Scam::..~

Dicatat oleh PakciQue | 6/24/2008 09:13:00 AM | , , | 1 Komen »

-noun
1. a confidence game or other fraudulent scheme, esp. for making a quick profit; swindle.
-verb (used with object)
2. to cheat or defraud with a scam.

ref: www.dictionary.com

Dulu kita pernah dikhabarkan akan penipuan di dalam pertandingan gores dan menang. Dah ramai yang tertipu dan masih lagi ada yang tertipu walaupun sudah banyak kali diwar-warkan di dalam surat khabar dan berita tentak taktik-taktik licik yang digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini.

Tapi, itu apa yang telah kita dengar dan dimomokkan.

Baru-baru ni, aku ada berjalan dengan adik-adik aku menyelusiri Jalan Chow Kit. Meriah dan menarik.

Tapi, dalam perjalanan balik tu, di tepi jalan, ada seorang mamat ni terpekik terlolong seorang diri. Sedang mengusap-usap sesuatu yang dikatakan burung bernilai 2 juta di dalam sebuah uncang yang berwarna hitam. Hm, menarik. Dan aku teruja untuk melihat sendiri bagaimana rupa burung tu. Dia kata burung ini kuat sehingga ia boleh mengangkat batu sebesar pemeluk. Aik, pelik!

Kemudian, dia menarik seorang pemuda ke hadapan. memberikan botol Coke kosong dan 3 keping syiling 20sen. Mamat ni menyuruh pemuda tadi memasukkan 2osen ke dalam botol tersebut. Kalau berjaya, dia akan berikan pemuda itu RM20. Tapi kalau tidak berjaya, dia akan minta RM100 dari pemuda tersebut. Pemuda tu tidak berjaya. Tetapi mamat tu kata dia boleh buat. Wah, magik ni. Bayang saiz duit syiling 20sen dengan mulut botol Coke yang kecil tu. Mana lah muat.

Seterusnya, dia mendirikan botol Coke tersebut, mengambil batu besar tadi, dan mengimbangkan batu tadi di atas mulut botol Coke tadi. Eleh, fizik tu!

Mamat tu kemudian menyusun 3 keping syiling 20 sen si sekekliling dasar botol Coke tadi. Kemudian menutup syiling-syiling tadi dengan kain hitam. Wah, dah macam ilmu sihir ni!

Dia kemudian menanyakan kepada beberapa orang yang lain, "Kau mahu apa?" Dan ramai yang kata hendak duit. "Berapa?" RM100, RM200, dan ada yang minta RM50 saja. Aik, apa pasal takde yang mintak seribu ke! Sejuta ke!

Dia mengambil sekeping surat khabar, dilipat2, dicarik2. Memberikan kepada orang ramai. Di genggam. Bayangkan yang ianya duit. Masukkan ke dalam kantung hitam. Di panggil lelaki yang meminta RM100 dan masukkan tangannya ke dalam kantung tersebut. Diikat. Disuruh lelaki tadi mengaut seberapa banyak kertas yg ada dan biarkan yang mana yang tidak dapat dikaut. Genggam kuat-kuat. Di panggil 2 orang lelaki yang lain untuk memegang pergelangan lelaki tadi. Tiba-tiba lelaki tadi menjerit perlahan. Dia kata tangan dia panas. Tangan di tarik keluar, genggaman dibuka dan ade 2 keping RM50 di dalam genggamannya. Wah, magik tu!

"Tu duit kau, simpan," kata mamat tu.

Kemudian, dia mengeluarkan sampul surat dan sebiji telur ayam kampung. Dipecahkan telur ayam tu ke dalam sampul tersebut. Di tutup dan disuruh lelaki-lelaki tu pegang. Kemudian di ambil kain hitam yang besar dan ditutup ketiga-tiga lelaki tadi. Di suruh lihat apa ada di dalam sampul tadi. "Takde apa-apa". Disuruh tutup semula sampul tersebut. Beberapa jampi serapah. Disuruh buka semula sampul tadi.

"Ada-ada," jerit ketiga-tiga mereka.

"Ada apa?"

"Ada nombor. Ade empat nombor. 5 5 .."

"Shhh, diam! Simpan untuk diri kau."

Hm, dia main nombor pula!

Tiba-tiba, dengan tidak semena-mena, datang seorang lelaki menegur mamat ni. "Hari tu saya datang sini. Dan abang bagi saya nombor. Saya dapat first prize. RM14,500." Sambil menghulurkan sesuatu kepada mamat tadi.

"Ni apa?"

"Kira upah sebagai ucapan terima kasih."

"Tak perlu. Aku tolong kau ikhlas. Ambil balik."

Lepas tu, aku dah bosan dah nak dengar. Kau orang pun boleh buat penilaian sendiri. Dan sebelum aku beredar, aku sempat melihat dia mengedarkan beberapa keping sampul surat kepada beberapa orang yang ada. Menurut adik aku, sesiapa yang nakkan nombor ekor tu, kena meletakkan duit dalam sampul tu, Semakin besar duit yang diletakkan, semakin besar peluang utk menang.

Nota: Kau orang penat tak nak baca? Ada sampai 45 minit tak? Aku lagi penat tau. Menunggu sampai 45 minit nak lihat kesudahan kepada penipuan ini. Lepas tu nak taip semula apa yang telah berlaku masa tu. Lagi penat tau. Banyak adegan-adegan yang terpaksa aku sunting pasal aku tak reti nak jelaskan macam mana.

Penipuan:
1. Burung 2 juta yang ada dalam kantung tu adalah gumpalan kertas surat khabar yang dibentukkan menjadi seakan-akan seekor burung. Sebabnya, dari awal sampai habis, tiada sebarang pergerakan yang dihasilkan oleh burung tu. Takkan la burung tu kaki bila dalam gelap kot.
2. Tiga atau empat orang dari penonton adalah orang-orang dia juga. Pelakon-pelakon tambahan. Sebab tu boleh ada duit dalam genggaman lelaki tadi. Dan ada lelaki yang mengaku menang nombor ekor.
3. Mendirikan batu di atas mulut botol minuman adalah tidak mustahil. Tidak perlu jin atau apa sahaja. Yang penting adalah tahu mencari pusat gravitinya.

Berjaya?
Dengan harga minyak yang tinggi, kos sara hidup yang semakin menekan. Semua orang terdesak untuk mendapatkan duit lebih. Manusia generasi Y. Motivasinya adalah duit. Kalau aku pendek akal masa tu, memang aku mungkin akan terpengaruh. Tapi ilmu yang kita ada akan membezakan kita antara orang yang kena tipu dan orang yang tahu dirinya ingin ditipu.

Jadi, berhati-hatilah.

1 Komen

  1. Anonymous // Thursday, June 26, 2008 3:58:00 PM  

    pakcik, kalo aku ada kat situ, aku akan berlari2 anak sambil bercakap, 'tipu2..org ni pernah bg saya nombor, tp saguhati pun x dpt' sure dia terperanjat beruk dgn pengakuan berani mati ko..hehehe

    neway u hav been tagged..jgn lupa buat!