LipasMan

Dicatat oleh PakciQue | 6/22/2007 08:44:00 AM | | 0 Komen »

RM7.35 - Begitulah harga yang tertera pada kertas menu dan yang selalu kita dengar di iklan-iklan mengenai makan ala Itali ini.


Hari Rabu, lepas kerja aku jemput Fara untuk pergi sama-sama cari barang hantaran. Dia nak beli kasut, dan barang mandian untuk aku. Aku pula, sekadar temankan dia saja. Sebelum acara membeli belah berlangsung, Kitorang pakat nak makan piza. Jadi, singgahlah kat restoran ni.

Adegan pertama:
Aku minta set piza dan Fara ambil set nasi. Tambah 'Tempura Calamari Ring'.

Adegan kedua:
Tunggu punya tunggu punya tunggu, hidangan 'Tempura Calamari Prawn' sampai. Aik! Macam salah hantar?!

Adegan ketiga:
Set nasi sampai. Fara makan dulu. Dia kata tak sedap. Aku cuba sedikit. Hm, agak masin. Tapi masih boleh makan. Fara makan separuh, lepas tu dia suruh aku habiskan. Piza aku tak sampai lagi. Perut dah lapar. Jadi, aku makan la. Sampai ke ketulan ayam yang terakhir. Jeng jeng jeng.

Adegan empat:
Ada anak lipas mati di bawah ketulan ayam kecil itu. Wek!

Adegan lima:
Bila sampai perkara-perkara macam ni, aku memang agak 'blur'. Jadi aku suruh Fara panggil pelayan. Kami tunjukkan lipas mati tu. Pelayan tu panggil 'Chief Manager' dia. Dia orang cakap sikit-sikit. Pastu minta maaf kat kami. Dan menghadiahkan semangkuk salad sebagai ganti rugi. Hm, bil klinik tak nak bagi sekali?

Adegan enam:
Sehingga aku melangkah keluar dari restoran tu, lebih lima kali perkataan minta maaf yang aku dapat dari tiga orang. Pelayan, Pengurus dan Juruwang. Aik?!

p/s: Kalau kita makan di kedai-kedai tepi jalan atau warung-warung biasa, kehadiran haiwan-haiwan tersebut di dalam makanan adalah dianggap biasa. Buang haiwan tu, dan sambung makan atau tak perlu makan lagi. Tapi macam mana restoran yang macam tu pun boleh ada lipas?