Mawi Magik

Dicatat oleh PakciQue | 1/29/2008 10:10:00 AM | , , | 0 Komen »

Anugerah Juara Lagu 22 menutup tirainya kelmarin dengan persembahan para artis yang hebat-hebat (persembahan biasa-biasa) yang turut merupakan AJL yang paling banyak drama dan kejutan.


Dalam banyak-banyak persembahan, dah tentu aku paling suka dengan persembahan Mawi yang menampilkan magik "Quick Change" (menyalin atau menukar baju dengan cepat). Secara hakikatnya, memang salah teknik. Tapi usaha itu, berjaya.

Kita soroti sekali lagi persembahan Mawi:



Jika kau orang perasan, terdapat dua kesilapan dalam persembahan magik Mawi ni. Pertama adalah tempoh masa yang di ambil untuk menyalin pakaian. Tidak terlalu lama, tapi agak lama. Jadi kurang "hype" yang berjaya dibangkitkan. Kedua adalah apabila lampu dipadamkan, seolah-oleh terdapat "penipuan besar" yang dilakukan. (Tapi mungkin lampu dipadamkan sebab nak tukar penari-penari dewasa kepada penari-penari cilik.)

Ini pula adalah persembahan "Quick Change" dari mereka yang professional:



Aku sampai sekarang, tak tau secara terperinci bagaimana magik ini dibuat. Secara asasnya, aku tahu. Tapi seperti yang aku pernah bagitahu sebelum ini, magik bukan terletak pada rahsia tetapi kepada bagaimana ia dipersembahkan.

Apa-apa pun, Mawi layak untuk memenangi persembahan terbaik malam itu.