Bila berada di Shah Alam ni, kenderaan rasmi aku adalah teksi, komuter, LRT dan Monorel. Menjadi suatu yang seronok jika aku dapat pergi ke suatu tempat dengan kenderaan awam ini.
Sebagai contoh, katakan aku nak pergi ke Times Square untuk cari barang magik aku. Aku akan naik teksi ke stesen komuter Batu Tiga dengan tambang RM5.00. Kalau naik 2 orang pun, kena bayar RM5.00 juga, seorang! Kemudian, beli tiket komuter ke Stesen KL Sentral dengan harga RM2.10. Apabila sampai sahaja di sana, aku akan berjalan kaki sedikit, untuk pergi ke stesen monorel. Dengan tambang berharga RM1.60, aku akan berhenti di stesen Imbi dan terus menghala ke tingkat 7, di mana terletaknya kedai magik tu. Nama kedai magik tu "Magic Ring".
Tapi bukan pasal kedai magik tu yang aku nak cerita. Aku nak cerita pasal kejadian yang berlaku di stesen komuter batu tiga. Bermula dengan aku menaiki teksi bersama dengan seorang awek. Bila sampai sahaja di stesen komuter, si awek terlebih dahulu menghulurkan duit RM10.00 pada pakcik teksi tu. Pakcik tu kemudian mengharapkan aku untuk memberi wang kecil iaitu RM5.00, kerana dia takde duit kecil. Tetapi, aku pun ada RM10.00 gak. Maka, pakcik teksi tu suruh aku tukar duit kat kaunter tiket komuter dan bayar pada awek tadi.
Aku pun mulalah memaniskan bibir bertanyakan hala tujunya. Dan ternyata, tak sama. Dan lebih mengharukan, kaunter tiket komuter ditutup sementara. Pergi makan agaknya. Jadi terpaksalah menggunakan mesin. Kat mesin pula, ramai sungguh manusia yang beratur.
Puas aku korek-korek segala duit kecik yang ada dalam wallet aku untuk aku gantikan duit tambang teksi tadi. Dan aku jumpa 4 keping RM1.00, 1 keping 50sen, 2 keping 20sen dan 1 keping 10sen. Cukup Rm5.00 dan aku serahkan pada awek yang aku segan nak tanya nama dia.
Dan kesudahannya, aku mengambil posisi yang tersorok, menyelongkar segala ruang dan ceruk yang ada di dalam beg, wallet dan kocek. Mencari duit kecil yang mungkin tersorok. Kira punya kira, aku ada Rm1.70. Cukup ke nak pergi Angkasapuri?
Sebagai nota, stesen Angkasapuri adalah stesen sebelum KL Sentral. Ke KL sentral RM2.10. jadi ke Angkasapuri, tambangnya kurang sedikit. Tapi berapa? Dan duit paling kecil yang aku ada, RM10.00.
Gerai burger! Peluang untuk pecahkan duit RM10.00 tu. Tapi aku perlu bersikap "win-win situation". Aku order 2 burger ayam yang berharga RM2.00 satu. Maka, aku akan dapat baki RM6.00.
Sekembalinya aku ke mesin tiket itu, kaunter tiket telahpun dibuka. Hampeh tol!
Dengan nafsu amarah yang menjulang-julang, aku memasukan RM5.00 sekeping ke slot mesin itu dengan niat untuk mendapatkan sejumlah syiling yang banyak. Bila disemak, harga ke Angkasapuri adalah RM1.70. Dan aku mendapat syiling yang banyak.
Nasib agak baik, apabila komuter sampai ngam-ngam bila aku dah masuk dalam kawasan stesen. Di pertengahan perjalanan, baru aku terperasan yang duit syiling yang aku ada pada awal-awal tadi, cukup-cukup untuk membeli tiket. Cis, rugi RM4.00.
Sesampai di stesen Angkasapuri, kawasan sangat lengang. Boleh keluar masuk stesen sesuka hati. Cis, tak payah beli tiket tadi. Masuk di Batu Tiga tiada yang kawal. Keluar di Angkasapuri pun tiada yang kawal. Rugi RM1.70. Rugi masa.
Jadi, aku bertekad, balik nanti aku xnak beli tiket. Tapi berani ke nak tanggung risiko?

ko cite psl pe ni??nyesal aku baca~~~
erk..u minat sgt ke ngn magik?magik mmg interesting..i pernah wt magic show kt dpn kwn2 mse sklh..x sngka dorg impress..