Malam kelmarin, kami sekeluarga menjamu selera dengan penuh selera. Ketam besar-besar tak ingat punya. Dipendekkan cerita, tengah sedap-sedap memamah isi ketam, kuah pedas terpercik kat mata kanan ayah aku. Dan aksi magik pun bermula.
Apa yang kau akan buat kalau mata pedih sebab terpercik dengan cili atau kuah pedas? Mesti kau akan cuci mata dengan air atau gosok dengan kain / tisu, atau apa-apa sahaja perbuatan tapi mesti bersangkutan dekat mata.
Tapi, ayah aku dia buat sesuatu yang di luar jangka. Dia cicah hujung jari dengan air, kemudian dia usap ibu jari kaki kiri dia sebab mata kanan yang pedih. Dan, mata pedih pun hilang.
Fuh, magik sungguh!
"Tak pedihkan mata".
Fuh, magik sungguh!
"Tu bukan magik la, tu petua!"
0 Komen
Post a Comment