The Prestige

Dicatat oleh PakciQue | 11/03/2006 02:13:00 PM | , | 0 Komen »

Magik terbahagi kepada tiga bahagian :-
- Pledge -> Ahli magik menunjukkan kepada audien sesuatu yang biasa (burung).
-Turn-> Ahli magik menukarkan sesuatu yang biasa itu kepada yang luar biasa (menghilangkan burung).
-Prestige-> Apabila anda cuba mencari rahsia magik itu, anda akan terus teruja (Burung dikembalikan semula)

Begitulah permulaan bagi cerita ini. Aku dari dulu masa mula-mula keluar promosi, aku dah simpan hasrat nak tonton cerita ni kerana ini cerita aku. Kalau Ahmad Idham buat cerita Remp-It untuk tarik mat-mat rempit pergi tengok wayang. Cerita ini juga untuk menarik para ahli magik untuk pergi menonton wayang.

"A friendship that became a rivalvery
A rivalvery that became a battle"

Sinopsis

Cerita ini mengisahkan dua orang sahabat iaitu Alfred Borden lakonan Cristian Bale (Batman Begin) dan Robert Angier lakonan Huge Jackman (X-Men - sebagai wolverin) yang menjadi penonton dummy untuk sesebuah persembahan magik. Mereka berdua sebenarnya adalah krew dalam persembahan magik tetapi berlakon menjadi audien.

Tugas mereka adalah menjadi audien yang 'sukarela' untuk mengikat tangan seorang pembantu ahli magik yang akan ditenggelamkan ke dalam bekas takungan air yang besar. Jadi gadis pembantu ahli magik ni perlu melepaskan diri dari tangki tersebut. Maka, mamat berdua ni akan membuat ikat di tangan dan di kaki yang mudah untuk gadis ini membuka ikatan ketika ditenggelamkan di dalam tangki air.

Persahabatan mereka menjadi dendam dan permusuhan apabila berlaku suatu tragedi. Kena tengok sendiri apa tragedi yang berlaku dan macam mana tragedi itu boleh berlaku.

A real magician tries to invent something new that other magicians are going to scratch their head over - Alfred Borden a.k.a The Professor

Dengan masing-masing cuba membalas dendam, timbul pula niat untuk berlawan dari segi persembahan magik yang paling agung. Di sini bermula cerita dan kau orang kena tonton sendiri.

I'll perform this feat in a manner never before seen by yourselves or any audience anywhere in the world - Robert Angier a.k.a The Great Danton

Komen

Oleh kerana aku minat sangat dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan magik, jadi memang aku tumpu betul-betul jalan cerita ini termasuk setiap persembahan magik yang mereka buat. Tapi, semakin aku tumpu, semakin aku tak faham. Sebab jalan cerita dia melompat-lompat. Garis masa dia berubah-ubah. Sekejap kehadapan, sekajap kebelakang, sekejap ada imbas kembali. Jadi kau orang kena tengok cerita ini dengan lebih penuh perhatian. Tapi aku pada pertengahan cerita dah dapat tangkap jalan cerita ini.

Dalam cerita ni, ada 3 jenis magik yang dulu pernah menaikkan nama ahli magik yang membuat persembahan ini.
  • Drown in Water Tank - persembahan menenggelamkan diri di dalam tangki air dengan diri diikat dengan tali. Ahli magik yang popular dengan persembahan ini adalah Henry Houdini yang terkenal dengan lagenda melepaskan diri dari ikatan dan kurungan. Kemudian persembahan ini dipelbagaikan dengan mengikat menggunakan gari atau rantai besi dan mangga. Ada juga ahli magik yang menukarkan tangki air kepada tong dram atau keranda dan ditanam hidup-hidup di bawah tanah atau melepaskan diri dari air sejuk (air dibawah kerak ais tempat orang bermain ski).
  • Bullet Catch - Selaras pistol yang diacu, ditembak ke arah ahli magik. Kemudian ahli magik itu akan menangkap peluru yang dimuntahkan oleh pistol tersebut dengan tangan atau mulut. Seni ini tidak banyak dikembangkan. Tetapi teknik ini banyak digunakan didalam mana-mana persembahan magik yang melibat senjata api sama ada pistol atau senapang seperti menembak anak panah dari selaras senapang dan anak panah itu menembusi perut tanpa mencederakan orang tersebut.
  • Human Transfer - Ini adalah sebuah persembahan memindahkan seseorang dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Ini adalah antara persembahan yang masih disukai oleh para ahli magik untuk dipersembahkan. Magik ini juga antara magik yang berkembang dengan sangat banyak dan berubah teknik tetapi menghasil seni yang sama. Ada ahli magik dimasukkan ke dalam keranda. Dibakar. Keranda tersebut rentung. Bila disiasat, ahli magik tiada di dalam keranda tersebut. Ahli magik muncul sambil memandu kereta membawa keranda. Ada juga persembahan memindahkan orang pada jarak yang dekat seperti dari atas pentas ke ruang penonton. Ada juga persembahan yang memindahkan orang pada jarak yang sangat jauh seperti di atas pentas di New York ke sebuah pantai yang indah di Hawaii.

Ada juga beberapa persembahan magik yang biasa-biasa seperti menghilang burung, linking ring, trik syiling dan trik bola. Semua ini dapat anda saksikan di dalam cerita the Prestige.

Jika anda ingin mengetahui secara asas bagaimana magik-magik di atas dilakukan, tontonlah cerita the Prestige. Tapi ingat, magik itu rahsia, jangan pecahkan rahsia magik. Anda membayar harga tiket untuk mendapatkan ilmu magik itu. Seperti mana saya membayar untuk mempelajari magik-magik yang baru.

0 Komen