Kiri

Dicatat oleh PakciQue | 8/13/2007 11:51:00 AM | | 6 Komen »

Satu dari sepuluh orang di dunia ini merupakan orang kidal. Orang kidal ni, kita boleh tafsirkan sebagai orang yang hidup di alam lain. Mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling yang lebih memihak kepada orang-orang "Kanan". Kebanyakan peralatan yang ada di pasaran sekarang memang direka khas untuk orang "kanan". Jadi, sejauh mana orang-orang "kanan" memahami mereka?

Contoh paling mudah adalah gunting. Bilah atas gunting memang direka berada di sebelah kanan dan bilah bawah di sebelah kiri. Ini akan memudahkan kerja-kerja menggunting kerana kita boleh memotong dengan lebih cantik berbanding jika gunting ini digunakan dengan tangan kiri. Kau orang boleh cuba menggunting kertas dengan tangan kiri. Agak sukar untuk mendapatkan guntingan yang lurus kerana kau orang tidak akan dapat melihat garisan potongan dengan jelas disebabkan dihadang oleh bilah atas. Selain itu, dengan menggunakan gunting normal pada tangan kiri, menyebabkan bilah akan renggang sedikit sekaligus menyebabkan kertas boleh terselit pada celah bilah bila bilah dikatup. Jadi, gunting khas untuk golongan kidal direka dengan menterbalikkan kedudukan bilah pada gunting iaitu bilah atas di sebelah kiri dan bilah bawah di sebelah kanan.

Selain itu, bila menulis juga kadang kala amat memeritkan bagi golongan ini. Jika menulis secara normal dengan tangan kanan, pen/pensil akan berada pada sebelah kiri. Tangan, bahu dan lengan pada sebelah kanan. Gaya penulisan ayat rumi adalah dari kiri ke kanan. Makanya, tangan akan berada pada kawasan kertas yang kosong. Sebaliknya, bagi mereka yang kidal, kerana tangan mereka "mengikut" pen maka, tangan mereka akan "melanggar" tulisan yang mereka tulis sekaligus mencomotkan tangan, tulisan dan kertas mereka selain memberikan tekanan pada bahagian lengan kerana menulis "ke dalam". Maka, kau orang akan dapat perhatikan, terdapat golongan kidal menulis dengan memusingkan kertas mereka 90 darjah dengan bahagian atas kertas menghadap ke kanan. Maka, kedudukan tangan mereka adalah di bawah tulisan. Keadaan menjadi lebih pelik apabila ada sesetengah mereka yang kidal memusingkan kertas 180 darjah dan menulis secara terbalik!

Begitu dengan pengasah/pengorek pensil. Nampak normal. Tapi adakah kau orang pernah terfikir. Ketika mengorek pensil, kau orang memulas pensil atau pengorek pensil? Bagi mereka yang "kanan", yang dipulas adalah pensil. Tetapi, pengorek bagi yang kidal kerana tangan kiri yang "kuat". Jadi, kenapa tak tukar posisi sahaja. Pensil di kiri, pengorek di kanan? Menukar tangan masih lagi menyebabkan pensil dipulas ke dalam dan ini memberi kesan tekanan pada bahu dan lengan. Jadi, secara mudahnya, menukar bilah pada pengorek dapat menyelesaikan masalah ini.

Banyak lagi peralatan yang memberi kekurangan kepada si kidal. Contoh yang lain adalah tanda aras pada cawan penyukat di mana tanda aras biasanya terletak pada sebelah kiri bahagian pemegang dan apabila dipegang dengan tangan kanan, tanda aras itu akan berada di sebelah dalam dan memudahkan membaca tanda aras tersebut berbanding berada di bahagian luar jika dipegang dengan tangan kiri. Pembuka tin (jenis putar) juga menyiksakan bagi si kidal apabila mereka perlu menyilang tangan bila ingin membuka tin.

Perasan tak bahawa ganggang telefon berada di sebelah kiri "badannya" supaya ganggang diangkat dengan tangan kiri, dan nombor didail dengan tangan kanan. Begitu juga dengan alat mesin fotostat apabila butang "start" di sebelah kanan. Pernah tak mencuba mendail dengan tangan kiri?

Cuba bayangkan kalau ini semua terbalik?

Delima si kidal

Orang asia, tak kira apa golongan, menggunakan tangan kanan untuk tujuan yang baik. Seperti makan, memberi sesuatu kepada orang, melakukan tugasan yang lainnya. Adalah dianggap tidak sopan/beradap jika menggunakan tangan kiri dalam melaksanakan tugasan harian terutama jika makan dengan tangan kiri walaupun menggunakan sudu atau "chop stik".

Ada ibubapa/guru yang marah dan memukul tangan anak/murid jika mereka menulis dengan tangan kiri. Mereka akan dipaksa untuk belajar menulis dengan tangan kanan. Dan ini memang menyiksakan sama seperti jika anda seorang "kanan" dipaksa menulis dengan tangan kiri. Penat, meyiksakan dan mampu memberi kesan trauma.

Selain itu, ada juga mereka yang diejek oleh rakan sebaya akan kepelikan menggunakan tangan kiri untuk menulis dan melakukan tugasan yang lain. Dan ini sekaligus menyebabkan motivasi dan keyakinan dalam diri mereka menurun seterusnya mengasingkan diri dari orang lain.

Golongan kidal adalah golongan yang kreatif. Jika menggunakan tangan kiri, ia merangsang otak kanan. Sebab itu, sebenarnya kita perlu melatih kedua-dua belah tangan untuk bekerja supaya kedua-dua belah otak kita berfungsi. Berikan sedikit latihan kepada tangan kiri seperti mengangkat barang, menekan punat atau suis dan sebagainya. Jadi, mulakan sekarang menaip mesej sms anda dengan tangan kiri.

Mereka yang terkenal
  • Pak Lah
  • Mawi
  • Datuk Azalina Othman
  • Ajai
  • Amitabh Bachan
  • Leornado da Vinci
  • Napoleon
  • Bill Clinton
  • Oprah Winfrey
  • Angelina Jolie
  • Bill Gates
  • Jim Carey

Dan aku akhiri entri aku dengan membuat ucapan "Selamat Hari Kidal Antarabangsa" kepada mereka-mereka yang kidal pada hari ini.

Siapa lagi?

  • Adik aku nombor 4 seorang yag kidal
  • Shawalina, engineer di pejabat aku juga kidal
  • En Erhan, Pengurus Projek pun kidal

6 Komen

  1. Anonymous // Tuesday, August 14, 2007 4:18:00 AM  

    kakak aku n adik last aku kidal...

    slmt utk semua~

  2. Ibu // Tuesday, August 14, 2007 3:04:00 PM  

    yuhu... shawalina tak kidal la.. en. erhan ye la.. kidal..

  3. Judin-Ijud // Thursday, August 16, 2007 3:41:00 PM  

    yup, aku kidal..

    selamat hari kidal antarabangsa!

    ps: dan aku menyampah betul dengan numerical pad keyboard sbb dia dok kat sblh kanan. huh!

  4. Anonymous // Tuesday, December 11, 2007 11:14:00 PM  

    my late mother and one of my sister is lefthanded..my niece also lefthanded..org y lefthanded mmg mengagumkan..ske tgk dorg guna tgn kiri..i have practised to use left hand but when i stop to practise,its been nothing arrhh..hampas klapa tol..but at list i dh try kn???

  5. ManKidal // Wednesday, April 01, 2009 3:17:00 PM  

    aku ni pun menulis gune tgn kiri gak...ok per, walaupun dulu aku pnah dikutuk oleh cikgu aku sebab gune tgn kidal, tapi kebanyakkan classmates yg spesis same mcm aku ok jer, semua mereka ade keistimewaan sndiri, contohnye...pandai melukis...hehehe....aku ni nulis jer gune tgn kiri, tapi kalau makan ke...normal mcm org lain.
    Satu lagi, cakap pasal gunting mmg direka utk gn kanan, mmg betul, tapi sye gune sebelah kiri pun ok jer, cantik jer...lagi satu, aku ni salah seorang tukang jait gak...pegang jarum pun gune tgn kiri..mmg ook la...xde masalah punyer...
    cume yg best bile gune tgn kiri ni, kiter jadi lain dari yg lain, unik pada pandangan mata org lain, walaupun sesetengahnya memandang serong, sebenarnye meke tu jeles tgok org tgn kiri ni, sebab tgn kiri diaorg x berfungsi...kahkahkahkahkah.....
    Tapi ape pun, yg pasti, gune tgn kiri ni akan mengaktifkan otak kanan, yg mane buat spesis mcm kami ni aktif berfikir...., berfikiran kreatif, inovatif...sensitif...hehehe...
    yg penting dan yg utama, bile org tgok aku ni tulis gune tgn kiri, ramai ckp...aku ni pndai...huhuhuhu..syok sendiri:)

  6. Syukri Sapuan // Sunday, April 26, 2009 5:44:00 PM  

    salanm ziarah.

    saya juga orang kidal!

    search pasal keistimewaan org kidal td, lantas tercampak ke sini.