Youtube vs Metacafe

Dicatat oleh PakciQue | 12/13/2007 12:56:00 PM | | 0 Komen »

Dengan antara muka yang mudah dan ringkas, serta keputusan carian yang lebih banyak, menyebabkan aku memilih Youtube sebagai yang terbaik. Senang cakap, kalau aku buat apa-apa carian terutama video yang bersifat tempatan, mencari di Youtube memberi keputusan carian yang lebih baik.


Sebagai contoh; dengan menggunakan kata kunci "Akademi Fantasia" di kedua-dua web video ini dapat dilihat terdapat 1,900 keputusan carian berbanding hanya 1 sahaja di Metacafe. Berikut adalah beberapa contoh carian menggunakan kata kunci yang tertentu.


Mungkin juga bilangan pengguna yang berdaftar bagi kedua-dua web ini mempunyai jurang yang sangat jauh menyebabkan bilangan kandungan yang dimuatnaik juga mempunyai jurang yang sangat besar.

Selain tu, kalau aku nak tengok siaran atau rancangan TV yang aku terlepas tonton, aku akan cuba mencari di youtube seperti drama-drama TV atau apa-apa konsert yang melibatkan penyanyai tempatan.

Jadi kesimpulan yang aku boleh buat adalah aku lebih sukakan Youtube untuk mencari kandungan video berbanding di Metacafe.

Posting ini adalah untuk peraduan di theplussixty.com

0 Komen