Pengacara Majlis::..~

Dicatat oleh PakciQue | 7/09/2008 11:13:00 AM | | 0 Komen »

Menjadi tumpuan orang adalah sesuatu yang aku sendiri kurang selesa. Tetapi aku sendiri kadang-kadang ditolak untuk ke hadapan.

Sedangkan membentangkan laporan, mahupun membuat persembahan magik di khalayak ramai pun memberi satu tekanan atau badi pentas kepada aku, ni kan pula perlu mengacara majlis.

Tetapi, aku sambut juga cabaran dan sokongan yang diberikan oleh rakan-rakan sekerja.

Aku menjadi pengacara majlis Pertandingan Karaoke Kelab Intraxius 2008.

Nak tau skrip emcee aku, bolehlah download di link yang tersedia.

**skrip ini terlindung dibawah satu kata laluan yang sangat ketat. Aku bagi klu.

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama sikucing belang

Kepada yang malas nak pecahkan kod kata laluan aku, boleh emel ke pakcique[at]gmail[dot]com.

update (03 Sept. 1983) - Aku perhatikan ramai yang masuk ke entri ini dengan membuat carian skrip emcee atau skrip pengacara majlis. Dan aku rasa mereka cuba untuk mendapatkan skrip emcee aku. Jadi, kepada yang berminat, boleh klik ke link di atas dan muatturun seperti biasa. Kemudian masukkan kata laluan ini 23kbMn=1kb (Case sensitive). Ok. semoga skrip aku membantu kau mengendalikan majlis nanti.