Aku masih lagi tengah berkira-kira sama ada nak sambut atau tidak. Ikut kata pihak sebelah sana, dia tak nak sambut. Tapi dia nak hadiah. Hm, apa yang aku nak belikan ni eh.
Rasa sayang bukan hanya pada satu-satu tarikh atau acara. Tapi disuburkan setiap hari. Tapi aku rasa, ia sekadar dijadikan satu hari yang sedikit istimewa.
Sekadar pendapat.
Khutbah Jumaat lepas, khatib telah melarang keras sambutan hari tersebut. Larangan tersebut adalah lebih kepada sejarah kepada wujudnya hari tersebut. Tiada intipati dan cadangan yang lebih jelas dan logik.
Sekadar pendapat.
Kenapa orang selalu kaitkan meminta maaf dengan hari raya? Setiap kali menjelang hari raya, aktiviti bermaaf-maafan mesti ada dalam senarai tentatif. Kenapa? Sebab hari raya adalah hari pengumpulan sanak saudara yang jauh dan dekat. Jadi, peluang itu digunakan untuk bermaaf-maafan. Hakikatnya, maaf perlu diminta setiap hari atau setiap kali kesalahan dilakukan.
Sekadar pendapat.
Sama juga halnya dengan Hari Guru, Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Kanak-Kanak Sedunia. Adakah pada hari tersebut sahaja kita sayang pada mereka? Tidak bukan. Rasa sayang itu disuburkan setiap hari. Cuma, diberikan satu hari yang istimewa supaya pada hari tersebut, dapat diluahkan dan dizahirkan rasa sayang itu. Takkan hari-hari nak kena beli hadiah kan? Taukeh balak pun jual pencukil gigi kalau macam tu.
Sekadar pendapat.
Sambutan 14 Februari menjadi salah kerana sejarahnya dan cara sambutannya. Hakikatnya [sekadar pendapat] ia sama sahaja dengan sambutan hari-hari yang lain. Ia menjadi larangan keras dari pihak-pihak tertentu kerana yang selalu menyambutnya adalah dari golongan remaja bersama pasangannya tanpa ikatan yang sah dan halal dan akhirnya menjerumuskan mereka dengan gelaja sosial yang tidak sihat. Itu sebenarnya isu atau intipati. Golongan yang dah berkahwin, tak boleh sambut ke?
Sekadar pendapat.
Selain 14 Februari, tentu sahaja ada hari-hari istimewa yang lain untuk disambut bagi menzahirkan rasa sayang dalam bentuk yang lebih istimewa seperti pada hari lahir atau pada hari ulang tahun perkahwinan/pertunangan/perkenalan dsb. Itu sebenarnya fakta yang perlu ditekankan oleh para "pihak-pihak tertentu" di dalam hujahan mereka.
Tapi, kalau hari jadi jatuh 14 Februari? Tak boleh nak sambut ke? Tu semua terletak pada nawaitu. Takkan pada 14 Februari tak boleh nak keluar makan-makan atau tengok wayang kot?
Sekadar pendapat.
Jadi, otak aku masih lagi kosong. Tak tau nak belikan apa. Aku belikan hadiah sebab nak cakap terima kasih tau sebab dia belikan aku baju. Eh, macam main tukar-tukar hadiah je.
yup, terpulang pada nawaitu.. klu 14 feb dah hari jadi si dia nak wat macam mana... raikan la... tapi BUKAN atas nama valentine.. kenapa perlu mengagungkan budaya mcm ni.. kita orang Islam. Hidup cara Islam.. kasih saya adalah setiap hari.. kenapa kita tak ubah kita punya hari kekasih pada hari lain.. kenapa nak ikut sejarah mereka juga...
adakah kita sanggup menjadi sebahagian daripada mereka?? renungkan...
Pantang tol aku org guna anonymous..kalo xnak letak nama sebenar pon..apa salahnye letak nick name..jgn la pandai ckp tp xberani nak tanggung akibat kan..