Raya & Pundah II::..~

Dicatat oleh PakciQue | 3/11/2008 10:51:00 AM | , | 1 Komen »

Terlamabat sikti entri kali ni. Tak sempat. sepatutnya nak buat entri masa hari Jumaat atau petang raya. Tapi takde kesempatan.


Seperti yang diketahui bahawa keputusan raya dah diketahui umum. Aku tak naklah ulas panjang-panjang. Cuma bak kata pepatah lama, "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".

Kau undi siapa?

Itu antara bentuk soalan yang ditanya oleh kebanyakan orang pada aku. Seperti biasa, aku akan jawab "Aku buat undi rosak"

HIDUP PUNDAK

Ok, kita selusuri semula keputusan P158 Tebrau untuk PRU 12 2008 ni.

Calon bertanding

Ling Ban San @ Teng Boon Soon (BN-MCA) - 30,860 undi
Roslaini Sarif (PAS) - 16,202 undi
PakciQue (PUNDAK) - 1,525 undi

Walaupun terdapat perbezaan yang agak jauh di situ, tetapi seperti yang dijangka, berlaku peningkatan dalam bilangan undi.

Takpe, penggal akan datang, kita cuba lagi.

1 Komen

  1. Anonymous // Wednesday, March 12, 2008 3:52:00 PM  

    hm takziah ats brita kekalahan anda pakcique..anyway congrats kpd sume calon yg telah mng pd pilihan raya ke-12 yg tlh berlangsung pd 8 mac lps..sy amat berbesar hati menerima kemenangan oleh parti pembangkang..tahniah krn berjaya menakluki bndr2 bsr spt Shah Alam,Kuantan,Ipoh dan Kuching..ini bermakna org2 yg tgl di bndr sdh mula pndai berfikir..tahniah juga kpd Lim Guan Eng iaitu ank kpd Lim Kit Siang dr parti DAP yg bkl menjadi Ketua Menteri P.Pinang..sy akn tgu pelaksanaan manifestonya di mana di P.Pinang tdk akn ada bayaran tol..tahniah jga kpd Nurul Izzah yg tlh berjaya menewaskan Dato' Shahrizat..tahniah..!tahniah..!sesungguhnya kita memerlukan pemimpin2 yg baru, telus dan jujur.sy amat berpuas hati dgn keputusan pilihan raya kali ini..