Pertandingan Baru - Bersedia

Dicatat oleh PakciQue | 11/26/2008 04:03:00 AM | , | 3 Komen »

Dua tahun aku bersama dengan blogspot. Dan dua tahun ni lah aku belajar macam-macam pasal blogspot.

Sekarang ni aku dah guna wordpress. Makanya, aku perlu belajar benda baru pula.

Buat pengetahuan semua, aku telah membuat pandu uji ke atas blog tersebut. Dan entah macam mana, 2 entri awal tersebut telah lesap. Sengal tol aku ni.

Ok, takpe. Kita lupa kan kejap. Jadi, bagaimana? Sudah ada yang dapat memecah masuk blog terbaru tu? Kalau sudah ada yang dapat. Bagus lah. Bagi yang belum, takpe. Tunggu dengan sabar. Ada lagi 6 hari kan. Dan untuk setiap hari ni, aku akan update entri-entri terbaru di blog tersebut. Dan sentiasa bersedia kerana di blog tersebut telah pun aku lancarkan sebuah pertandingan. Untuk mengurangkan tekanan, aku berikan sedikit info pasal pertandingan tersebut. Ok?

Aku namakan pertandingan tu sebagai, err, sebenarnya takde nama lagi. Tak terfikir pun. Tapi, cara permainannya, aku nak cari si tukang komen ke-9. Ada 6 entri. Jadi, aku nak 6 pememang. dan hadiahnya? Takdelah mewah sangat. Aku akan berikan satu ruang khas untuk 6 orang pemenang ni di ruang "Blog Minggu Ini". Kira macam pengiklanan percuma lah.

Ok. Kalau tidak sabar sangat untuk menyertai pertandingan ni, lekas-lekaslah mencuba-cuba sebarang kata kunci untuk masuk ke blog terbaru tu.

Jumpa di sana.

3 Komen

  1. Anonymous // Wednesday, November 26, 2008 11:31:00 AM  

    ok bagusla guna wordpress baru caree!! he he... kalau nak tuntut ilmu email je kat aku..

  2. Anonymous // Thursday, November 27, 2008 8:27:00 AM  

    mari ramai2 terjah.. senang je cari.. 5 minit je dah jumpa.. he he

    http://pakcique.com/

    so ape hadiah dia!! takyah mahal2... aku nak sportrim 17" jek..

  3. PakciQue // Thursday, November 27, 2008 8:32:00 AM  

    -Reply-

    Rezanaza...mcm mne aku nak tuntut ilmu ngan kau...kontek pon ko xbagi...then alamat yg kau bagi tu salah..bukan pakcique.com...walaupun tu blog aku..tapi kalo ko tgk...xsame screen shot yg aku bg kan...?jadi jwpnnye salah..sila cuba lagi...