29 Februari

Dicatat oleh PakciQue | 2/29/2008 10:04:00 AM | | 1 Komen »

Selepas entri 14 Februari, aku meneruskan entri terbaru aku dengan 29 Februari. 4 tahun sekali baaru boleh buat entri khas ni.


Hari ni adalah hari yang ke 60 bagi tahun ini. Jadi bermakna ada lagi 306 hari yang perlu dilalui sepanjang tahun ini. Apa yang dah kita buat sepanjang 60 hari ini?

Tahun lompat terjadi adalah disebabkan bumi mengambil masa lebih kurang 365 hari dan 6 jam untuk menyempurnakan pusingan di orbitnya mengelilingi matahari. Jadi, setiap 4 tahun, 24 jam tambahan telah dikira seterusnya menambahkan satu hari agar koordinat bumi terletak pada posisinya. Ni aku tahu semasa aku tingkatan 2 atau 3 di dalam kelas geografi atau matematik. Aku tak berapa ingat. Tapi fakta ini memang sangat merteruja kan.

Apa yang menarik pada tarikh ni dah tentu kepada mereka yang dilahirkan pada 29 Februari. Sambut 4 tahun sekali. Sama ada kesian. Atau sambutannya sangat meriah.

Begitu juga kalau ada syarat untuk membuat janji temu pada 29 Februari. Terpaksalah tunggu 4 tahun untuk berjumpa lagi.

Yang ni, aku baru tau tadi. Sesetengah negara (bagi tujuan perundangan) menetapkan 28 Februari sebagai harijadi yang sah pada tahun biasa bagi sesiapa yang lahir pada 29 Februari. Aku faham, tapi macam susah pula nak terangkan.

Setakat ni, aku belum ada jumpa sesiapa yang aku kenal yang dilahirkan pada 29 Februari.

p/s: Janji kita yang berikutnya pada 30 Februari. Jangan lupa tau.

sumber

1 Komen

  1. Ibu // Thursday, March 06, 2008 3:08:00 PM  

    kawan akak ada lahir on this date..
    kawan masa sekolah ari tuh