~..::Entri Tahun Baru
Setiap kali datang tahun baru, ada satu perkataan yang amat popular dan disebut-sebut oleh ramai orang. "Azam". Dan sepanjang hidup aku, aku tak pernah menetapkan sebarang azam atau cita-cita mahupun impian secara kursus. Sekadar angan-angan yang tidak pernah ditetapkan atau disasarkan dan jarang berusaha untuk dicapai.
Tapi, tahun ni, agak berbeza sikit. Seolah-olah aku mula ingin menanam azam dan mencatatkan semua perkara yang aku ingin lakukan dan capai untuk sepanjang tahun 2008. Jadi, dikesempatan ini, aku nak kongsi sedikit dengan kau orang apa yang terlintas setakat ini.

- Kehidupan & Kesihatan
Boleh aku katakan buat masa sekarang aku selesa dengan kehidupan bujang aku sekarang. Tapi sampai bila aku perlu rasa selesa begini kan? Sekarang duduk dengan famili, boleh lah kata begitu. Lambat laun, ada perut lain yang perlu aku jaga, yang perlu aku isi. Jadi peningkatan taraf hidup sangat penting. Cuma aku tak tau nak mula dari mana.
Tahun depan juga, aku nak buat full medical check-up dari hujung rambut sampai hujung kaki termasuk juga gigi. Kebelakangan ni, aku asyik kena migran je. Kadang-kadang tak semena-mena perut aku rasa lapar. Sakit ke tu?

- Kerjaya & Kewangan
Suasana di tempat kerja sekarang ni, sangat tidak seronok. Bab beban kerja, bukan jadi soal. Tapi soal kebajikan yang menjadikan isu. Tak payahlah aku cerita panjang lebar. Tapi tahun baru adalah peluang untuk mencari kerja baru dan meningkatkan taraf kewangan aku.
Semalam pula, aku dan mula melaburkan duit aku dalam CIMB Unit Trust. Harap-harap duit tu cepat-cepatlah beranak. Aku risau bila aku sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jadi, untuk 2008 ni, aku nak tamatkan ASB Loan aku dan kemudian buat loan baru dan melabur di dalam unit trust yang memberikan pulangan lebih.

- Keluarga & Tunang
Secara ringkasnya, aku berharap keluarga aku akan terus kekal bahagia seperti sekarang. Harapan agar hubungan kekeluargaan akan utuh bersama tunang tersayang. Tapi belum nak kahwin lagi tau!
Mungkin aku perlu merancang percutian keluarga tahun ni. Tapi aku tiada idea hendak ke mana. Mungkin akan ke Genting seperti yang di war-warkan beberapa bulan lepas. Tengoklah nanti macam mana.
Mungkin aku perlu merancang percutian keluarga tahun ni. Tapi aku tiada idea hendak ke mana. Mungkin akan ke Genting seperti yang di war-warkan beberapa bulan lepas. Tengoklah nanti macam mana.
- Kawan-kawan & Sosial
Zaman persekolahan sudah lama aku tinggalkan. Woi kawan-kawan! Rindu bangat aku sama kau orang! Bilalah dapat berkumpul semula bersama-sama dan mengenang kenangan silam. Macam ayat jiwang je?
- Hobi & Blog
Kemaskini blog juga akan dilakukan dengan lebih kerap sekurang-kurang satu entri berkaitan dengan magik satu minggu.
SELAMAT TAHUN BARU 2008
p/s: nanti Awal Muharam kena buat azam lagi ke?
0 Komen
Post a Comment