PUNDAK::..~

Dicatat oleh PakciQue | 3/06/2008 12:27:00 PM | , | 2 Komen »

P158 Tebrau

Di saat-saat akhir, akhirnya saya berjaya juga terpilih untuk menjadi calon PUNDAK pada Pilihanraya ke-12 ini.

Sebelum kita mendengar hujah-hujah dan manifesto saya untuk bertanding di P158 Tebrau, apa kata kalau kita bersama-sama selusuri dan berkenalan dengan kawasan Parlimen Tebrau. Jadi nanti senang saya nak melawat kawasan.



Sekarang kita imbas kembali keputusan undian pada pilihanraya ke-11 pada 2004.

Jumlah pengundi - 52,644

Ling Ban San @ Teng Boon Soon (MCA) - 32,071 undi
Yaakob Mohd Yusof (PAS) - 6,060 undi

Majoriti - 26,011 undi

Undi Rosak - 1,101 undi

Jika dianalisis dari penggal lepas, jumlah undi rosak adalah sebanyak 2.09%. Biarpun sedikit, sekurag-kurang ia menunjukkan kepercayaan rakyat terhadap parti PUNDAK.

Dan jika dilihat bagi tahun ini, 62,505 bilangan yang layak mengundi. Terdapat peningkatan sebanyak 18%. Ini juga bermakna sasaran saya yang berikutnya adalah untuk memperoleh 1,307 undi.

Apakah langkah yang akan saya gunakan untuk memenangi pilihanraya kali ini? Sudah tentu dengan manaburkan janji-janji kosong akan membuatkan rakyat buta dan terus mengundi PUNDAK. Itulah strateginya.

Antara janji-janji kosong yang akan ditawarkan (yang juga merupakan manifesto) adalah:

Jika saya menang, saya akan

1. membangunkan kawasan Felda Cahaya Baru dengan menyediakan trek untuk remaja-remaja berlumba secara halal (ni kawasan rumah tunang saya).

2. membangunkan kawasan Kongkong untuk menjadi kawasan perikanan dan pemancingan yang maju selaras dengan kesukaan ayah saya yang suka memancing di situ.

3. menghapuskan mana-mana bos di dalam sesebuah syarikat yang berlagak pandai atau poyo semata-mata demi kepentingan pekerja-pekerja. Oleh itu, satu badan Kesatuan Penghapus Bos Poyo (KEPBOPO) akan ditubuhkan untuk menjaga hak-hak mereka.

4. menggubal akta dan undang-undang demi memberikan kebenaran pekerja untuk menonton video-video di youtube seperti video Geli Mat. Tujuannya adalah untuk menghindarkan pekerja dari Sindrom Tekanan Bekerja Yang Keterlaluan (SITEBYK).

5. melancarkan satu lagi projek koridor agar rakyat di kawasan parlimen ini dapat bersaing dengan kawasan parlimen yang lain. Maka, setiap bangunan akan diluaskan kawasan koridor mereka.

6. melancarkan kempen satu kepala satu helmet. Tujuan adalah untuk mengelakkan dari berlakunye perkongsian helmet dikalangan penunggang motosikal yang boleh membawa kepada merebaknye penyakit berjangkit seperti kutu.

Jadi, jangan lupa untuk Afundi pakcique demi kesejahteraan paru-paru dan usus anda.

Setiap undian yang rosak mampu mengubah pemimpin negara.

p/s: Nasib baik Taman Rinting dan Bandar Sri Alam tidak termasuk dalam kawasan parlimen saya.

2 Komen

  1. Fara@MakciQue // Thursday, March 06, 2008 6:12:00 PM  

    Hmmm...first time cyg mengundi thn ni..hmmm..mcm nerlah agknyer ek.Nasib baik company lepaskan cyg balik kul 1030 sabtu ni..so..aftr mengundi lehlah g dating ngan tunang...haha..etu pun kalo org tu sudi.x mungkin org tu x sudi..kalo x sudi ape lagi..kt majuk lah..hehe.whatever pun Selamat Mengundi..
    Afundi pakcique!!!Afundi Pundak!!!

  2. Anonymous // Wednesday, March 12, 2008 3:24:00 PM  

    so caner..?pakkcique mng ke x..?