Berlatih, berlatih, berlatih

Dicatat oleh PakciQue | 1/16/2007 07:12:00 PM | | 0 Komen »

Kalau kau orang menonton siaran sukan seperti pertandingan silat, kau orang dapat melihat pesilat itu dapat membaca gerak lawan sekaligus mengelak sebarang serangan dari pihak lawan. Begitu juga, pesilat berhati-hati dalam mengatur strategi agar serangannya tidak dapat dibaca pihak lawan.

Perhatikan pula sebuah persembahan muzik. Seorang pemain gitar bermain gitar, memetik lagu-lagu yang indah diperdengaran. Tanpa melihat pada tab gitar, dia tahu note apa yang dimainkannya. Dia juga akan mengikut tempo lagu agar sama seperti tempo penyanyi dan instrumen lain.

Banyak lagi contoh-contoh yang lain yang boleh kau orang fikirkan. Tapi adakah mereka ini dengan begitu sahaja boleh menjadi pesilat yang handal ataupun pemian gitar yang cekap? Tentu sahaja tidak! Mereka bermula dengan minat dan diperkukuhkan dengan latihan.

Ya, latihan!

Dengan berlatih, setiap perbuatan menjadi natural. Dengan berlatih, perbuatan menjadi hampir automatik.

Dalam bidang magik, minat perlu dihadirkan dahulu. Kemudian, latihan. Tanpa latihan yang cukup, kau orang hanya akan ditertawakan seperti kau orang dibelasah teruk dikejohanan silat walaupun peringkat sekolah atau kau orang me-"sumbang"-kan lagu hasil dari petikan gitar ketika majlis hari guru.

Tiba-tiba kau orang menerima serangan hendap dari lawan atau penyanyi yang kau orang iringi tersalah "masuk" lagu. Bagaimana kau orang nak hadapi situasi ini jika kau orang tidak berlatih bersilat atau bermain gitar dengan bersungguh-sungguh? Dengan berlatih, perkara-perkara diluar jangka dapat diatasi dengan segera dan boleh menyelamatkan keadaan.

Maka, kod etika pertama

BERLATIH BERLATIH BERLATIH

Setiap orang ada pengalaman jatuh basikal. Kerana jatuh basikal, kau orang boleh menunggang basikal. Kau orang berlatih untuk tidak jatuh dari basikal.

0 Komen