Gadis Melayu TV9 Episod 1

Dicatat oleh PakciQue | 10/17/2008 01:54:00 AM | , , , | 2 Komen »

Tiba-tiba je dalam kepala otak, terlintas lagu Gadis Melayu. Mungkin tak sama. Tapi ada kaitan.

Ada beberapa blog yang menyelar program ni sebagai 1 bentuk maksiat walaupun cuba berselindung disebalik penggunaan nama Gadis Melayu. Aku takde nak komen. Setiap perkara ada baik dan buruk. Yang baik itu diceduk. Yang buruk itu dijadikan peringatan.

Episod pertama ni, aku tak tengok. Aku pergi beraya. Jadi, aku hanya menonton semula di web TV9. Tu pun tengok separuh-separuh. Ada beberapa peserta yang aku tak dapan nak cam lagi.

Jadi, tentang konsep, siapa pesertanya aku cerita kemudian. Apa yang aku nak bincangkan di sini adalah tentang apa yang ditayang dalam episod pertama Gadis Melayu.

Maklumat lanjut, sila Google "GADIS MELAYU TV9"

Ok, sebelum tu. Bila sebut tentang gadis melayu. Dengan satu perkataan, aku akan kaitkan dengan pemalu. Ya. Gadis melayu seharusnya mempunyai sifat pemalu yang tebal. Tapi, kebanyakan peserta yang aku lihat datang untuk ujibakat seperti kurang sifat malunya. Bukan nak cakap mereka tak tahu malu. Tapi ada yang perangai agak tidak semenggah.

Dan, aku rasa kebanyakan mereka hadir dengan tujuan untuk mencapai populariti atau 'nak glamer' dengan cara begini. Huhuhu. Kena pandai pilih ya cik-cik juri.

Dan aku rasa sesi ujibakat tak semenarik ujibakat Cari Menantu. Kalau dalam Cari Menantu, peserta-peserta yang sedang diujibakat akan diusik-usik dan kadang-kadang aku sendiri yang tergelak dengan gelagat mereka. Itu berkaitan dengan agama.

Tapi, untuk ujibakat yang berkaitan dengan budaya dan bangsa seakan ada sedikit ketegangan. Peserta nampak seperti tak selesa [mungkin berlakon/wayang kot]. Bukan diri mereka. Ada yang nampak kekok. Entahlah. Memang betul susah nak cari gadis melayu yang tulen dan masih tebal lagi jatidiri melayunya.

Dan, satu perkataan yang tak perlu ada pada seorang gadis melayu tapi mempunyai kait rapat dengan gadis melayu itu adalah membebel. Ya. Membebel hanya boleh dikaitkan secara langsung dengan mak/nenek gadis melayu. Tapi, kalau kau seorang gadis melayu yang kuat membebel. Kau layak join kroni mak/nenek. Ok. Gurau kasar sikit.

Membebel agak sinonim dengan gadis melayu. Mak/nenek kau akan membebel kalau kau jenis gadis melayu yang matahari dah meninggi masih lagi menarik selimut. Mak/nenek kau akan membebel kalau kau jenis gadis melayu yang tak reti masuk dapur. Mak/nenek kau akan membebel kalau kau jenis gadis melayu yang tak pandai kemas rumah. Dan mak/nenek kau akan membebel kalau kau jenis gadis melayu yang malas uruskan diri sendiri.

Kerana tak tahan dibebel, maka gadis melayu dibentuk menjadi seorang gadis melayu yang 'mahal' harganya. Dan kerana sekarang ni ramai mak/nenek yang dah kurang nak bebelkan anak gadisnya. Maka jawatan itu disandang oleh aku. Hahaha.

Fara? Dia bukan gadis melayu. Dia minah rock. Hahaha. Nakal lah aku ni.

Jangan lupa saksikan Gadis Melayu setiap hari Khamis jam 9.30 malam.

p/s: aktiviti terbaru aku pada malam jumaat bila GODA dah habis.


2 Komen

  1. Anonymous // Saturday, October 18, 2008 1:48:00 AM  

    erk..jarang sangat tengok cite nih. selalu tengok dengan mak aje..

  2. PakciQue // Saturday, October 18, 2008 3:46:00 AM  

    ihateher: kau tengok cite ape ngan mak kau..?