa. Aku namakan majlis tu "Skandal Berbuka Puasa Matrix Akaun".

Yang hadir, sudah semestinya Aku, Wani, Fiq, Ieja, Shieta, Haja, Arnie, Balqis, Wan, Nazrul dan Dilla. Juga tidak ketinggalan yang lewat, Azura.

Majlis yang berkonsep, "Kau Makan-Kau Bayar" diakan di medan selera tingkat 10. Dengan dihadiri ratusan tetamu yang tidak diundang, yang turut menjamu selera di sana, menjadikan suasana sangat meriah.

Majlis menjadi lebih meriah apabila turut meraikan hari lahir mereka yang jatuh pada bulan 9. Siapa lagi kalau bukan aku (24/09) dan Wani (30/09). Apa lagi, kita main tiup lilin la kan.

Majlis disudahi dengan persembahan magik yang tak berapa nak magik dan juga mengambil gambar sampai muntah.

Jadi, kepada yang ada di sekitar KL tapi tak hadir, rugi besar la kau orang.

Ok, tunggu aku upload gambar-gambar disekitar majlis tu.