Kembali

Dicatat oleh PakciQue | 5/08/2007 09:37:00 AM | , | 0 Komen »

Salam buat semua pembaca blog aku. Ha, sebenarnya pembaca blog aku pun bukannya ramai sangat pun. Berapa hit lah yang aku boleh dapat sehari.

Sepanjang tempoh pembisuan ni, tak banyak sangat perkara yang menarik yang berlaku. Cuma ada beberapa rancangan yang akan aku buat sempena menempuh hari penting beberapa bulan je lagi dan hari yang lebih penting dalam setahun yang akan.

Untuk entri-entri aku yang akan datang, aku akan lebih fokus kepada Magik Restoran. Ia juga sebahagian daripada rancangan yang akan aku laksanakan dalam masa terdekat ini. Dalan entri berkenaan, aku akan ceritakan skop dan pendekatan yang perlu ada untuk buat magik di restoran. Jenis-jenis restoran dan pelanggan (penonton) yang seorang ahli magik perlu tahu.

Beberapa minggu yang lepas (aku rasa dan dekat 2 bulan), ada sebuah rancangan magik di Astro Ria yang menggunakan judul "Fuyoo Magic" disiarkan. Setiap Selasa jam 10.30 malam. Secara peribadi, aku sokong usaha Shahril dan produksi dalam memperkenalkan Magik Jalanan kepada penonton dan rakyat Malaysia. Tetapi, ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. untuk musim ini, kita teruskan sahaja. Tetapi jika ada musim ke-2, diharapkan teguran-teguran dari para ahli magik di Malaysia dalam dijadikan panduan oleh produksi dalam menjayakan Fuyo Magic ni.

Oklah, setakat ni dulu. Nantikan entri aku yang berikutnya berkenaan Restoran Magik tidak lama lagi.

0 Komen