Ahad - 26 Ogos 2007

Dicatat oleh PakciQue | 8/27/2007 09:59:00 AM | | 2 Komen »

Pagi-pagi lagi aku dah dapat panggilan telefon.

"Yat, kita gerak kul 9.00. Aku ambil kau".

"Ok"

Aku tengok jam, pukul 8.45. Alamak, apa la mamat ni. Takkan nak suruh aku bersiap 15 minit kot. Takpe lah. Sempat je.

Aku mandi, bersiap dan sempat lagi basuh tuala aku.

9.15 aku dapat lagi panggilan telefon.

"Yat, aku dah sampai".

"2 minit".

Aku terus bergegas keluar rumah, kunci pintu dah berlari ke langit kereta kawan aku ni. Nama dia Fikri. Aku biasa panggil Fiq.

Kami memulakan perjalanan untuk mengambil Cik Wani di Subang Jaya. Apabila sampai sahaja di The Summit, aku pun menghantar mesej.

"kitorg dh smpi summit.."

"Weh,apsal xckp nk gerak kul bape?aku lum siap lg ni,saje la ko"

Aku dah agak dah.

"Huh..Dh..Cepat siap..Aku bg 5minit.."

"Ngade2 la ko ni,kang nk ckp aku lmbt la tu,pdhl dia yg xbgtau kul bape..Eeee"

Wani ni memang selalu dah kena komplen dengan aku pasal ketepatan masa dia.

"Mrh fiq..Aku ingt dia dah call..kitorg kat fudkot dpn syed bistro..Tggu ko..Jgn lmbt..Nasi t'hr pn dh kuar..He3..Ok..Take Ur Time."

Maka, aku dengan fiq pun mengeteh la sekejap. Nak cari sarapan, takde pula. Semua lauk tengah hari. Padahal baru pukul 9.30.

Maka, sementara nak tunggu, kami pun borak-borak la. Dari cerita kerja, ke cerita kereta, ke cerita pasal wani.

42minit kemudian.

"Woi..Lmbt lg ke..?Apa da..Dh naik kejung kitorg dok ngeteh ni.."

"Hah!jgn nk slhkn aku.g salahkn fik.hosmet aku tgh mndi td.aku kena tnggu turn.sbr la kjp dh nk siap.nnti aku blanja lunch kat fudkot tu ek.upah sbr.haha"

Chez!

Beberapa minit kemudian, Wani pun sampai dan kami bertiga memulakan perjalanan.

Sebenarnya, kita orang merancang untuk pergi tengok kawan Wani ni konvo kat UIAM. Aku yang tak tau jalan, sekadar menjadi manusia yang jakun dengan keadaan sekeling. Sesekali cuba untuk menghafal jalan, mana tau nanti aku nak bawa kereta ke.

Acara pertama bila sampai ke UIAM adalah MAKAN. Lapar gila. Dahla panas terik gila kat situ. Aku makan nasi lemak, Wani dan Fiq makan nasi campur. Wani janji dia nak belanja. Tapi sebab Fiq dah bayar sendiri maka, aku pun bayar lah sendiri. Takpe, ada cara lain untuk ketuk Cik Wani.

Orang di tapak gerai pada waktu tu tak berapa ramai. Mungkin sebab semua orang berkumpul kat dewan konvo. Hm, tapi kita orang tak jumpa pun dewan tu kat mana. Jadi, keputusannya kita orang pusing-pusing di gerai-gerai yang ada. Tak banyak gerai yang menarik yang ada dan gerai menjual bunga hanya ada 2,3 sahaja.

Setelah penat berpusing-pusing tanpa arah tujuan, kami pun berangkat menuju ke tempat yang tak pasti lagi. Tapi memang rancang nak pergi tonton wayang. Asalnya nak pergi tengok cerita Ratatouille. Cerita pasal tikus yang menjadi tukang masak. Tapi tiada waktu yang sesuai bila kami sampai di TGV KLCC.

Maka, kami pun beranjak ke plan B. Impak Maksima. Filem melayu pertama yang memaparkan kisah perlumbaan kereta secara haram sebagai jalan ceritanya (Castello & Gangster adalah antara filem awal yang menyelitkan babak perlumbaan kereta). Secara keseluruhan aku bagi 4 bintang untuk filem ini. Hilang 1 bintang kerana mood aku dimatikan dengan kesan CGI kereta berlanggar, terbalik, terbakar, meletup yang buruk. Sepatutnya kesan itu dihasilkan dengan lebih realistik sekiranya penerbit ingin menjimatkan kos berbanding meletupkan secara "real" sebuah kereta.

Ops, lupa plak. Wayang tadi ditaja oleh Cik Wani dan jiran Cikgu Rogayah.

Habis je, kami terus bergegas ke Mydin Subang Jaya. Aku macam biasa, sekadar cuci mata sahaja. Niat untuk berkelakuan baik terpaksa digadaikan apabila Wani mengajak aku makan percuma. PERCUMA?

Di mana-mana pasaraya yang besar seperti Giant, Tesco, Jusco dan juga Mydin, pasti akan ada para promoter yang memperlawa pembeli-pembeli di pasar raya tersebut utuk mencuba produk mereka seperti minuman dan makanan. Dan itulah yang diajar oleh Cik Wani. Tetapi, kami bijak. Kami buat-buat kami berminat akan produk itu, bertanya bermacam-macam kepada promoter tersebut dan seolah-olah ingin membeli. Tapi hakikatnya, kami beredar semula selepas itu. Tapi datang lagi sekali untuk mencuba dipusingan kedua.

Kemudian, kami terus berangkat balik selepas memasing menjamu selera dan mengenyangkan perut.

Mula-mula hantar Wani balik. Kemudian Fiq hantar aku.

Sampai di rumah, aku angkat baju di jemuran, mandi, dan ZZZZZZZZ.

(Apa pasal dihujung-hujung entri macam bosan je ayat aku? Sebenarnya dah tiga hari aku menaip entri ni. Tapi tak siap-siap. Tu ayat nak bg entri siap je tu)

2 Komen

  1. Anonymous // Friday, August 31, 2007 10:02:00 PM  

    hahahah, ko dah mendahului aku buat entry ni.. aku tak sempat nak mengarang coz kene keje time merdeka nih.. adehhh.. esok pun keje lagik..x best laa xde amik gambo aritu, kan?kan?

  2. Anonymous // Monday, May 05, 2008 9:22:00 PM  

    mmg bez la life ka..jelez gua bace..actually gua terbace blog wani accidentally......adiosssaaaaa