2007

Dicatat oleh PakciQue | 1/03/2007 09:09:00 AM | | 0 Komen »

Biasanya bila menjelang awal tahun, ramai yang akan mengajukan soalan klise. "Apa azam tahun baru kau?" Jadi soalan tu aku ajukan sendiri kepada diri aku. "Apa azam tahun baru aku?"

Sejak dulu, aku tak pernah pun menanam apa-apa azam bila menjelang tahun baru. Mungkin masa tu, aku sendiri tak tahu tentang hala tuju kehidupan aku. Biasalah, masih mentah tentang kehidupan.

Tahun 2007 datang bersama kenangan 2006. Keindahan sehari sebelum menutup 2006 masih segar diingatan. Padahal baru merisik. Tapi angaunya semacam.

Lembaran 2007 dibuka dengan menjalankan ibadah korban. Kan dah kerja, jadi apa salahnya keluarkan sikit duit untuk dikongsi dengan yang memerlukan. Seronok juga menjalankan aktiviti ni. Pagi-pagi lagi aku dah bangun sebab nak ikut jiran aku gi tengok orang sembelih lembu. Aku ingatkan sembelih cara kampung seperti tambat lembu guna tali. Rupanya sembelih kat rumah sembelihan. Besar tempat tu. Dari mula lembu disembelih dalam ruangan khas tanpa perlu diikat, kemudian lembu tu digantung pada kaki belakang untuk proses membuang kulit, potong kepala dan kaki. Lepas tu proses buang isi perut dan segalanya. Proses memotong lembu kepada 2 bahagian dengan gergaji mesin khas seperti Gaban membelah raksasa. Akhirnya lembu itu ditimbang setiap bahagian selepas dibelah 4 sebelum di masukkan ke dalam lori.

Sampai kat perkarangan rumah aku, lembu-lembu itu dilapah dagingnya, di timbang sekilo satu dan diagih-agihkan pada yang memerlukan. Suasana memang cukup ceria dan meriah. Ada saja jenaka yang diselit. Dan tentunya sesiapa yang berbadan gempal akan dijadikan mangsa untuk dilapah seperti lembu-lembu tu. Nasib baik aku ni kurus melidi.

Aktiviti mengemas tak dapat aku sertai kerana aku keletihan yang amat. Aku terlelap hingga ke pukul 3. Tapi melihat kepada semangat kejiranan, aku rasa sangat seronok. Siapa kata kawasan elit sudah tidak mengamalkan semangat kejiranan. Cuma kenduri kahwin saja belum dapat dibuktikan dengan acara rewang. Mungkin masa kenduri aku nanti agaknya.

~..::Selamat Tahun Baru::..~

"Apa azam tahun baru kau?"

0 Komen