Dejavu

Dicatat oleh PakciQue | 1/05/2007 11:07:00 AM | | 6 Komen »

Aku pinjam tajuk entri Kimi. Tapi dalam entri Kimi, dia menulas tajuk sebuah filem; Dejavu dan adegan dalam sebuah filem yang lain; The Matrix. Tapi dejavu yang aku nak kongsi ni berlaku pada diri aku sendiri.

Tet tet tet.
Alarm telefon aku berbunyi. Aku bangun. Masuk bilik air. Mandi. Siap-siap. Start enjin kereta.

Tet tet tet.
Alarm telefon berbunyi. Aku bermimpi rupanya. Tak siap lagi nak pergi kerja. Aku bangun. Masuk bilik air. Mandi. Siap-siap. Start enjin kereta.

Tet tet tet.
Alarm telefon berbunyi lagi. Dan aku tersedar. Aku mimpi lagi. Tak siap lagi. Aku bangun. Masuk bilik air. Mandi. Siap-siap. Start enjin kereta. Dan termenung. Macam real.

Bunyi alarm telefon aku adalah bunyi di alam nyata dan akan berbunyi setiap 5 minit kalau tidak dimatikan. Aku dengar bunyi itu.

6 Komen

  1. Anonymous // Friday, January 05, 2007 12:24:00 PM  

    hihihihiii..

    sama situasi mcm aku tetiap pagi...
    berape kali mimpi daaa..

  2. shie // Friday, January 05, 2007 12:26:00 PM  

    eh..tu cik shie komen..
    ok pakcik..

  3. kid... // Saturday, January 06, 2007 9:23:00 PM  

    mak aih. ni lagi pelik.

  4. wani // Monday, January 08, 2007 12:06:00 PM  

    aku pun pernah gak camtu.. dlm mimpi, aku dah solat subuh.. pastu bila betui2 bangun, aku konpius sbb aku ase aku dah solat td..huhu

  5. PakciQue // Monday, January 08, 2007 12:17:00 PM  

    Cik Shie:
    3 kali mimpi. Sebelum2 ni pon pernah kena gak. tapi yg ni paling real.

    Kimi:
    Pelik kan...ko xpernah kena ker?

    Tiwa:
    Mak aku pon kadang2 kompius bile kejut solat, aku cakap dah.

  6. pakteh // Tuesday, January 09, 2007 10:41:00 AM  

    Mimpi mcm itu tak pa la juga.

    Kita pernah mimpi kencing... bila tersedar, betul-betul kencing dlm kain!

    Haru.