Troli::..~

Dicatat oleh PakciQue | 6/30/2008 10:57:00 AM | | 0 Komen »

Apa pendapatan kau orang tentang perangai orang Malaysia apabila selesai membeli belah di pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Tesco dan lain-lain? Klunya ada pada tajuk entri kali ini iaitu troli.

Semalam aku pergi lah ke satu pasaraya ni sebab melayan perasaan. Disebabkan hujan, jadi aku lepak agak lama juga kat situ.

Bila hujan dah reda sikit, aku pun berlari-lari anak menuju ke kereta aku. Tekan alarm, terus buka pintu. Hidupkan enjin kereta, masuk gear reverse, GEDEGANG!

Aku lihat sebuah troli bergerak dengan perlahan menjauhi kereta aku melalui cermin pandang belakang.

Hampeh!!

Nasib baik kene dekat absorber plastik tu. Jadi takde kesan calar yang kelihatan. Lagipun masa tu hujan, aku tengok gitu-gitu je.

Kot ye pun taknak pergi pulang di tempat asal, janganlah meletekkannya dibelakang kereta atau di tempat-tempat yang tak sepatutnya. Gunalah otak sikit. Pemalas betul.

Sekarang ni pun, pihak-pihak pasaraya [yang sedar akan sikap buruk pembeli di Malaysia] ada menyediakan tempat menyimpan semula troli yang berhampiran dengan tempat meletak kereta. Kemudian, pekerja pasaraya tu akan bawa semula troli-troli tadi di tempat meletak troli di dalam pasaraya. Tapi, tu pun masih lagi malas nak pergi letak. Sama macam tempat yang aku pergi semalam. Aku tengok, tempat letak troli tu, selang 2 kereta je dari kereta aku. Hampagas!!

Aku ingat dulu masa zaman duit seringgit syiling masih digunakan. Kalau nak guna troli, kena masukkan syiling, baru rantai yang mengikat troli tu dapat dibuka. Logiknya, pengguna kena pulangkan troli tersebut ke tempat asal kalau nak kan semula seringgit tu. Kalau dia tak kisah dengan seringgit tu dan tinggalkan troli begitu sahaja, pasti akan ada 'sukarelawan' yang akan pergi hantar semula troli tersebut ke tempat asal untuk mendapatkan seringgit tersebut. [aku la tu]

Pengguna mesti marah kalau takde troli di tempat troli masa mereka nak mula membeli belah, tapi mereka juga tak fikir untuk pulangkan semula troli tu bila dah guna.

Entah lah, dah nama tabiat. Susah nak diubah.

0 Komen