SMS

Dicatat oleh PakciQue | 8/22/2007 02:29:00 PM | 0 Komen »

Bayangkan. Anda di dalam lif/komuter/bas yang penuh sesak dengan manusia. Depan anda orang. Kiri anda orang. Kanan anda orang. Belakang anda orang.

Tiba-tiba...

"Tet tet..tet tet.."
"Tet tet tet..tet tet tet.."
"Alamak, ada mesek pulak!"
"Woi, ada sms la!"
"Anda ada, 1 sms yang belum dibaca!"

Telefon bimbit orang di sebelah anda berbunyi. Mungkin ada SMS untuknya. Anda curi-curi baca.

"Wei, ko dh smpi mne?"
"Syg nak balek kol baper?"
"Jom lepak mamak. Kte ngeteh jap"
"Doh, aku dah sampai"
"Nanti balik, singgah kedai"

Kemudian, si pemunya membalas semula mesej tu.

"Aku ondaway le ni. Tggu"
"Syg dlm lif. Dah nak balik dah"
"Sori beb, aku ade plan len r. Len kali k"
"Tggu sat"
"k"

Selang 2,3 minit, telefon bimbit si pemunya berbunyi lagi. Dan anda meneruskan profesion terbaru anda itu. Mungkin sehingga si pemunya itu beredar dari tempat itu, atau anda yang beredar dari tempat itu. Mungkin juga anda tertangkap membaca sms oleh si pemunya.

...

Adakah perbuatan di atas beretika? Tapi sebenarnya seronok bila kita dapat tahu tentang rahsia dan perjalanan hidup orang lain.