Audien

Dicatat oleh PakciQue | 11/06/2006 03:38:00 PM | | 0 Komen »

Audien dalam bahasa melayu jati bermaksud penonton. Aku saja guna perkataan audien untuk merujuk kepada sang penonton, sama seperi aku menggunakan perkataan magik untuk silap mata.

Audien adalah persekitan luaran yang tidak boleh dikawal. Mereka adalah kelompok manusia yang sangat penting dalam sesebuah persembahan magik hatta persembahan seni yang lain. Apalah guna sesuatu persembahan tanpa ada orang yang nak tengok.

Tak guna David Copperfield buat magik yang gah-gah seperti menghilangkan Statue of Liberty kalo dia nak buat sekadar syok sendiri. Dia perlukan audien dalam persembahannya supaya audien dapat membuatkan diri ahli magik itu bangga dengan magiknya.

Aku dan Audien

Aku tunjukkan syiling pada audien. Kemudian aku suruh audien genggam syiling tu. Bila aku petik jari atau baca jampi serapah, syiling itu hilang bila tangan dibuka.

"Eleh, kau campak syiling tu tadi."

"Tipu, mesti kau sorok dekat lengan baju, takpun dekat kocek seluar."

Perkara biasa yang audien akan buat adalah mencari syiling di persekitaran kononnya aku buang campak syiling itu di mana-mana. Atau mencari di sekitar tangan, lengan baju atau kocek seluar kononnya aku sorok syiling itu di situ.

Bila tidak puas hati dengan usaha mencari syiling itu

"Ok, sekarang adakan balik syiling tu."

Kadang-kadang dengan tambahan ayat ini

"... kalau kau hebat sangat la kan."

Maka dengan penuh ketampanan, aku pun adakan semula syiling tu. Dengan penuh bangga, aku keluarkan syiling dari celah telinga audien tadi. Aku berjaya menjadi riak dan berjaya membuatkan audien itu bertambah hangat.

Dengan muka tak puas hati, muncul pula dialog ini.

"Ok, cuba buat sekali lagi."

Aku akan jawab

"Magik cuma boleh dipersembahkan sekali sahaja."

Dan jawapan yang biasa aku dengan,

"Kan betul kau tipu."

0 Komen