Aku sekarang berada ni Universiti Malaya. Ada pesta konvo kat sini. Aku tumpang tidur bilik adik aku.
Salah satu acara yang dibuat sempena majlis konvo adalah "Mock Trial". Kes adalah rompakan bersenjata disebuah bank.
Tanggapan pertama aku, aku fikir ia akan menjadi sebuah perbicaraan yang tegang. Tapi, hampeh. Lawak pecah perut punya.
Perbicaraan bermula dengan tayangan "cctv" di bank bagaimana rompakan tu berlaku. Kemudian beberapa gambar kerja-kerja forensik dan seterusnya video tangkapan suspek rompakan. Apa yang menarik, tangkapan "suspek" dibuat dengan kerjasama pihak polis. Secara tiba-tiba terdengar siren kereta polis di tengah-tengah tapak konvo. Di ikuti dengan beberapa pegawai polis siap beruniform berkeliaran mencari suspek. Dan berlaku pergelutan ketika menangkap suspek yang menyebabkan orang-orang di sekeliling terpinga-pinga dan tertanya-tanya sesama sendiri. Memang real.
Itu bahagian pertama. Sebelum prosiding bermula, setiap watak diperkenalkan dengan pelbagai ragam dan peel yang bukan-bukan. Untuk pengetahuan, hampir 70% perbicaraan yang di jalankan mengandungi unsur kelucahan.
Sebagai contoh, 2 orang jurubahasa mahkamah adalah gay dan mereka berdua betul-betul buat aku percaya yang mereka adalah gay dengan gaya lakonan yang baik. Selain itu, ada watak penguamcara lelaki yang ada hubungan sulit dengan salah seorang saksi, sedangkan isterinya juga adalah penguamcara dan duduk disebelahnya. Terdapat juga saksi yang ada hubungan sulit dengan saksi yang lain, saksi yang diliwat oleh perompak serta saksi yang bekerja sebagai PNL (Pemuas Nafsu Lelaki; tetapi dijelaskan dia bukan pelacur), tetapi sebenarnya adalah lelaki. Ada juga saksi peguamcara yang menampilkan gaya-gaya penggoda.
Dialog yang juga agak "overrated" bila pelakon-pelakon menggunakan dialog-dialog yang lucah seperti seorang saksi yang merupakan pakar forensik, lebih kepada menerangkan dan menceritakan tentang alat sulit perompak yang masih "hidup" apabila dipegang dan dibelek-belek walaupun telah mati ditembak ketika bedah siasat dijalankan hanya kerana untuk mengeluarkan peluru. Kalau sedikit lawak lucah yang digunakan, mungkin seronok. Tapi bila terlalu banyak dan sentiasa diulang, rasa sedikit rimas dan tak rasa lawak pun.
Begitu juga dengan nama-nama watak yang ada setengah yang bijak, sinis, kelakar, jijik dan lucah seperti K Siani Saya, ASP Khadil Mohd Jiwa (suka dipanggil ASP K), Borhan Beracair, Bimbang Pamungkas, Kong Keck Kuat, Jamilah G (merujuk G kepada gersang, gondol dan g-string), Affin Alrajhi Muamalat dan beberapa nama lagi yang aku dah lupa.
Secara keseluruhan, memang sebuah usaha yang memang patut dipuji. Beberapa babak yang berjaya menggeletek perut seperti jurubahasa mahkamah yang geli memegang bahan bukti yang mengandungi hingus tertuduh, babak tarian yang cantik dan lagu pengenalan apabila setiap saksi dipanggil untuk memberi keterangan, serta aksi babak terakhir apabila perompak sebenar telah diketahui.
Cuma terdapat beberapa kekeliruan apabila beberapa fakta kes yang tak sama antara saksi sama ada saksi penguamcara atau saksi penguambela. Sebagai contoh, perompak yang berjaya ditembak tidak diceritakan secara nyata identiti mereka.
Hm, dah lama tak berlakon. Bilalah dapat merasa membuat lontaran vokal lagi ni.
wehh, awat tak snap pics? gaya ko citer cam happening jek..
btw, epi ramadhan:)
Dalam mahkamah mana boleh bawa masuk n amik gambar..nanti polis mahkamah n hakim marah sebab aku menghina mahkamah yang mulia. ahaks..ekcelli bat hp aku kong..dah kojol dah..