Wira::..~

Dicatat oleh PakciQue | 7/10/2008 04:35:00 PM | , | 0 Komen »

Hari tu aku pergi menonton Hancock dengan Fara. Seronok cerita tu. Jalan cerita yang menarik. Cuma kesudahan yang kurang menyengat dan kesan khas untuk adegan terbang tidak berapa cantik.

Rancangan asal nak tonton Sepi. Tapi sebab tayangan untuk hari tu cuma dua kali saja, maka kitorang memilih untuk menonton Hancock.

Aku sendiri ada pernah berangan-berangan mewujudkan sebuah watak wira yang tidak memiliki kuasa hebat. Hanya kemahiran dan ketangkasan yang menjadikan dia seorang wira. Konsep penceritaan seperti filem Batman. Bahkah, watak wira itu sendiri aku korek sedikit dari watak Bruce Wayne.

Watak [yang tiada nama lagi] ini menghadapi masalah takut untuk tidur pada waktu malam [bukan insomnia] kerana sering bermimpikan akan keluarganya yang disiksa sebelum dibunuh dengan sangat dahsyat dan kejam. Mimpi itu hanya akan datang pada tempoh kejadian itu berlaku iaitu di antara pukul 9.07 malam hingga pukul 6.24 pagi. Igauan itu tidak akan wujud jika dia berada dalam keadaan sedar. [Punca dan bentuk kematian belum dalam difikirkan. Tetapi ia berkait rapat dengan rompakan].

Dia ada mengambil rawatan psikatri untuk merawat penyakitnya itu. Tetapi, masih juga tidak sembuh. Cadangan yang diambil adalah dengan tidur pada waktu siang.

Jalan cerita mula berkembang pada suatu ketika, dia terlihat seorang wanita yang diganggu oleh dua orang pemuda. Selepas membelasah kedua-dua pemuda tersebut, dia terus memandu keretanya tanpa arah tuju. Secara tiba-tiba kedua-dua pemuda yang telah dibelasah tadi mengejar dia bersama-sama dengan beberapa rakan mereka yang lain. Di sini, adegan kejar mengejar dengan kereta dapat dilihat. Tetapi watak utama bukan sekadar mealrikan diri, tetapi melakukan beberapa cara yang menyebabkan kereta-kereta yang mengejarnya terbabit dengan kemalangan, terbabas, terbalik dsb. [Juga masih tiada idea].

Ada juga babak di mana berlaku adegan kejar mengejar menggunakan kereta di antara watak dengan seorang anggota polis yang komited terhadap kerjanya. Lalu terjadi satu keadaan di mana polis tersebut sedia membantu watak untuk menjejak pembunuh keluarganya yang juga merupa kes yang di siasat oleh polis tersebut. [Kira ada sedikit unsur membalas dendam di sini].

Kesudahan dan kesinambungan watak dan jalan cerita ada dalam fikiran aku. Tapi, aku tak dapat nak luahkan di dalam bentuk ayat yang ditaip.

Nanti ada masa, aku sambung lagi.

0 Komen