Kod Etika

Dicatat oleh PakciQue | 1/15/2007 10:46:00 AM | | 3 Komen »

Nama blog "KedaiMagik", tapi catatan berkenaan dengan magik sangat kurang. Yang banyak, catatan berkenaan kehidupan harian. Jadi, aku akan kerapkan catatan berkenaan dengan magik di sini. Mungkin aku akan mengajar kau orang beberapa trik magik yang mudah.

Tetapi, untuk menjadi seorang ahli magik kau orang perlu mematuhi prinsip-prinsip asas yang perlu ada pada seorang ahli magik.
  1. Berlatih setiap trik sebelum kau orang membuat persembahan. Perlu! Paling mudah, berlatih di hadapan cermin. Lihat dan kaji sudut-sudut penting yang perlu dijaga. Jika ada video kamera, rakam persembahan anda kemudian lihat semula dan baiki di mana-mana kelemahan yang wujud.
  2. Jangan sesekali memberitahu rahsia anda. Mustahak! Seorang ahli magik yang sejati tidak akan sesekali memecahkan rahsia magiknya. Apabila orang lain sudah mengetahui akan rahsia magik tersebut, tiada lagi misteri. Lagi, kebolehan anda dalam magik tersebut, tiada makna.
  3. Lakukan magik anda hanya sekali. Penting! Melakukan pengulangan pada orang yang sama memberi peluang kepada mereka untuk mengorek rahsia. Dan dialog ini akan muncul. "Hahaha, aku dah tau, kau sorok duit tu kat dalam kocek kau!" Maka, magik anda sudah tiada rahsia lagi.
  4. Jadi penonton yang baik. Jika anda mahu penonton menghormati persembahan anda, maka anda juga perlu menghormati ahli magik yang lain terutama jika mereka membuat trik yang anda tau rahsianya. Jangan memperlekehkan ahli magik itu.
  5. Yang paling utama, hormati penonton anda. Jika ada penonton yang 'melampaui' batas-batas persembahan anda, cari jalan untuk mengawalnya. (Akan dimasukkan dalam catatan yang berikutnya). Ingat, persembahan untuk keseronokan, bukan untuk memperbodohkan mereka. Tanpa mereka, tiada magik.

Bila kelima-lima kod etika ini dapat kau orang petuhi, maka aku akan perturunkan sedikit ilmu magik. Tapi adakah aku melanggari kod etika ke 2?

3 Komen

  1. Anonymous // Tuesday, January 16, 2007 5:09:00 PM  

    aik, yg mudah2 jerke. hihi..erm...aku sedia patuhi..
    bile nak start class ni?
    pakcik, kalo dulu kan adakah aku dikire penonton yg melampui batas?

  2. Anonymous // Tuesday, January 16, 2007 9:31:00 PM  

    "ooohh, maknanya btol la, kau sorok duit tu kat dalan kocek kau!"

  3. Anonymous // Thursday, January 18, 2007 10:58:00 AM  

    https://www2.blogger.com/captcha?type=IMAGE&captchaKey=18svvaij1ukat
    Visual verificatio
    bukan kat kocek la. tmpat lain. serius..