Dalam entri kali ini, aku masih lagi menceritakan tentang kod etika seorang ahli magik. Tetapi, sebab kita masih lagi berada dalam mood Tahun Melawat Malaysia, maka aku selitkan sedikit entri ini dengan TMM.
Katakan kau pergi ke Langkawi. Pulau di negeri Kedah yang mendapat jolokan Pulau Lagenda kerana lagenda Mahsurinya.
Pertama kali menjejakkan kaki di sana, kau menyaksikan penorama yang sangat indah. Banyak tempat yang kau lawati. Dan banyak kenangan terindah yang kau bawa balik.
Kemudian, beberapa bulan atau tahun kemudian. Kau menjejakkan kaki buat kali kedua ke sana. Dan kemudian muncul pula ayat-ayat seperti ini.
"Eh, bila masa pula ada bangunan ni kat sini? Baru bina ke?" tanya kau kepada si teman.
"Lah, memang dah adalah hari tu. Macam kita datang dulu." beritahu si teman.
"Aik, ada ke? Tak perasan pula."
Menjadi lumrah, manusia akan sentiasa terlepas pandang pada pandangan pertama. Mereka akan terlalu asyik pada pandangan pertama. Tetapi, pada pandangan kali kedua, mereka akan mula memberi tumpuan pada benda-benda yang kecil. Benda-benda yang mereka terlepas pandang.
Tika penonton meminta untuk kau mengulang semula magik yang kau buat, mereka sebenarnya bukan ingin menyaksikan magik tadi lagi sekali, tetapi sebenarnya mereka ingin mencari dan memberi tumpuan kepada helah yang kau lakukan. Dan akhirnya membawa kepada pembongkaran rahsia magik.
Maka, walau hebat bagaimana sekalipun penonton kau meminta, jangan sesekali kau ulang magik itu melainkan kau memang betul-betul hebat sehingga mereka tidak akan perasan helah yang kau gunakan. Tetapi, hampir semua helah magik memungkinkan tidak ada pengulangan dalam persembahan magik.
Ingat, tiada siaran ulangan dalam persembahan magik. Sama seperti tiba-tiba pengadil menuip wiselnya di dalam perlawanan bola sepak.
"Apa pasal pengadil tu tiup wisel?"
Kemudian, di TV menunjukkan siaran ulangan dan..
"Ooo..." atau "Hek eleh..."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tp klo ko melihat persembahan org tu berulang kali cane plak?
bkn psl ko suh die ulang time tu la.. tp bile org tu wat persembahan lg, kt tempt lain plak, ko pn g tgk...
so bagaimanakah ini?
hehehe.. pakcik, ko x perlu riso ulang byk kali depan aku, sbb aku mmg agak perlahan utk memahami selok belok magik.. ko ulang 2hatus kali pun x tentu aku tau.. last2 aku paksa ko dedahkan rahsia sebenar..hahaha!