3 minit

Dicatat oleh PakciQue | 7/26/2007 04:10:00 PM | | 3 Komen »

Cerita basi. Malaysia kalah dalam AFC Asia Cup. Nak buat macam mana lagi. Biarkan saja. Sindiran yang tajam. Sempana sambutan 50 tahun merdeka. Pasukan Malaysia dibelasah 5 gol dengan China. 5 gol dengan Uzbekistan. Ah, biarlah. Dah basi.

Tapi aku nak cerita pasal bola gak. Semalam Korea lawan Iraq. Iraq pergi final dengan menang penalti 4-3. Aku dapat tengok masa tendangan penalti saja. Pastu, Arab lawan Jepun. Semua jangka Jepun pergi final. Tapi dah rezeki Arab, nak buat camne.

Tonton dengan Astro di siaran 52. Fikirkan tiada siaran langsung di RTM. Separuh masa pertama, Arab dapat gol pada minit ke 36. Kemudian, Jepun mengejar pada minit ke 37. Dah kena bolos baru main betul-betul. 35 minit sebelum seperti menonton perlawanan budak-budak. Agaknya menyimpan tenaga.

Separuh masa kedua, Arab dapat jaringan ke-2 pada minit ke 47. Kemudian baru tahu, RTM 2 ada buat siaran langsung juga. Tetapi terus juga menonto di siaran 52.

"Ayah tak faham lah dia cakap apa."

Jadi aku tukar ke TV2 untuk ulasan bahasa melayu. Tetapi Jepun dah menyamakan kedudukan. Sedang meraikan jaringannya. Aik, camne pula boleh gol. Tukar semula ke siaran 52 dan tunggu 3 minit untuk menyaksikan jaringan dari pasukan Jepun. Dan GOLLLL...

Kemudian tukar semula ke TV2. Arab sedang meraikan jaringan gol ke-3. Aik, dah gol dah. Tukar semula ke siaran 52 dan tunggu 3 minit untuk menyaksikan jaringan dari pasukan Arab. Dan GOLLLL...

Begitulah kalau menyaksikan siaran langsung di Astro yang sebenarnya adalah siaran langsung tertunda selama 3 minit. Dan dalam masa 3 minit, ketika Jepun menjaringkan gol penyamaan di siaran52, Arab telah mendahului jaringan di TV2.

3 Komen

  1. aniey // Sunday, July 29, 2007 5:51:00 AM  

    haah astro mmg lagging.. teringt plak dolu2 slalu kena situasi cmni.. the hee~

  2. PakciQue // Tuesday, July 31, 2007 10:30:00 AM  

    memang tau astro selalu lambat..tp biasa dalam 4-7 saat je..tp xtau plak kalo siaran langsung sampai 3minit dia delay..
    hm, aniey..situasi mase bile..?

  3. aniey // Monday, August 06, 2007 2:40:00 AM  

    situasi maseeee.. tgk CL.. hhahaha! tp mmg situasi yg kena tu slalu lag 3min camtu.. bkn saat dah.. hehe..