Dicatat oleh PakciQue | 12/03/2007 09:47:00 AM | | 4 Komen »

~..::Kaunselor?

Semalam aku dapat satu SMS dari kawan lama. Lama takde lah lama mana pun. Tapi agak lama jugalah tak bertanya khabar. Kalau tak silap, kali terkahir kami berjumpa pada sambutan hari jadi aku. Lepas tu, masing-masing menyepi. Mungkin sebab sibuk nak berhari raya. Dia SMS aku dan mengadu masalah teman lelaki dia pada aku.

Aku ni bab nak menasihatkan orang, aku sendiri pun macam ketam. Tapi biasalah, orang perempuan kalau ada masalah dengan orang lelaki, mestilah mintak pendapat dari orang lelaki. Sebab orang lelaki lebih mengetahui.

Aku pun bagi lah serba sedikit cadangan yang terdaya. Sebabnya, aku pun bukannya kenal sangat dengan si jejaka itu.

Tapi yang paling menarik adalah mesej beliau yang membalas mesej aku sebelumnya yang membuatkan aku rasa macam nak tergelak + tersenyum sorang-sorang + terharu + "wah terrer gak aku ni buat ayat erh".

Nak tau apa ayat tu?

"Ko buat aku sayu la. Mcm nasihat seorg ayah dihari kawen anaknya. Thaks neway for being a gud fren to me"

Apa da! Aku belum kahwin lagi lah. Tapi rasa macam syok pula bila sekali sekali boleh buat kawan kita keluar lagi belenggu masalah dia. Siapa taknak tengok kawan dia gembira kan?

Apa-apa pun. Kepada kawan aku tu (kaunselor tak mendedahkan nama klien dia kan?), jangan lupa 3 Hartz yang kau hutang kat aku erh. (Caj untuk satu sesi 'private counseling' memang mahal. Tak kira la walaupun kawan.)

4 Komen

  1. Anonymous // Thursday, December 06, 2007 5:37:00 PM  

    well, actually senang je nk slesaikn mslh org brcinta ni..juz x yah pk byk arr..baik brcinta ngn tuhan aje..

  2. PakciQue // Friday, December 07, 2007 12:05:00 PM  

    Ni lagi satu pengunjung misteri..
    Camne la korg leh dapat link ke blog aku ni..?
    Apa-apa pon, terima kasih sebab sudi singgah sebentar.

  3. Anonymous // Tuesday, December 11, 2007 10:43:00 PM  

    dayat, u mmg blh jd seorg bapa y baik in the future..if you were gonna do it, come on do it rite??stay cool babeyh..

  4. PakciQue // Wednesday, December 12, 2007 8:30:00 AM  

    Aik..ni sape plak miss aj...?aiyak..sila perkenalkan diri..