Buka Kedai

Dicatat oleh PakciQue | 11/02/2006 09:01:00 AM | | 2 Komen »

Assalamualaikum...Apa khabar semua pengunjung...Aku harap kau orang sihat hendaknya...

Terima kasih sebab sudi melayari blog aku ni...Entah yang keberapa kali aku ubah suai...Mula-mula macam nak buat blog berkenaan catatan harian...tapi dah ramai orang buat...Nak komen tentang isu-isu semasa...aku tak berapa ambil pusing pasal benda-benda ni...Nak ulas tentang dunia hiburan...walaupun aku minat seni...nampak macam terlalu ringan...Jadi aku pun membuat keputusan untuk tumpukan pada perkara-perkara yang aku minat seperti magik...

Dalam KedaiMagik ni...aku akan berkongsi pengalaman aku membuat persembahan magik...mungkin juga tentang persembahan magik yang aku tonton di tv...atau berkenaan tentang selebriti magik yang aku kenal tapi ada yang kau orang kenal dan tidak...

Baik...utuk memulakan entry, aku ceritakan pasal aku buat persembahan magik yang ringkas di sepanjang aku berkunjung ke rumah saudara mara aku di kampung ketika pergi beraya di rumah mereka...aku hanya bawa satu prop sahaja iaitu arnab span...Bentuk persembahan lebih kurang begini...

Aku perkenalkan kepada audien akan seekor arnab span tersebut...kemudian arnab span itu digenggam di dalam tangan salah seorang audien...jari dipetik 2 kali...arnab menjadi 2 ekor bila audien membuka genggaman tangan...

Kemudian seekor arnab diletakkan di dalam genggaman audien...dan seekor lagi di tangan aku...bila aku petik jari 2 kali...arnab di tangan aku berpindah ke tangan audien...dan sekali lagi di tangan audien ada 2 ekor arnab dan di tangan aku tiada arnab...

Sebagai menutup persembahan...aku akan menyuruh audien menggenggam kembali tangannya...aku petik jari 3 kali..dan akhirnya arnab menjadi 3 ekor...

Rahsia:-

Seorang ahli magik yang sejati tidak akan mendedahkan bagaimana sesuatu magik itu boleh dilakukan...Bila sesuatu rahsia itu sudah tidak menjadi rahsia lagi...maka sesuatu magik itu sudah tidak ada nilainya...

Cuma aku akan memberikan sedikit gambaran bagaimana magik ini boleh dihasilkan...Pertama adalah teknik yang sangat penting iaitu dipanggil false transfer...teknik yang mudah tapi perlukan latihan yang sangat lama untuk menjadikan ia netural...aku sendiri berlatih lebih kurang dua ke tiga bulan untuk menjadikan ia netural...Kedua adalah misdirection...kau orang perlukan teknik ini berbanding rahsia sesuatu magik...Pada aku rahsia magik itu tidak terlalu penting...Yang paling penting dalam sesuatu persembahan magik adalah cara penyampaian supaya orang boleh percaya bahawa ia adalah magik yang tulen...

Kenapa...?

Bila sahaja aku selesai buat sesuatu magik...audien akan cakap "Cuba buat lagi sekali.", "Cuba hilangkan gelas ni.", Cuba buat burung keluar pula." atau "Eleh, tipu!"

Itu tandanya aku ni hebat!








2 Komen

  1. Anonymous // Wednesday, November 08, 2006 11:22:00 PM  

    aku plak nak jd ahli sihir yang naik penypu terbang....hihihihihihihihihi..........

  2. PakciQue // Thursday, November 09, 2006 6:31:00 PM  

    Sesiapa pun engkau, terima kasih sebab sudi jengah blog aku ni.