Kopak Sakan

Dicatat oleh PakciQue | 6/18/2007 11:44:00 AM | | 0 Komen »

Hari yang indah hampir menjelma. Seronok? Teruja? Entahlah.

Semalam, dah memborong sakan. Beli beg tangan (gila ah), kasut, alat solek, pewangi, telekung dan cincin. Memang kopak sakan. Tapi tak apalah. Bukan selalu pun kan. Nasib baik lah aku ni rajin buat simpanan. Kalau tidak, tak tau kat mana nak cilok duit tu.

Apa-apa pun, aku berharap, majlis nanti akan berjalan dengan lancar. Teruja sungguh.