Kita dah melihat banyak magik yang menggunakan pelbagai pendekatan macam pentas, jalanan, restoran dan lain-lain. Tapi, ni pertama kali aku melihat orang buat magik dengan menggunakan kamera pada telefon bimbitnya. Nampak menarik dan seronok. Cuba kau orang lihat contoh video di bawah.
Pada yang tak berapa nak faham, aku terangkan serba sedikit. Nama lelaki tu adalah Marco Tempest. Dia ni, seorang ahli magik yang menggabungkan seni persembahan dan juga teknologi CGI, video dan muzik di dalam persembahannya. Penggunaan cahaya lazer, dan bunyi pada skala besar merupakan identiti Marco dalam persembahannya yang kadang-kala membawa tema ala robotik.
Dalam contoh video di atas, magik yang dibuat adalah menggunakan video kamera pada telefon bimbitnya yang dirakam secara berterusan tanpa diberhentikan seketika (pause/stop). Magik tersebut dilakukan tanpa sebarang suntingan atau pos-produksi.
Sebenarnya, magik ini bukanlah magik sebenar. Tetapi ia lebih kepada 'puzzle' untuk kita sama-sama fikir dan teka bagaimana dia melakukan magik ini. Kan kau orang suka nak tau dan ambil tau rahsia atau trik magik kan.
Kalau kau orang rasa magik yang di atas tu senang sangat nak teka macam mana dia buat, cuba lihat yang ini pula.

0 Komen
Post a Comment